Sunday, June 14

Everidei my bekpes is seranah..It is so delicious..yummy!!


Hey Bicth,

Hi,

Yah..im so fuckin' comfortable here..have this small obsession with my self, like my walk even it's besepah, really thank to God with my looks even it's not perfect as u..(as if!)..oh!yeah..and i just like my life..not too rich and spoiled like you..i dun wanna be rich if i'll turn to be fuckin' bithcy asshole like you..errkkk..scary seh..seriously no thanks..*Terima kaseh Tuhan..aku bersyukur dengan apa yang Kau limpah pada aku sekarang..more than enough..orang kata biau le tak kaya asal kaya budi..biau le tak cantek asal cantek pekerti..

You know what?it's soooo extremely annoyed when you started to mumbling me how worse my taste on fashion thingy or how not-so-good of me buying stuff..urghh..you really sounds like barking..and it's so fuckin' irritating when ever you do your 'hello' style together with the gesture..aku pon kadang-kadang buat gak style ala-ala pondan tu tapi seriously for nothing..more to joking..but you, so Paris Hilton wanna be la konon..

You know what's the biggest diffy between you and me?well, aku ada kawan-kawan yang sayang aku sebesar Laut Merah and i do have friends which i called true friends but you?if i'm not mistaken, orang cakap those a looser and lonely person tend to act arragont just because they want to cover their inferiority and low self esteem..hurmm..i guess that fact just answered me on your abnormal-freak-bitchy attitude..

Haih..dah jadi rutin pulak sarapan seranah tiap pagi..lazat jugak!everidei ade jek kan manusia tolol bikin aku panas..the same person lak tu..adoyyyayyy..

*Hurmm..rasa-rasanya bila kau nak berenti kacau hidup aku ek?ke nak tunggu ai masuk minang yuh baru yuh puas hati?haish!awat tak habaq awai-awai ang ada hati kat aku..ok,pi betau mak pak ang aku nak masuk minang la ni gak..eh!itu pun kalau mak pak yuh tak kesah bermenantukan seorang perempuan..*grin..

Friday, June 12

Bahasa hati seorang Hj.Raman

Kantuk tangkap mata..baru nak tutup laptop, tiba-tiba aku jumpa ini:

SORE YANG HENING


Sore itu wajahmu sedikit layu
Kelesuan tanpa ucap petah
Tidak seperti hari-hari yang lalu
Pintamu ku penuhi
Sebungkus nasi lemak berlauk ayam goreng
Dan air kelapa muda dingin

Kau suap satu satu tidak bermaya
Sambil diperhati beserta gurau ringan anak-anak
Tawamu lemah sekali seakan dipaksa
Di hati semua
Kepulanganmu ditunggu penuh riang
Kau merebah diri disisiku
Tanpa banyak bicara melepas lelahmu

Gempar hening sunyi dinihari
Dalam lenamu kau pergi buat selamanya
Tanpa sepatah ucap

Aku jadi nanar tanpa arah
Terkedu hati membukam
Benar kah atau kau sekadar lena seketika

Illahi Ya Rabbi
Maka benarlah takdir dan janjimu
Kau telah menjemput dia yang dikasihi
Kembali kepadamu tanpa isyarat
Sedang kasihnya, sayangnya dan cintanya
Masih didamba oleh putera puteri
Dan aku….

Pergimu ditangisi semua yang mengasehimu
Cucuran airmata bagai hujan musim tengkujuh
Sedang aku masih lagi mencari satu kenyataan
Benarkah kau sudah tiada lagi
Hingga saat kau disemadi
Ternyata bahawa benar kau…..
Sudah tiada lagi

Kini
Baru ku mengerti “Erti Sebuah Tangisan”
Coretan rasahati lama sebelum ini
Yang ternyata jadi kenyataan pahit……

KINI BARU KU MENGERTI


Kini baru ku mengerti
Erti sebuah cinta
Sesudah satu kehilangan abadi
Yang sepi
Yang sunyi

Selama ini aku dungu
Ku nilai segalanya dengan hati buta
Ku hambat bayang hitam tanpa rupa
Aku alpa dengan cinta kasih yang nyata

Kesal apa lagi harus ku ucap
Satu kehilangan
Mengajar aku jadi sedar
Satu cinta kasih sayang
Dibayar dengan pengorbanan agung
Satu kehilangan
Satu pemergian abadi selamanya

Ku imbau semula
Segala waktu dikala bersama
Dalam sukar
Dalam riang
Lalu
Berjujuran air jernih dari kelopak mata….

Penawar kini hanya pada
Insan yang bernama putera puteri
Janjiku di pusaramu akan ku tunai
Selagi ada hayat dan nadi terus berdenyut
Mereka tidak ku abaikan

Doa buat mu kekasih
Akan terus ku titipkan pada setiap waktu
Abadilah dengan tenang
Segala kenangan denganmu
Ku simpan di lipatan hati
Yang semakin sepi
Semakin sayu….
Semakin rindu….


*Dua hasil nukilan ayah buat mama..sambil titip entri ni air mata dah selaut Tioman..hati bungkam..kami memang famili hipokrit..masing-masing lagak gagah..acting kelas A..




*Tuhan,kasehkan mama di barzakh sebagaimana kami mengasehi dia..Wahai ZatKu Yang Maha Agung,ambilkan seluruh pahala yang kami ada walau tak besar mana,walau yang tersisa, untuk bahagia mama di sana..Amin Ya Rabbalalamin..

Wednesday, June 10

*Incik Pelangi..




U said:


'For you a thousand time over'

and I said:

Thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank yoU!!

*If there are something bigger than THANK U saya akan bersusah-susah dan grab dia untuk awak..^_^..


Tuesday, June 9

::Under Construction::

Sorry kengkawan..tempohari,

'Blog under construction'

ehehhehehe..

Friday, June 5

Berbasa basi..

'Pelangi warna warni, cantek selang seli, kejar sampai mati, jangan biar hilang pergi'
'Angin tiup pagi, hembus tepi pipi, tutup mata rangkul kata, rasa ia dengan jiwa'
'Rendu kepul-kepul, peluk bayang nampak bendul, kalau dah cinta beketul-ketul, semua benda nampak betul'

Monday, June 1

Chantek itu pedih..auchhh!!




23 tahun..


Selama 23 tahun tak penah sekali aku jejak kaki kat situ..tapi minggu lepas, aku gadai berani demi sayang aku kat Didie masuk ke tempat-tempat macam tu..dan akibatnya:

Abis rabek muka aku..pedihhhhhhhhhhhhh!!!hukhukhuk..23 tahun tak penah sekali pon aku pegi buat facial treatment tapi pasal Didie aku cuba gak..kesannye?tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!muka pedih merah-merah..hukhukhuk..betoi ah omputih cakap..'beauty is pain'..but i wanna say 'if beauty are this pain i rather be ugly'..but sure did have besh part..sangat di pampered..huhuhu..patut ah orang kaya rajen bebenor ke saloon ke beauty care ke bagai..rupanya nikmat weh..tapi tu ah..duit bekoyan abis kat situ semata..sambil dok facial tu aku dok fikir, sekali facial rm68 dan sungguh aku boleh dapat 3 baju..ahahahahha..dasar kedekot kau Ten..=P..tapi sekali sekala tak pa la..sebagai hadiah untuk diri sendiri atas penat kerja macam kuli tiap bulan..i need something worth me aite..^_^..

Ahad lepas aku melepas pergi seorang lagi kawan..Didie dah kawen dan aku tau Botak memang lelaki yang tepat..Selamat Perantin Baru, Die..^_^..sedih perit kau berbaloi kalau imbuhannya lelaki seperti Botak..moga kekal..aminn..

Dan seseorang yang aku abaikan sebentar..terasa aku tak layak panggil kau kakak kalau untuk saat kau butuh teman aku tiada..


Selamat sembuh Fynn..maaf Fynn..maaf~

Thursday, May 28

Kenapa saya suka kerja saya?




29 May '09

7.30 pagi
Plaza IBM, Damansara
Ting.12

Kepala berpinar..tekak rasa nak muntah..isi perot memulas..kepala dah terhangguk-hangguk depan pc macam orang joget bangra..

Backlog cecah seribu..depot masuk banyak..belonggok..macam babih kena sula ramai-ramai..fark!!

