Tuesday, June 19

Darah yang dah tak jadi daging



Bila manusia lain yang tak ada kaitan pukul, campak najis, keji, aku masih jadi yang paling tabah..

Tapi..

Bila yang baling najis, yang pukul dengan cakap-cakap yang menyakitkan dan keji busuk hati tu famili sendiri, sakitnya terasa sejuta lebih dalam..

Tadi kat tabung haji nampak seorang tua, lelaki, seakan-akan arwah atuk keluarkan duit..tiba-tiba hati jadi sayu..melarat ingatan ke mama..rapuh kan hati saya?luaran nampak keras macam keluli tapi dalaman paling mudah tercuit..

Ish..kena kuat..kena tabah..kena jadi contoh..kena jadi yang terbaik..kena buktikan pada darah yang bukan lagi daging tu bahawa aku mampu bagi makan ayah dan adik-adik tanpa perlu mengemis nasi pada mereka..

..walaupun sebenarnya yang aku tuntut hari tu nyata jelas hak aku..tak apa Fatin, biar orang buat kita..jangan kita buat orangkan?