Friday, February 24

Mimpi basahkeringbasah


Antara kata-kata Ibn Arabi, mimpi adalah :

1) kesan-kesan kejadian sehari-hari dari seseorang itu. Dengan cara inilah, mimpi biasa muncul sebagai idea yang menghubungkan diri mereka sendiri dalam keadaan separa sedar yakni ketika tidur.

2) walaupun mimpi terasa seperti nyata, namun ia harus ditafsirkan kerana ia berupa simbol-simbol saja. Imajinasilah yang mengintepretasi simbol-simbol itu tetapi kita tidak harus mengambil kira simbol-simbol tersebut secara realiti. Contohnya, ketika Nabi melihat susu di dalam mimpinya, baginda Rasullullah sebenarnya hanya melihat simbol saja, makna di sebalik susu itu adalah “pengetahuan”.

Uniknya mimpi yang Allah hadirkan dalam hidup hambanya bukan sia-sia..

Kebelakangan, aku selalu didatangi mimpi-mimpi yang macam-macam..sampai ke tahap aku bagun tidur teresak-esak menangis dan ada pernah aku mengekek gelak..rasa macam saiko..ironinya tiap kali selepas mimpi aku jadi penat...dan waktu terjaga dari mimpi antara jam 3 ke atas..ok, aku bukan nak jadi khurafat percaya yang bukan-bukan tapi ada pernah mimpi-mimpi aku yang jadi nyata..aku cuba cari wujudnya 'Dejavu' dari prespektif islam..aku jumpa kata-kata ini dari blog seorang gadis hasil perbincangan dia sama ustaz dikuliahnya..nama blog gadis ni http://cicakdanlelabah.blogspot.com..*maaf saya pinjam kata-kata kamu tanpa tanya dahulu..harap dihalalkan..

'Dejavu ni knowledge/memory dari internal, tapi kita tak boleh lah nak percaya sangat sebab takut nanti ada orang anngap tu prophecy. Bajet macam wahyu. Kang tak pasal-pasal nak mengakku nabi sebab pernah experience before lah apa lah. Boleh lead tu mystic. Tapi kalau macam kita yang alami dejavu tahap biasa-biasa ni, sebenarnye ada sebab kenapa kita rasa macam pernah lalui certain pekara. Ustaz kata, sebelum roh manusia ditiupkan dalam tubuh, roh-roh tu memang dah ada, and diorang pun memang berkumpul dalam satu community. Maksudnya roh-roh kita yang belum lahir tu diorang dah berkomunikasi la sesama mereka. Ni bukan roh hantu tau, ni roh kita yang belum lahir ni. . Jadi, orang-orang, tempat-tempat, atau perkara-perkara yang kita rasa macam Dejavu tu, mungkin pernah berlaku dekat roh kita sebelum ditiupkan dalam tubuh kita masa dalam rahim ibu. Sebelum ni aku ingat roh tu dicipta instant masa mak kita pregnant. Rupanya memang dah 'ready made'. Dan baru jugak aku tahu rupanya roh manusia ada bersosial (maksudnya berinteraksi) jugak sebelum masuk dalam tubuh'

Jadi memang betul ada dejavu cuma bukan yang macam digembar gembur yahudi laknatullah..kita kutip dari prespektif islam..

Dan cerita tentang mimpi tadi, anggapkan saja is sebagai satu peringatan sebelum sesuatu buat kita..tiap kali dapat mimpi-mimpi macam ni, bangun dan istighfar..jangan dikhurafatkan diri dengan terlalu percaya sehingga menilik naseb segala..ni peringatan untuk diri aku jugak..


::Siang ni nak tengok cerita Johnny Depp banyak-banyak la..so that malam nanti boleh mimpi kawen and have beautiful babies dengan dia..muahahahahha..


Tuesday, February 14

The Girl with the Dragon Tattoo

Hi!

Welcome on board 2012..year of dragon they said..


Dah masuk February dan aku? too many stories to feed in..let's begin with office drama..ramai sangat diva jadi masing-masing berebut nak jadi watak utama..macam mana mak nak hidup, nak bernafas pun tercungap..asik kene caras jek..susahlah macam ni ai nak cari makan..yang kelakarnya diva-diva tu semua jenis-jenis tua kedauk yang tentu-tentu dah tak laku nak jadi watak utama..tapi biasa la, bila ada duit semua boleh beli..tak ada yang pelik dengan sekarang ni..tinggal hulur jek..tak duit air liur, pon laku..wow!

Still drama at office..ingat entry marah-marah ai yang kat bawah ni?well, mungkin betul kata mama 'biar orang buat kita jangan kita buat orang..the sweetest revenge is when they know what they did is wrong'..semua dah lain sekarang..watak-watak utama kat bawah ni dah a bit loose..dah macam biasa yang dulu-dulu..aku pula yang jadi tak biasa..hehehe..awkward mula-mula..tapi bagus la kalau ada perubahan..aku cuma bimbangkan profesionalisma yang kadang-kadang kita manusia tak mampu nak bawak bila emosi mendahului akal..nanti yang susahnya aku,kita semua juga..jadi mari yoya!

Ok, next sketsa kawan-kawan..rasanya makin jaoh kebanyakannya TAPI aku tak kesah sebab perubahan untuk kebaikan kan patut dialu-alukan..;)..pertukaran fasa hidup tu biasa..kadang-kadang rasa dah tua sebab lain je rasa bila menginjak 3 series ni..*adaptasi Fatin dapatasi..makan kunyah telan..tapi perlahan-lahan..

Berselirat macam usus dalam perut kalau nak hambur cerita tahun baru nak mula ni..pelan-pelan ai cerita nanti ya..;)..ouh!hari tu dah dapat official approval dari ayah..hehehehe..now nak kemana, petik nama incik awak pon tape..dah dapat lesen besar..huuu..dalam tidak aku macam tak percaya akan ada dan berada di sutuasi macam ni..janggal..masih..heee..