Nak balikkkkkkkk!!

Tapi Say cakap balk jam 8..~_~..energy dah tinggal 0.15 ni..abih sume jadah Friendster, Myspace, Facebook, blog orang aku godek tak gak hilang ngantok ni..tetiba, aku teringat sesuatu..

Maka lahirlah aktiviti sehat aku dan member office:






Kemahiran melukis secara kreatif dan kritis (KMKK)..ada gamba bontut sin chan tapi dah cacat..plus tak sempat save..

Esuk nak main lagi..lalalalalala~

Monday, May 25

::Tipical Guy vs NOT easy to get girl::



Jam 10.30 tajam dengan aku yang maseh tepisat-pisat baru bangun tidur..teros soh adik aku blah aku nak guna laptop taip entri..bukan tak buleh taip kejap-kejap lagi tapi nanti apa yang aku nak taip dah jadi tak semacam tak sampai..*alasan..padahal malas nak mandi awai pagi..ehehehehe..



Aku seperti ada sedikit jengkel,marah dan tak suka bila some guys think that im sooooo tipical girl..hey,apa kau tahu tentang seorang Faten?ini aku:


Nama aku Fatin Izzati tapi aku lebih suka orang panggil aku Fatin..'Faten' tu diberi teman-teman sebab ejaannya bak kata mereka lagi kewl..bukan aku suka abah aku tukau-tukau le..aku tak kaya..sumpah biasa-biasa..aku dok umah burung a.k.a apartment jek kot..bukan banglow besau atau teres mewah 2 tingkat..aku berkerja..di IBM..cuma sekadar makan gaji yang biasa..bukan manager mahupun CEO kat IBM tu..syukur rezeki aku ok kat situ..alhamdulilah..ayah baru bersara dan ibuku baru usai meninggal 3 bulan lepas..aku anak kedua..kira kakak yang sulung untuk 2 adik-adik aku..aku punya abang tapi..ok,abaikan dia dalam diskripsi aku..aku terlalu biasa..aku punya perangai mama yang satu ni:go for quantity not for quality..aku tak reti pakai barangan branded..sumpah jarang..kalau ada pasti diberi ayah (sebab ayah kaki branded stuff) atau yang aku dah bertahun idam atau aku dapat rezeki lebih atau barang aku yang asal tu memang dah rosak tahap babih..tau tak ketaq lutut masa aku dok huluq 2k beli iPhone hari tu?mampui la kat korang nak kata aku kampung ka tapi memang aku bli iPhone pun sebab motorola aku yang nak ranap usia 4 tahun tu ilang kene curik..kalau bershopping baju pasti saja bazaar atau flea market my superb favourate place..stok baju rm5..uuuhhh..horny weh..bundle??memang hot spot aku sama kawan-kawan..ehehehe..sorry yuh o'lls..ai tak reti pakai baju Forever 21 ka..nak masuk MNG pun time sale jek ni kan pulak Topshop..takpe la..ai ketaq bulu pulak nanti..orang kata aku nampak mewah..haih..mana pulak laa datang jadah camtu..kalau tengok atas bawah aku sume hasil jualan murah tak pon bazaar yang aku beli tak lebih dari rm50..tempat makan?ehehehe..my 1st time entered Chili's was with Ezane..terima kaseh dekat dia yang kenalkan aku pada makanan harga rm20>..aku tekujat jap masa tenguk menu..ahahhaha..tapi mama selalu ajar:bab makan jangan berkira..Tuhan marah..so memang adanya kalau bab makan aku tak kesah sangat berabis..sebab memang sah-sah masuk badan dapat zat kemudian kluaq jadi taik..aku jenis yang akan cuba dapatkan sesuatu dari hasil aku sendri..satisfaction!bukan dari kikisan wang ringgit lelaki kaya..jadi tak perlu fikir kereta BMW hitam bapak kau tu dah cukup buat aku tertarik..aku lagi suka mini cooper lama laaa..

Aku suka muzik..suka filem..suka puisi..suka benda-benda artistik..aku tak suka beg tangan Guess atau Paris Hilton..aku lebih suka abiskan masa seharian di annex melihat lukisan Yusof Gajah, Abdul Latiff Maulan atau ke art event teman-teman dari pergi ke private party anak orang kaya..aku tak suka tipical guy who think im 'easy to get girl'..paling menyampah adalah guys with purpose..mau aku sebab mau jadikan aku trophy girl atau 'let's having sex bebeh'..pale otak!memang aku ramah tapi tak makna aku suke korang untuk sekali konversasi..aku paling rimas lelaki yang suka memaksa..

'Faten bila u nak belanja i..bufday i nak dekat dah..'
'Faten, can we meet tonight..just u and i'

Urghhh..bosan!bye!

Aku tak suka tipical guy yang dalam SMS pertamanya atau selama-lamanya bertanya aku:'U tgh watpe?' 'u dah makan?'...adoiii..B to the O to the S to the A to the N..aku lebih suka kalau kau tanya aku tentang kempen selamatkan penyu kat Terengganu..

Sebab tu kalau lepas konversesi yang pertama dan kemudian aku hambar untuk konversesi kedua atau pendek kata aku malas nak layan maka kau adalah tipical guy yang bosan with purpose..hey,i know u'll read this..aku marah bila kau mengada-ngada merajok sebab aku maseh tak sempat tunai janji aku belanja kau makan sempena bufday kau..adik-adik aku rengek wayang sudah lama..jadi rengek adik aku dan rengek kau lagi penting adik-adik aku laaaaa..kau bosan..aku anggap aku sama antara kawan-kawan aku yang lain..tak lebih tak kurang jadi jangan nak lebih-lebih..kalau kau rasa sebab kau ensem aku akan suka kau memang kau tak kenal manusia nama Faten..aku tak penah fikir lelaki ensem to kewl kalau perangai macam babih laut..aku lebih prefer simple guy with simple attitude..biarla tak ensem yang penting dia terima aku seadanya..

Not every girls will look for a handsome and rich guy..we need some one who can love and really love we as we are..kalau ensem itu mungkin satu pakej tapi mata aku lain dari tipical girls yang kau fikir..haih..fikir-fikir la sendiri..aku malas mau bujuk kau untuk teros kawan sama aku kalau perangai kau sejengkel ni..

Arrivoir..pintu keluar belah kiri..bye bye..

Sunday, May 24

Intepretasi metaforik yang langsung tak artistik tapi aku tak pedulik!



Biru+kuning+merah+ungu+putih+oren+hijau+pink = warna warni


Too simple, too plain, too sweet, too humble, too fun, too mystery and too perfect..

*senyum

Seharian ni aku rasa macam seekor babih berbuntut tapir..rasa pelik..ke aku yang makin tak normal?errkk..

Seriously it's been a year menggg..dan baru sekarang?aku rasa sikit looser..tapi apa aku penah heran pun pasal hal ni sebelum-sebelum ni kan..jadi untuk sedapkan hati enakkan rasa aku fikir aku deserve best treatment ni..ehehehe..

Jadi,bagaimana sekarang ni ten?apa pendapat anda?

*aku rasa semua sure tak paham apa aku dok mengarut untuk entri kali ni..ahahaha..ni la pe'el aku..kalo dah mai pe'el konpius hepi energetic aku,mula la jadi metaforik tahap babih..sorry..interpretasi la ikut mulut korang..aku dah tak pedulik..

Lalalalalalala..

*senyum

Tuesday, May 12

Mari merejam!!!



Aku rasa macam dah lama tak belai
Surat Untuk Aku..hari ni rasa nak menulis meluap-luap..mungkin sebab emosi carca merba aku tengah klimaks jadi tangan terus laju tekan-tekan papan kekunci..errkk..i mean keyboard..aku hilang fokus sebulan dua ni..mungkin terlampau mau kata aku 'OK' pada mata umum..tapi sebenanya aku tak OK sangat..'tragedi' 17 febuari maseh rasa macam baru semalam..hilang fokus sebab aku dah biasa bertongkat kan mama jadi bila hilang mama lumpuh aku merebak satu badan..it takes 100 years to heal..kerja, kesihatan, rumah semua bersepah..jadi hari ini aku mau janji pada diri: Fokus Faten..fokus!! Aku nak dapatkan balik rentak aku yang hilang..tak la hebat sangat tapi rentak aku yang dulu lebih terurus..


