Monday, December 21

Tebus Salah..



Aku rendu bila dia tarik telinga aku tatkala aku degil dan bebel bila aku gigih buat benda yang dia larang..juga rendu bila bait-bait nasehat dia yang ala-ala 'marah tapi sayang' itu dihambur pada aku..aku akan gelak sambil hembus nafas lega kerana hanya dia yang setakat ini mampu 'membasuh' perangai-perangai bodoh aku..

Dia doktor,
Dia jururawat,
Dia medikasi,
Dia famili,
Dia dah macam sebahagian isi..


'saya, kalaulah ada perca2 yang saya ada layaknya utk nasihat, inilah dia:

kadang2 kita kuat tak bertempat.
kadang2, tak salah kalau kita tunjuk lemah sedikit.

tapi tak apa.
sekarang mungkin belum sampai jiwa nak buat itu semua.
nanti bila dah hendak, bukalah jiwa tu ye..?

kesian, tin...
kesian orang yang duduk sebelah kita.

kadang2 kita hukum orang yang salah.
pengalaman kita dengan orang, buat kita hukum orang yang tidak ada kena-mengena pun dengan pengalaman kita.

kamu nampak father figure yang begitu, kamu dapat bekas kekasih yang begitu,
kamu rasa kamu perlu pakai cengkerang keras untuk tutup hati span kamu'


Dari awal aku sudah tak rasa adil..kadang-kadang untuk khilaf yang kecil aku terus membuang..hina kan aku? cengkerang tu dah terlalu lama kat hati span aku kak.. berlumut..hampir jadi isi..


*mungkin sempena maal hijrah ini aku harus punya iktizam 'buang jauh-jauh' cengkerang berlumut tu..