Wednesday, October 21

Ye saya memang tak bijak..Tak apa..



Minggu ni sangat macam-macam..


Tangan Shafiq kene 3 jahitan..kete aku kene 'rogol'..dan one to one conversation bersama 'ahli majlis tertinggi' HSI yang penuh dramatik lagi politik..

Tak terkata..

Decision aku untuk berhenti penuh controversy..hati memang dah bulat dan tak mampu tukar jadi empat segi..tapi bila kawan-kawan keliling yang kata jangan pergi, hati bulat tadi jadi bujur kejap..haih..terganggugugat..

Bijak ke keputusan aku?

Kadang-kadang aku rasa aku terlampau ikut hati..ramai yang tak setuju aku buat macam ni..tapi kalau difikir semula aku rasa ini yang terbaik..hidup kena berubah..dan untuk berubah kaki jangan goyah, kene pandai redah..masa depan tak kan terbentuk kalau kita sendiri tak cuba ubah..aku maseh muda kan?hurmm..falsampah orang yang tak berapa bijak macam aku hanya sesuai untuk aku..=)

Mungkin rezeki yang akan datang tak sehebat sekarang..mungkin juga lebih baik..kita tak penah tahu..aku yakin Tuhan tebarkan dunia yang luas ini dengan rezeki penuh setiap penjuru..cuma kita..kita yang perlu pandai teroka..aku tak kata aku yang pandai tu dan aku tak kata aku paling bijak dengan keputusan yang begini..semua ayat penyedap hati je ni..tak apa..

Somehow, i still believe with this instinct..with this decision..aku tak mintak orang kat luar sana setuju dengan aku..support?it's ok..aku tak mintak..tak apa kalau ada yang tak mau dan tak percaya..

Aku mau keluar dari kempompong 'tak berani mencuba'..the fact that people always said I'm a dependent person, ngilu jugak..kecik hati..lagi-lagi yang dekat-dekat juga pandang aku kurang bijak serba serbi..ahahaha..tak apa..

Kalau mama ada, pasti dia kata 'terpulang angah..buat mana yang rasa elok, baik untuk angah..mama tak mau paksa'..wanita jelita tu selalu ada percaya untuk aku..itu sudah cukup..=)

Tak apa la kalau aku tak bijak dimata sesiapa..tak apa la kalau aku tak knowledgeable dimata dunia..tak apa la kalau aku bimbo merata..I dun give a damn..

Dan kalau kerana setiap entri aku ditulis dalam bahasa ibunda dan bukan bahasa antarabangsa aku di fikir tak bijak mana, tak apa..yeah yeah yeah..I sound stupid when i speak in English..or i sound stupid in both language? tak apa..

Untuk kawan-kawan yang kiri kanan hulur bantuan, terima kaseh..dan untuk kawan-kawan IBM, maaf..aku yang tak berapa bijak ni selalu susahkan korang..maaf jugak aku
yang tak berapa bijak ni buat keputusan begini..mungkin rezeki aku bukan kat sini..=)

*Untuk Say, thanks for fight for my right sampai tak memasal u pon terlibat..buat Nurul, aku hantar application PERKESO tu nanti, janji..ehehehehe..Dewi, thanks sayang tenangkan aku selalu..Ipah, jangan sedih-sedih..we go karok-karok together-gether k? Maz, selamat menjadi wanita besi..Dodie juga..=)..Fer, soon people will recognize you and itu jek yang aku mampu buat..Peh, aku majok lagi ngan ko..mencikkk!!tapi aku doakan ko dapat apa yang kau mau tu..i have faith on you..=)..Liya, you'll be the great senior, i can see that..and Megat, ko jangan banyak memain..ngeeeeeee..

macam wasiat sudah..muahahahahaha..


Tak apa..mari bermula semula..=)