Mari kotakn janji Faten..mari..
------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tengok baca..dada akhbar seminggu dua ni 'meriah'..semua cerita pasal mat rempit..oh!filem pon..eh!tak lupa drama kat tv..'meriah'..macam parti seks..aku baca kolum Siti Jarum dalam Pacaindera ahad lepas..hats off to Siti Jarum!!a perfect thoughts!!
*dia memang penulis idola aku dari dulu..Filem bohsia rempit haram jadah tu aku tak rasa nak tengok apatah lagi berbangga anak melayu yang hasilkan filem sampah macam tu..si pengarah cakap itu untuk memberi kesedaran pada mat rempit maka dihasilkan filem tu..abah hang!!tolong laaa..filem kau laku sebab semua yang tengok mat rempit dan tau tak semua mat rempit keluar panggung jalan kengkang ketawa bangga??

'wooo..kita kuar filem laaa..derang buat cerita pasal kita la..hebat sehhh masa scene cilok-cilok tadi..aku umur 12 tahun dah buat sehh aksi tu'

Pundek!!


Hilang skit mood aku nak tengok X-men..*naseb Hugh Jackman ensem..mood aku terus naik 100% balik..huahuahua..

Drama kat tv?belambak pasal rempit dan semua gambarkan yang puak ni hebat drift kat jalan..tau tak derang dabik dada hari-hari?dan tau tak itu punca kesah derang makin hebat kat dada akhbar sekarang?derang rasa jadi binatang adalah hebat sebab apa ada kesah..semua drama dan filem 'angkat' rempit!we are HERO meng..BABIH!rogol, bunuh, rompak, copet semua kerja korang dan korang terusan bangga sebab ada 'support' dari pembikin filem/drama yang gila rating..bagus la..bagus..kalau ditanya pada aku apa tindakan untuk mat rempit babih kimak ni, aku akan bagi suggestion ni:
  1. Ikat kat kerusi, panggil golongan kanibal datang ramai-ramai robek perot rempit mentah-mentah..
  2. Tanggkap rempit ramai-ramai..ikat pukal..letak kat tengah jalan lengang..ready 3 traller balak yang besar-besar tu then gilis rempit-rempit tu..gilis ulang kali..yummy!
  3. Bagi tiap satu rempit kat rakyat jelata yang prihatin..sepak terajang kencing dalam mulut rempit..biar kat padang tandus sampai kering...
Uhhhh..heaven..aku tulis sambil bayangkan nikmat-nikmat diatas..TAPI..since aku bukan binatang macam puak rempit ni, aku rasa cukup kalau kerajaan buat hukuman gantung sampai mati untuk sesiapa yang bercita-cita jadik rempit..yah..mencegah itu lebih baek dari mengobatikan??


Thursday, May 7

::Rawak::



Bagos sangat ke kalau hebat pura-pura depan mata umum?bangga?dabik dada?tepok-tepok sambil menyeringai gigi tanda menang?Double thumbs up for being hypocrite?


Hurmm..how 'bout i called it jerk?ok,may be some other name..something like BABIH??

Apala bodoh sangat kau ni..buat malu aku tau tak..nak marah rasa tapi pikir balik 'siapa aku?' tapi kalau dah kebodohan tahap babih memang aku rasa nak sepak sampai koyak pipi kau..oh!aku bunyi kejam la??abis yang kau buat tu tak kejam??senyap,perlahan tapi lagi sakit dari kene hentak dengan kerusi jati tau tak..hadoi..kau ni bikin masalah..cuba la bawak berfikir dengan waras..ke sebab kau memang dah tak waras maka kau jadi macam tu?ok,tu pon satu analogi dan aku rasa menarik so aku anggap kau tak waras..saikosssss!

Urghh..penat la pagi-pagi tiap hari menu harian aku adalah 'maki'..dah bosan dah tapi kau buat aku brunch maki lagi hari ni..fark kau!

*aku tuju secara random..pada yang terasa terima kaseh sebab memang entri ni untuk kau..tapi,kau ada baca ke blog aku?errkk..tape-tape..soon you will 'cause kau tengah seronok kumpul salah orang..of course you'll read mine to make your physco life complete!

Sunday, May 3

Soalan cepuk hati..



Kenapa kasut kawan kita yang kita pinjam lagi selesa dipakai dari kasut kita sendiri?


-sebab kasut tu tak ada masa kita nak beli hari tu..

Kenapa baju yang kawan kita ada nampak lagi molek kat badan kita?

-sebab saiz tu mmg saiz kita tapi kawan kita tak suka saiz kecik-kecik so dia beli la yang agak-agak besar which is our saiz actually..*cakap dengan nada berlagak..

Kenapa kita rasa besh jek bila oles lipstik kawan kita sedang kan kita punya lisptsik Bobby Brown kot..kawan kita pakai Silky Girl jek?

-sebab warna lipstik Bobby Brown kita takda yang macam lipstik Silky Girl kawan kita tu..so, kita terpaksa okeh..terpaksa rasa besh dengan lipstik kawan kita..tu jek..

Kenapa kita rasa besh, seronok, fun bila berjalan dengan boyfriend kawan kita lebih dari boyfriend kita sendiri?

-1st of all kita sebenanya tak ada boyfriend and 2nd kita sebenarnya memang dengki dengan kawan kita tu kan!dah abis sume harat mende dia kita jaki!lipstik kasut baju sume kau nak..tu je la jawapan untuk sume diatas..

Tapi sebenarnya bukan mcam tu pun..kalau betul-betul nak dah lama aku rampas..tapi aku cuma rasa besh sedang aku tau amat mustahil untuk dapat apa yang bukan kepunyaan aku..alaa,perasaan shaiton ni memang babih!suka datang hasut-hasut padahal tak ada apa pun..

Tapi kenapa aku perlu rasa jeles bila dia rapat dengan orang lain?

Adeh..shait meng..aku tetiba rasa tak besh..bongek kau ni dak ten..bongek..


Tuesday, April 28

Lat ta li lat ta li tam plom..



segelas air putih..yang tak punya bau dan deria..sumpah ia terlalu biasa..tetap:tiap nyawa mau kan ia..

utasan benang hitam..satu ditarik panjang..jahit jelujur tutupkan lubang..sadis:sekadar cukup tutup curang..

secebis daging..digumpal penuh sepenumbuk..dibaling bukan dicampak pun bukan..tragis daging digilis berterusan..

longgokan daun perdu kering..ditiup angin terbang keliling..antara satu tersangkut ranting..tapi jatuh lalu digonggong anjing..

air pasang pagi..surut jam lima..bangun tiap pagi..maseh ditanya apa mau aku pada dunia..


::kejamkan aku, maseh aku berdiri..
::bencikan aku, maseh aku dikasihi..
::cintakan aku, maseh aku cari-cari..

Thursday, April 23

Sakarstik Plastik



Layang melayang terbang melayang..la la la la...


Drive pulang pagi tadi, mulut aku tekumat kamit nyanyi lagu Stacy, gagap..tapi mata bergenang-genang..shait meng..tak taly langsung..aku teringat masa-masa aku jaga mama di hospital..masa-masa mandikn dia di bilik air..dia paling suka kalau aku jiruskan air di kepala..'sejuk ngah sejuk..sedap-sedap..segar rasa'..masa-masa melurut badannya dengan minyak..'uuhhh..sedap-sedap..ha kat situ..kat situ'..masa-masa dia letakkan tangan di ubun kepala..'sian anak mama kena jaga mama'.. dan banyak lagi masa-masa di hospital..aku tau ramai yang bosan dengar cerita aku and tengok aku maseh terus macam ni..tapi aku tak gagah lagi kawan-kawan..

*Ma, rendu ni..

Otak melayang terus sampai ke malam.. dan terus tadi aku ym sama bekas kekaseh..hurmm..benda pelik semakin merebak..aku rasa dalam situasi aku dan dia, yang perlu lebih terasa hati pastinya aku sebab aku yang di duakan, aku yang ditipukan dan aku yang disampahkan..haih..apalah dosa aku sampai dah clashed still aku di anggap macam bukan sesiapa..not even kawan atau sesiapa lah!ish ish..dari couple yang berentahkan status apa, sampai sudah tiada apa maseh juga tak berstatus..ahahha..kalaka kejap..*gelak sakarstik..kamon, aku bukan luak kan sangat relationship kita yang dulu..what past is past..patut aku yang dijaga hatinya bukan aku yang menjaga hati kau..aduhh..pelik tapi memang aku terasa sebab sudah la dulu tak rasa macam dikaseh dan sekarang tak rasa macam di kawan..hey, it's fine if you preffer not to say hello to me anymore..sumpah tak luak..alhamdullillah aku maseh ramai lagi kawan yang tahu value friendship..ada betulnya cakap mama:aku terlampau baik sama kawan-kawan sampai kepala dipijak-pijak..so,enough is enough..yah, i know you'll read this..silalah..paling tidak sikit kau tahu apa aku rasa..



Oh!one more think Zack, attempt menjaga hati tak laku kat sini..aku tak rasa pon kau patut jaga hati aku..hilang mama lebih besar dari hilang kau..arriovoir monsieur..mungkin sekarang atau hayat akan datang kita memang tak berjodoh nak berkawan..dan aku memang terasa hati bila kau cari aku untuk karaoke tapi tidak sekali bertanya kabar lepas mama meninggal..kawan jenis apa tu?oh!oppss..lupa..aku bukan kawan..not even best buddy..best buddy??ahahha..*gelak sakarstik..

Saturday, April 18

Attention!Ini penting!


Oh ya!


Sebelum mula..

Entri lepas, yakni entri dibawah ini, mengundang tindak balas yang agak rawak dari pelbagai lapisan masarakat..jadinya harus-harus aku terangkan duduk cerita sebenar..

ceritanya begini: entri tarrrrsaaaaaaaboooot lebih kepada sinikal aku kepada Manager aku yang sangat langsi, jaki, dengki dan benci pada aku..tahap benci dia pada aku mungkin sudah lebih paras pecah termometer sukat demam yang doktor salu selit bawah ketiak tu..nyata-nyata segala apa aku buat memang tak akan kene pada mata dia..haih..aku lebih kesiankan dia sebab terlampau obses menjadi si gila kuasa..haih..Manager aku ini orang nya tak nafi bagus TAPI HANYA UNTUK KERJA YANG DIA TAHU SAHAJA..yang lain:SAMPAH!sebab pada aku dia bukan nakhoda kapal yang bagus..sekarang lebih parah..sudah ada isu diskriminasi pulaaaa..sekumpulan angkatan estet tamil elam dia dah bawa masuk ke company ni..alasan dia bagi:'so that we will not facing any problems such as lack of employee during hari raya'..hurmm..alasan paling bijak untuk otak bahalul dia,tapi tak pada otak rasional manusia lain..so, berbalik pada entri..disebabkan terlampau pasrah pada keadaan dan saat hati yang memang kecewa, aku tulis entri sinikal konon kata kau mau tukar warna kulit agar langsi dia kurang pada aku..itu saja..

Baek..ke babak yang seterusnya..

Attention:aku perlukan seorang lelaki yang mau dibuat boyfriend!segera!ini untuk 3 alasan tersebut:

  1. Nenek aku mau jodohkan aku dengan seorang pensyarah matematik (gila freak!!takot!) yang sebaya pakcik aku..maseh bujang cuma sedikit terlajak dan punya harta..
  2. Seorang kawan cakap aku homoseksual..hanya kerana aku maseh single..mati-mati dia tak percaya..katanya aku bohong and phatetic..biadap..
  3. Aku nak kurus!fakta badan aku:kalau aku sedih,aku akan gemok..kalau aku happy,tendensi untuk aku kurus seperti dulu amat tinggi..

So pelisssssssssss..sapa-sapa diluar sana..untuk tempoh sebulan dua saja..cukup lepas nenek aku give up menjodoh aku,cukup lepas kawan aku berhenti panggil timangan lessy dan cukup sampai aku kurus..pelissssssssssssssssssss..

Tuesday, April 14

Salam Terakhir...



Maaf kawan-kawan..


Kali ni tak terbendung..aku memang give up..tolong sampaikan salam pada semua..katakan pada mereka aku sayang sampai ujung nyawa yg tertitis..aku juga wasiatkan segala apa yang aku ada pada keluarga yang aku sayang..mungkin aku terlalu rendu sama mama maka aku lakukan ini..mungkin ini jalan yang terbaik..kawan-kawan, smpaikan juga salam buat mereka-mereka di office tak kira baru dan lama..aku juga sayang mereka tak kira warna..rasa perit nak aku lakukan ini tapi demi kebaikan semua dan aku sendiri, nak tak nak buat tetap kena buat..rasanya lepas ni mungkin mereka akan aku terima aku dengan lebih seadanya..selamat semua..













'Abang mekanik, tolong cat kan kulit i dengan warna hitam pucuk pisang..tak mau yang kilat-kilat sangat ya..kang shinning-shinning payah pulak i nak masuk office'


DKK, here i comeeeeeeeee!!!

Monday, April 6

Penghulu segala hari..dan aku yang makin 'mati'...



Petang Jumaat:

'Doc, i think i got migraine again..it's getting worse now..started to effect my back and i just felt the pain on my spine..'

'Ok, lets check your blood pressure first'

fergh..fergh..fergh..ferghhhhhhh..*sounds of blood pressure cuff..

'Fuhh..well, Faten the number is not ensem at all..stress, not enough rest and i think a bit of kacau-kacau emosi makes your number ugly..come back for second check on Monday'

'Haih..*sigh..Thank you Doc'

Malam Jumaat:

'Heppi besday to mike yantie..heppi besday to mike yantie..lalalalala..wahahahaha..dadadaa..didididid..dudududud..chill chill chill'

Lewat malam Jumaat:

'Ten, mana kau?'

'Aku on da way..tapi tak tau jalan..tunggu korang kat KLCC'

'Roger and out'

...vrooooooommmmm..zasssssssssssss..

*musik background Lady Gaga:Poker Face

'Come on Dewi'

menari menari menari menari menari..

'Dance with me?'

'Sure!'

.......................menari menari menari menari..*ganti berganti musik background T-pain, Pussycatdolls etc etc..

'Thanks for coming here tonight..see all of you tomorrow'

'Hey,you're great..good dancer'

A hand kiss as a give back..muakhss..

Hujung lewat malam Jumaat:

'Weh,such a great night..maz,ko..aku..kita..lainkaa..lii....krohhh krohhh..krohh'..*larut..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makin larut, serabut..
Pijak cincang tiap inci kewarasan..
Dan saat itu datang..
Yang makin hilang dan makin pincang..
Terkadang itu cara terbaik..
Terkadang itu yang terbalik..
Tau tapi tetap mau..
Takut tapi tetap turut..
Mata sering dipekak..
Telinga sering dibisu..
Dan tangan selalu dibiar capai dulu..
Kaki dibiar melulu..
Jahilnya seorang aku..

*terkedu..

Persoalan:

Sampai bila?



*rendu merengut..mama,tolong singgah di fatamorgana aku..kangen bertepu disini..tiupkan sepoi bahasa lembut..aku cuma mau itu, mau itu, mau itu..

Tuesday, March 31

::Hakikat atas bawah::

Tuhan...

cipta manusia pertama adam dan hawa penuh sifat..dibekalkan mereka sepasang hati yang jelita dan perasaan yang molek..

dan kita..
pewaris itu..

cuma, bedanya, sama ada ia maseh jelita dan molek dipegang kita..

maka..

dengan sedikit hati dan perasaan yang di wasiat itu, harusnya pertimbangan melalui akal jatuh dahulu pada hati yang merasa kerana apa jua hasilnya nanti perasaan juga yang akan tercela..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku:sedang terasa..
diskriminasi bukan lambang liberalisasi..
dominasi bukan lambang kuasa hakiki..

Pemimpin yang baik bukan dari pemimpin yang terlalu asik mengirai-ngirai antara bulu hijau dan bulu kuning..memilih bulu itu biadap..dan perasaan superior bukan hak mutlak..takbur dilaknat Tuhan..life is like a wheel..once u up and once u will down..masa kita berada diatas harus panjang-panjangkan leher menjenguk orang yang dibawah..dan kalau kita berada dibawah, cekal-cekalkan hati memanjat keatas mula..kau terlalu huduh dengan hati diskriminasi dan perasaan dominasi kau..huduh dan berbau tengik!yuckss!

Monday, March 30

Minyak senyonyong..Aduhh..asikkk!

Dari 2 hari semalam, aku seperti orang sasau, angau..gelak sorang-sorang..senyum sorang-sorang..berangan sorang-sorang..satu rasa yang..yang..yang sangat hebat..aku terkesima, kagum dan jatuh cinta pandang pertama..saat aku lihatkan paras depannya saja aku sudah tersenyum..makin aku pandang dan observesi, aku jadi tepana..wah!hebatnya..aku teros memuja-muja..cinta aku makin dalam..uhhh!tak keruan..hebatnya jatuh cinta yang ini kalah cinta pertama aku dulu..aduhhh..penasaran sihhh..


jatuh cinta lagi, lagi-lagi jatuh cinta, aduh bagaimana, untuk memilikinyaaaaaa..

(matta band:jatuh cinta)



Shafiq pun dah berjangkit penyakit sama..angau..gelak sorang-sorang..senyum sorang-sorang..berangan sorang-sorang..hebat minyak senyonyong yang satu ni..bikin kami angau-angauan..huhuhu..(gelak malu-malu babi)..sumpah aku angau sampai bawak tido letak bawah bantal..gamba pun aku snap banyak-banyak..jadi untuk entri khas buat cinta baru aku ni,aku kongsi sama semua..siap yang cakap tak ensem memang biadap!




Si ensem
*hiasan tepi-tepi tu hasil kumpulan art Limpahtakruah..saja aku selit-selitkan..




uhh..kacak bergaya..




*aku sangat sanjung perempuan-perempuan ini..jatuh cinta aku pada bakat mereka..berangan kejap mau jadi seperti perempuan simpanan ni..dah la cantek, kacak, bakat bergaya pula tu..ish..tumbok kang!


Parassssiittttt!!

Team,

I am very disappointed to see that many of you disregarded today's Center dinner. Imah has gone to the trouble of getting the funds approved (remember the whole company is on expense freeze) and arranging for pizza for all of us. Yet, only Shaiful, Bob, Ghazaly were here 7-7.30pm. Some of you came after 7.30pm and this is not acceptable, some of you are still not here as I type this. I know some of you have reasons such as leave, emergency leave, but I have also got the excuse of traffic jam etc.. That is not acceptable! If you had given a good prior reason yesterday then I would understand but no one said anything to me about not being here on time today.

Ruziani (GG) who is the BOM for the team was also here and she must be wondering why so many of our team are missing....not a good impression. When you cant even be here on time for a simple dinner, how do you expect management to Promote or Convert you, give you good bonuses/increments and trust you for more responsible leadership positions?? How can I go to upper management and ask for conversions etc..based on today's behaviour?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bodoh tak terajar, pandai tak terbentuk..aku agak-agak malas nak layan manusia nama DKK ni..tapi amat melampau kalau salah orang kau nampak salah sendiri kau gali dalam-dalam dan timbus tebal..siap hias dengan pokok tembikai nak tutup busuk sendiri..kamonnnn!!dulu ada kau datang awal untuk semua majlis potlak?dulu ada kau nak kerjasama masa majlis makan-makan?yang kau tau datang terus makan..alasan kau selalu bagi jamm gak!siap cakap 'every friday is a jamm day la..cannot come early..why u guys always do makan-makan on friday'..fak kau ah!kalau dah dasar ****** tu memang kaki auta gak kan..ah!bahbi laut!saddap yuh!shuh shuh shuh..

Thursday, March 19

Pinjam kunci..


Dysmenorrhea

Definition

Painful menstrual periods are periods in which a woman experiences crampy lower abdominal pain, sharp pain that comes and goes, aching pain, or possibly back pain.

Alternative Names

Menstruation - painful; Dysmenorrhea; Periods - painful; Cramps - menstrual; Menstrual cramps

Considerations

Painful menstruation affects many women. For a small number of women, the discomfort makes it difficult to perform normal household, job, or school-related activities for a few days during each menstrual cycle. Painful menstruation is the leading cause of lost time from school and work among women in their teens and 20s.The pain may begin several days before, or just at the start of your period. It generally subsides as menstrual bleeding tapers off.Although some pain during menstruation is normal, excessive pain is not. The medical term for excessively painful periods is dysmenorrhea.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit education kepada mana-mana kaum adam yang tengah nak faham perempuan, tak pernah faham perempuan atau dunggu tahap babi buat-buat tak faham masalah tiap-tiap bulan kaum hawa ni..DYSMENORRHEA a.k.a PERIOD PAIN a.k.a SENGGUGUT..tau tak emosi wanita juga turut terganggau ketika dysmenorrhea?haaaaaa..maka sila letak tepi sengal babi anda wahai kaum adam bila ini terjadi kepada ibu anda, nenek anda (hey,still ada ok..tu yang owner jamu mak dara tu) girlfren anda, kakak anda atau juga pekerja anda..kami kaum hawa bukan saja-saja atau gedik-gedik babi cuba raih simpati mahupun dengan purpose manja-manja ketika penyakit ini datang..sesungguhnya sakit ketika dysmenorrhea amatlah seksa..kalau ada pilihan untuk bukak pasang rendam rahim ketika dysmenorrhea, aku orang pertama yang buat..halusi ciptaan Tuhan yang terhebat ini pada kaum wanita dan belajar handle when this situation happen..bukan merungut, melekeh-lekeh atau naik temper..bebal!

Aku tengah
dysmenorrhea dan aku tade mood..warna pelangi semua terbang yang tinggal warna taik..perangai-perangai pekerti aku juga akan hilang maka potensi untuk campak kau kat dinding dan pijak sampai mati amat tinggi..Emosi cacarmerba macam najis dalam toilet bowl tandas awam..haih..aku makin serabot, makin hilang dan makin larut..tengah merangkak balik cari pintu keluar yang betul tapi semua kunci macam tak pasang dengan yang aku ada..


Ada sesiapa yang padan?pinjam..


Thursday, March 12

Nyammmokk!!


OK!!!ini melampau!!ada aku kacau kau??!!fak!!kau ingat kau lelaki paling comel amik gamba tidur aku??bodoh!konon nak jadi kewl and reach attention??!!bodoh!!


eEEeeEeEE WwwWwwwWWw..yucks!!!



Shuh shuh shuh..annoying..rasa cam nak tampar muka kau, hentak kepala kau kat bucu desktop pastu tampar dagu labuh kau sampai kejang..aku dah cakap jangan kasik aku annoyed ngan kau tapi kau buat juga..bodoh la..mama aku pesan jangan benci sangat dengan orang especially guys nanti jadi sayang tapi untuk kes kau, memang takde belas dah..makin hari makin meluat..aku cakap sepatah kau bebel bodoh kau kat aku..menyimpang pada benda yang takde kene mengena pulak tu!hangin!aku borak dengan orang lain kau nyampuk gelak..yang paling buat aku rasa nak campak tin biskot Jacob's depan aku ni bila kau suka menjawab..haih..kemantang aku..menjawab tunjuk pandai..pastu bila orang cakap buat muka comel sambil tunjuk peace kat tangan??huh??penyibuk kalah cik bedah..kau boleh ym orang kau baca??pastu buat muka bajet comel cakap 'oppss!terbaca pulak'..waddefak!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Aku ingat hilang tension kat DKK aman skit dunia tapi kau..demm..haktuih!

Tuesday, March 10

For-Bid-Den Part II



Erkkkk..hurmm..haih..ishhh..fark yuh Faten..rasa berdosa..ish ish..ok,entri aku yang lepas aku ada cakap:

'Aku tak pasti tapi bila aku suka seseorang,ia akan jadi hanya setakat suka bila aku tau ianya takkan kemana untuk forbidden love..untuk apa kalau aku suka dan dia suka tapi terbatas untuk sesuatu yang lebih releven? so,we end up be fren and yes we are good fren now..aku tak kesah..malah gembira..sebab berkawan-kawan tu lebih serunut dari berkaseh-kaseh'

And yess i mean it ok..and yes forbidden love aku adalah sama encik itik kuning..ehehehe..tapi tak salahkan kalau aku rasa besh kejap-kejap..kan?kan?ehehehe..haih encik itik kuning..kenapa rajen berhubung sekarang?buat saya timbul tenggelam..ok,we are good fren now and aku tak mau timbul apa-apa isu sudah sebab gufren anda adalah kawan saya juga..huhuhu..

Hurmm..kadang-kadang forbidden love ni macam sesuatu yang seronok..no intention to own it but just wanna play around..ehehehehe..benda yang susah nak dapat, makin kita mau kan? bila dapat bau pun rasa macam dah menang loteri..huhuhu..aku delusi kejap..terbentang ingatan aku pada majlis berbuka puasa dan tandang kamu kerumah flora..haih..encik itik kuning, dem yuh..lagu kamu tengah bermain-main kat telinga saya dan lukisan itik kuning yang kamu bagi malam buka puasa maseh ada dalam bimbitan..ahahahaha..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Suatu sisi yang lain..


Hey,aku baca lagi..thanks..maseh berkawan dan anggap aku seperti adik kamu..and thanks for being my silent reader..aku rasa kita yang terbaik bila kita adalah good fren..macam aku dan encik itik kuning..^_^..memang jodoh ditangan Tuhan dan kita yang memutuskan sanggup dan tak sanggup..tapi sekuat mana hati kamu berkata aku adalah orangnya, sekuat itu jugalah hati aku mengatakan kita bukan untuk kedua-duanya..walau apapun, yang penting kawan-berkawan tu kan?^_^..aku harap aku menjawab tanya kamu..dan iya, sungguh,aku sudah tanya berpuluh juta kali hati aku dan aku sangat pasti..niway, tegur aja jika mau..dan kalau perlu untuk bertanya terus, aku lagi terbuka..tapi aku seorang yang terus terang..takut-takut nanti kecewa kamu dalam-dalam..jadi aku harap penjelasan sini tak kasar untuk hati kamu..maaf sekali lagi kawan..sumpah aku tak mampu memaksa..ok,aku wish good luck untuk kamu..moga sukses dimana-mana dan aku akan selalu titip doa moga kamu ketemu jodoh yang paling hebat sebab kamu adalah abang dan kawan yang hebat..^_^..

Friday, March 6

TIme Off Plissssss....



Banyak sangat benda yang ulang alik dalam kepala aku sekarang..*sigh..sampai aku rasa tak terbawak..semua yang ulang alik tu perlukan decision dan separuh gila bila setiap decision itu tentukan masa depan aku..arghh..

Sejak dari hari aku hilang mama, aku cuma rehat seminggu..dan seminggu yang ada tu penuh dengan segala urusan yang kelam kabut..
aku mau cuti..rehat yang panjang..keadaan amat berubah sekarang..adik dirumah nenek sebab aku tak mau dia lonely..sayu..sedihnya adik aku sekarang perlu tumpang kaseh orang..aku mau spend masa yang lebih untuk adik-adik tapi aku terbatas atas dasar tanggungjawab kerja dan sebab tu aku kembali menggadap digit manusia US minggu berikutnya..and i thought it is the best treatment untuk hilang sedih-sedih..tapi tak..jadikan aku dimotivate lagi adalah..nampak kerja yang belambak buat aku rasa nak tikam-tikam komputer depan mata ni..biar rosak..nanti tak yah buat keje..arghhhh..lillahi ta'la aku sangat penat!!..physical n mental..i just need a time off..=(

Hurmm..aku rasa aku nekad..yeap..kerja dan adik-adik,sure aku pilih adik-adik..so,i think this is the time..aku mau berhenti!yeap..berhenti kerja..muktamad!aku lepaskan untuk bulan mac dan one month notice untuk april..mei aku mau buka buku baru..tentang kerja,aku berserah..kalau ada yang datang sebelum aku berhenti,alhamdullillah..tapi kalau tak ada maka aku redhakan saja..rezeki kat bumi Tuhan ni ada dimana-mana..itu pesan mama untuk ajar aku yang hidup tak perlu putus asa..ok!muktamad!

itu tentang kerja..
dan
ini tentang hati..

Aku tak pasti tapi bila aku suka seseorang,ia akan jadi hanya setakat suka bila aku tau ianya takkan kemana untuk forbidden love..untuk apa kalau aku suka dan dia suka tapi terbatas untuk sesuatu yang lebih releven? so,we end up be fren and yes we are good fren now..aku tak kesah..malah gembira..sebab berkawan-kawan tu lebih serunut dari berkaseh-kaseh..yang lain?hurmm..mungkin ada seorang dua tapi entahla..hati aku kadang-kadang aku sendiri tak terjangkaukan..rumit..aku mungkin (mungkin..)hard to get sebab ego tapi cepat runtun hati untuk sesuatu yang terharu..Aku ada terbaca..dan sekarang aku rasa teruk, kejam, terharu, loser sebab buat kawan sendiri macam tu..tau tak aku rasa macam nak bawak keluar otak,cuci-cuci then pasang balik..new memory..tadaaa!pastu hati aku pula aku rasa macam nak rentap keluar, cuci, letak bedak talkum pureen kasik wangi then jaja pada yang first come first serve..haih..teruk ke aku bila tak mampu nak terima cinta sesiapa? tapi lebih baik untuk tidak daripada aku paksa hati aku untuk suka..maaf,kalau aku cuma tak mampu..serious..aku sangat tak sangka sampai ke bertahun lepas pun kamu maseh ingat semua..*aku sendiri pun lupa aku pakai baju apa malam tu..huhuhu..hey,tau tak kamu kawan yang hebat?and may be we just meant to be a fren? don't u think so?


*hujung bulan tiga sesuatu dari jauh pulang..*grin..masa untuk 'bergadoh' lagi..ahahaha

Thursday, February 26

For-Bid-Den


Saat sedang rendu sama mama, aku jadi konfius tentang sesuatu:

Tentang sesuatu yang dah lama aku biarkan..

sambil merah muka..malu..

Dulu tak rasa nak kongsi sebab pada aku remeh..
tapi lately aku rasa banyak teringat dan yang pasti seperti mula kembali..encik yang sweet talker..salu buat aku berbunga..aku curik-curik baca lagi cerita kamu tentang aku..haih..tipu lah kalau aku kata aku tak terusik..cerita yang dulu-dulu..tiap kali baca bikin aku rasa comel dan sipu-sipu..ehehehe..hurmm..aku rasa macam tak best sebab situasi kita yang beda tapi aku mau jujur tentang ini:yes, i do attracted with you..bepeluh kejap..jadi jujur bukan sesenang kentut dalam air..but we are not meant for each other..itu fakta..but i'll never say no to qada' qadar..forbidden love between us yes i know..tapi aku cuma saja jujur dengan yakin sebab aku tau kamu tak tau wujud hidup blog aku..^_^..hurmmm..terlalu senang dan selesa sama kamu..kamu pada aku seorang yang sangat biasa, terlalu jujur, passionate, berani, telus..aku tulis ini sambil rasa serbasalah + rasa teruja yang sekejap..satu rasa yang tak patut!tapi aku cuma rasa..sebab kalau aku dasar perempuan bitchie bitch,dah lama aku layankan cara kamu..n i think u already have such a wonderful flower beside u now..yah,i think we should just move on..


*Itik comel warna kuning is still singing a lullaby that someone gave her..

Tuesday, February 24

::Sedang Lumpuh::



Kosong sekejap..


Kali ini direntap dahsyat..saket..terlalu saket..lebih saket dari kulit aku disiat pisau panas atau pedih diterajang..sila galang kan itu, kalau itu pilihan..aku cuma rendu..dan akan tiap-tiap hari rendu..bukan tak redha..cuma rendu..

Tuhan, aku tidak marah sama Kau..malah syukur segenap hati
kalau mungkin dia pergi demi kebaikan semua..Tuhan, Kau tempatkan dia dikalangan solehah ya? kalau perlu ambil saja semua pahala aku galang ganti agar dia bahagia disana sampai bila..dan juga sampaikan salam peluk rendu aku pada dia ya? Kau sesungguhnya Maha Besar dan Maha Adil dan tentunya Kau lagi tahu yang terbaik buat dia..Syukran jazilan Ya Allah..

Aku sedang belajar..aku tau aku sangat tak realiti..aku sedang cuba..cuba itu kan perlu masa? sedang usaha meniti hari dengan keadaan yang biasa..tapi sumpah demi Tuhan aku ini tak kuat seperti kekaseh aku yang pergi ini..setiap hari pulang pasti menyakat, cium dahi dan salam tangan..dah terbiasa..terbiasa untuk ada waktu walau sejam dua masa bersama mama..dan tiba-tiba hari ini aku pulang, kosong..dah tak ada bising gelak, suara jerit disakat shafiq, dengkur nyenyak atas sofa merah atau rebut siaran di tv..hilang, kosong..tiap sudut jadi buntu..apa yang disentuh ada mama, juga yang dihidu terbaukan mama..terpandangkan adik-adik juga bikin aku sayu..aku tau apa yang ada dalam hati mereka..cuma seperti aku adik-adik juga berlagak gagah..tapi jujur, aku kalah pada senyap malam..air mata aku jadi murah..

Aku sedang lumpuh sekarang..tapi pelan-pelan aku belajar tatih..nanti sudah pandai jalan aku kembali pada kalian ya?

Monday, February 23

Rendu itu saket...

"Angah, nanti mama keluar hospital kita pergi nasi king ye..cam sedap je mama tengok kamu makan..mama tade selera lagi..nanti sehat kita lantak banyak-banyak"

"Angah,nanti keluar kita pegi tabung haji..sian anak mama..banyak berhabis kat mama..mama ganti balik duit kamu nanti"

"Angah,mama tak nak si An jaga..mama tak mau orang lain..mama tak biasa dengan orang lain..tak boleh ke cuti lagi untuk hari ni?"

"Ngah, ayah ada cakap pasal vacation ke Langkawi..mama dah lama teringin nak pergi..coklat Daim murah kot kat sana?"

"Mama tak mau roti telor yang di bungkus..mama nak yang panas-panas yang baru keluar dari kuali"

"Mama belum mandi..tunggu kamu datang mandi kan mama ye?"

"Sian anak mama..mama tak penah niat nak susahkan kamu macam ni..sorry ngah"

"Kalau kamu beli umah nanti, mama lagi suka kalau rumah tepi..sana sini boleh tanam itu ini"


Aku cuma rendu..

Tuesday, February 3

::Belajar Menjadi Realiti::




Kelam kabut..semacam tak terurus..semakin membazir dan aku kadang-kadang tak tau apa setiap decision yang aku buat itu betul?arghh..worse!worsen!..
badan makin gemok, kerja makin membosankan..juga kecewa untuk beberapa perkara..antaranya perihal kawan-kawan yang semakin entah tak terpahamkan..haih..sedang cuba menjadi normal dan realiti~

----------------------------------------------------------------------------------------
Mama salu saket lately..sedih..rasa mau biar aku yg pikul..minggu sebelum, dia telantar di wad..dan dari semalam ke hari ni dia muntah-muntah seling dengan batuk pula..aduhh..aku sama adik-adik mati kutu fikir mau buat apa supaya mama lega..haih..kasihan mama..zaman muda sengal hati sama perangai ayah..zaman tua pula sengal badan tanggung sakit akibat operasi jantung 4 tahun dulu..ramai cakap tak baik keluh..tapi aku bukan keluh letih..aku keluh kasihan..Tuhan,bisa Kau tukarkan segala sakit itu pada aku biar mama cergas kembali?..tapi aku salu dengar ini:Tuhan turunkan ujian buat seseorang kerna sabarnya, imannya, tabahnya..

Fakta yang realiti kan?

Kasihan mama..
Cepat sembuh mama..

--------------------------------------------------------------------------------------------
Last week,had a chill with wanie and biel..seronok hati kalah dapat bopren ensem dan kaya..ahahaha..ah!rendunya korang tau tak..rendu masa-masa bodoh sengal zaman blaja dulu..kalau la iwan ada..haih..niway,isi utama (main point) berjumpa adalah pengumuman kawen biel..hampir bersepai trakea bila biel confessed..erkk..biel kawen???

*nota kaki:biel, dia ambitious..dia adalah manusia pertama antara kami berlima sahabat yang dahulunya bercita-cita mau kawen lambat, menafi-nafi akan kawen awal dan paling susah to get into relationship..and she definitely more to career women look a like not a house wife..ahahahaha..

Aku dan wanie dah berterabur gelak bila biel announced..terus teringat mulut masin wanie..aku hepi untuk kau biel..tapi seakan sedikit sayu..seraya suku lagi badan aku di cabot pergi..dahulu ketika fynn kawen aku terasa sangat hilang..(kak,rendu gulai lemak kamo)..kemudian arm..menyusul nanti yanti dan mike..kecy makin kurang..dan kita-kita geng forplay juga makin mengijak dewasa dan harus satu masa punya hidup sendiri..itu fakta hidup tapi aku sangat tak realiti kan?maaf,hidup aku selama ini terlalu diwarna warni teman-teman..jadi bila ada yang pergi aku jadi sayu..tapi,walau apa pun, qada' dan qadar Tuhan tak pernah aku menidak-nidak..aku cuma sayu yang hepi..eh!hepi yang sayu..erkkk..bukan bukan..yang sayu hepi?sayu hepi yang?errkkk..


*mike & yantie, biel & feizal selamat pengantin baru..ingat!aku cop jadi flower gal..mampos tak layan kalau aku yang paling besau among flower gal yang lain..oh!dan udang besau kat meja perantin aku cop gak dulu..

Friday, January 9

Teori Curang..


Tak adil..

Tapi siapa aku untuk fahamkan maksud adil kepada semua malah diri aku sendiri..aku ini terlalu bercita-cita..tinggi..tinggi sangat..selalu tidak mahu terima realiti..dan hari-hari paksakan diri untuk mengerti dan cari jawapan untuk setiap hubungan yang tak kesampaian walau itu langsung bukan hal aku..

'kenapa clash?'
'kenapa tinggalkan dia?tak cukup bagus ke dia?'

Makin hari makin tak paham..susah kah setia?maksud aku setia untuk orang yang layak dan wajar disetiakan..kalau sudah ada perempuan sebaik Khadijah di depan mata kenapa maseh mahu mengejar perempuan ENTAH MANA yang suka kau hanya sebab:

'u ni ensem la'..' u ni macho la'..'u nampak kewwwwwl dalam gamba'..

B U L L S H I T

Berapa lama ensem dan macho kau akan tahan?dan tiba-tiba hari ini kau accident muka rabik berjahit 88,aku mau tengok perempuan yang gilakan kau kerna kacak kau maseh dia mahu setia?hah!seminggu yang pertama lalu lagi dia tatap muka rabik kau tapi cuba masuk minggu tiga..muntah darah dan terus bejuta alasan tinggalkan kau..

Yah!Aku femenis!aku tak suka perempuan disampahkan..tapi lagi malu bila yang ketiga itu juga perempuan..tak punya hatikah?Tau tak sakit menjadi yang disampahkan?dan tau tak pedih lebih-lebih lagi yang disampahkan adalah orang yang kau sayang?aku membesar melihat mama disiat-siat hatinya tiap kali ayah seronok mengeyit mata sama perempuan lain..yah..'it takes two to tanggo'..kalau tak ada yang menyambut pasti tiada yang membaling..bukan?Jujur,aku lebih menyalahkan pihak yang menyambut daripada yang membaling..

Bagaimana aku tak terus dengan teori 'curang' aku kalau 'contoh teladan' depan mata aku semuanya berkayu tiga?lebih kukuh bila setakat yang aku jumpa semuanya sama..sori,untuk kali ini aku bias..aku emosi walaupun tak ada kene mengena dengan aku dan walau jauh tapi rasa peha aku merengat-rengat dicubit..

Wednesday, January 7

Optimistik cara Indah..



* 8 Januari 2009

* 6:08 pagi

Aku tengah rasa tak best..tengah maki-maki diri sendiri..salahkan diri sendiri buat aku rasa nak terjun tingkat 59 tapi tak rasa bacul sangat dari salahkan orang lain..skarang ni rasa macam nak keruk isi otak campak kat dinding pastu pijak-pijak..tu sebab cuai aku..bahana untuk bodoh aku pulak, aku rasa macam nak kelar-kelar badan dengan pisau tajam potong daging..pastu campak bagi anjing makan..kalau buat macam tu mungkin aku rasa lega sikit kot..



Friday, January 2

Haih.....



Akhirnya..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelom ni aku terfikir..tak cukup terangkah cerita-cerita aku atau tak cukup jelaskah bahasa yang aku guna..atau tak terbacakah kias-kias jelas difahami yang aku bagi?sehabis baik aku berlapikkan sutera cina takhta zamrud untuk sampaikan yang aku tak punya hati..maaf kalau disaat serabut, baru kamu jelas semuanya..tapi aku tidak pernah memberi walau sebarang harapan atau cubaan..kamu yang terlalu salah anggap semua..selalu menyimpul untuk aku..kamu bilang agar aku tidak rasa guilty atas 'cerai' kamu dan kamu fikir itu punca aku jauh..yang benarnya tidak..aku jauh kerna aku jelas yang kamu mahu lebih dari apa yang perlu..tidak bijak menyampai rasa hati kamu kerna takut aku hilang sebagai kawan? dan kamu terus menyimpul setiap jawapan untuk aku..dan jawapan acuh tak acuh aku kamu bilang setuju..jawapan entah bukan makna setuju..aku sebenarnya amat tau kalau-kalau cerita mimpi kamu,kamu maksudkan aku..dan aku juga tau kalau-kalau coret kamu,kamu ertikan aku..bukan aku memperbodoh tapi aku lebih kepada menjaga hati..dan sebab itu seribu kias aku gadaikan dari mulut..kamu sahabat yang baik..berkali-kali aku bilang persis abang..dan terpaling,aku tidak suka dipaksa..paksa itu rumit..rumit itu pening..

Terima kaseh menyanjung aku..terima kaseh untuk rasa sayang..terima kaseh untuk berkawan-kawan..aku maseh kawan..tapi hanya bila kamu pasti tak memaksa untuk terima hati dan rasa..sebab aku tak mau jambatan 'kawan sampai mati' kita rabik dengan perasaan berharap atau lain darinya..

Untuk sekian kalinya,maaf..

Wednesday, December 31

Buat Si Banggang-Banggang..

Aku lagukan,layangkan,khaskan,dedikasikan dan tujukan entri kali ini khas buat:

Si Banggang-Banggang..

Bunyinya plural kerana Si Banggang-Banggang yang tanpa henti ganggu hidup aku itu ramai..lately aku sering di ganggu nombor-nombor pelik jelik yang entah datang dari mana mau kenal dan berkawan-kawan..ya,aku memang suka berkawan tapi memang bodoh untuk guna alasan 'salah nombor atau i dapat nombor u dari kawan i'..come on!!!dah 2009 ni..tolong la jangan guna cara murahan cap sampah..masuk hari ini sudah kali yang kelima 'salah nombor' atau 'dapat nombor dari kawan' yang aku dengar..most annoying ganggu aku masa aku letih..dan hasil yang kau dapat marah berbakul dari aku..urghhhhh!aku sangat marah dan sumpah aku cari sampai ke kerak bumi..mengjengkelkan!sudah aku tak layan makin menjadi-jadi..seperti hari ini,si banggang yang memakai nombor celcom ini tunjuk kesampahan dan banggang diri dengan ayat 'i nak berkawan dengan u..u dah ada bf?kalo dah ada i tak ganggu..ckp la..u dah ada bf?'..manusia paling terdesak!dan kau fikir aku bohsia murahan mau layan ayat sampah kau?!bodoh!dan si banggang-banggang yang memberi nombor aku,aku pecaya kalangan yang aku kenal..mungkin juga kawan-kawan tapi amaran disini,sila bagi hanya jika aku angguk atau katakan 'ya'..pada si banggang-banggang yang menjaja nombor aku, terima kaseh..aku sumpahkan juga kalian mendapat yang balasan nanti..

Tuesday, December 16

Cuaca Hati Yang Mendung....

Klaka..

Ahaha..


Aku buat salah lagi dan kali ni aku terlalu letih untuk salahkan sesiapa hari ni jadi aku sedekahkan terus telinga aku untuk bebelan hikmat penuh nikmat dan berkat DKK..dan untuk kali yang ke seratusempatlapantujuhtigaribujuta kalinya dia seperti biasa menegur dengan penuh kaseh sayang kesalahan aku..ahahaha..lantak..tapi kali ni diakui memang dia tegur baik..dan aku tak rasa marah..sikit pun tak..

Ok,abaikan sebab aku punya perkara lain yang bikin aku letih dan penat hari ni..kaitan besar tentang seorang aku bernama Fatin..
  1. Fatin tak suka dipaksa..paksa itu merimaskan..dan bila dia rimas makin dia rebel dan benci..
  2. Fatin, dia ramah, friendly tapi tak makna setiap ramah Fatin perlu dibalas cinta sebab ramah, atau friendly seorang Fatin berbeza untuk si kaseh, si kawan dan mama adik-adiknya..
  3. Juga, concerned seorang Fatin tak perlu SELALU disalah anggap sebagai cinta sebab pada dia memang sahabat lebih penting dari kekaseh..
  4. Seorang Fatin itu rumit,egois,emosi..dia mahu dirinya betul-betul di fahami sebab 90% daripada 100% situasi dia selalu jadi yang memahami tapi tak siapa endah mau memahami dia..
  5. Ya, dia sakarstik..tapi cuma kadang-kadang untuk situasi tertentu..

Rumitkan? Letihkan? Tapi apa aku cuba sampaikan disini lebih kepada penerangan halus untuk soalan yang telus..Aku akan cakap sekali..aku tak suka cakap banyak kali..kalau aku tak mau,bogel la depan aku sekali pon aku tetap tak kalih..guling la depan aku sekali pun, aku tak peduli..hati, mana juga mau dipaksa-paksa..titik~



---------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni tiba-tiba cuaca hati aku mendung..mellow..haih..



Tuesday, December 9

Aku Tak Suka NOMBOR!!

Dulu, aku bisingkan seorang kawan yang terlalu 'memuja' kerja sampaikan tanah semenanjung berbulan-bulan tak dijenguk..

"u sangat workaholicasshole"

"yah, rite..one day u'll become like me..just change it to workaholicbitch"

Ahahaha..workaholic ke aku?Cuma memikirkan bulanan yang dibayar itu mahu halal maka aku kerja..dan hal kerja,i think i tried so hard cuma terpulang pada yang melihat..terangan disini,aku tak suka nombor! sangat bengap dengan bentuk-bentuk pelik tu..urghhhhh..but i realy realy realy try dem hard..tapi..maseh..huh!dilekeh manager diskriminasi+sinikal+moghoyan kat ofis jadikan aku pressure..datang seawal 8 pulang selewat 9 maseh juga disindir-sindir..mau aku master semua dalam sebulan..gila!ingat aku mesin??berperah otak mengejar nombor milik rakyat US setiap hari,bepinar mata tau tak..sayang,company yang terkenal tapi punya management yang serupa hingus..tau tak aku sudah selesa sama teman-teman disini?tau tak aku sudah suka sama suasana sini?haih..terus tempang rasa suka selesa aku sebab korang-korang yang seketul dua ni..apa pun aku sabarkan sebab mikir bulan-bulan perlu menangung lagi sorang..haih..boyfren baru i high mantainence u olls..tapi sudah sayangkan..layankan...*grinnn..oh!nama dia 'Haikal'..aku tukar namanya sebab nama yang dulu bunyi sumbang, VIVA:BKE 3991..tak sedap kan?dia putih,macam omputih tapi lagi putih dari omputih..orang Shah Alam dan sekarang kehulu hilir juga sama dia..ehehehehe..hidup rasa lebih makna and the besh part,mama hari-hari tersenyum sebab paling kurang aku sudah punya 'teman'..tidak langsung bikin mama senang jugak..

Dah lama tak bersentuh blog ni..banyak benda..terlalu banyak anjakan aku dan orang sekeliling..betapa masa terlalu cepat..tapi setiap anjakan dan bedaan bawa yang terbaik untuk kita kan?

*Senyum..


Friday, November 7

Mari kita enjoyy!!




Kelmarin aku buat satu diantara 30 perkara yang aku nk buat before turn 30..aku rasa tak adil kalau aku buleh maafkan orang lain tapi tak dia..kebelakangan, instinct aku tepat dan decision aku mesej dia hari tu macam ada hikmah..dah lama..lama sangat..dua tahun ada kot rasanya..dan jujur aku lupa bahwa semalam birthday dia..katanya mesej aku the best gift for him..*senyum..seronok sebenanya buat orang lain bahagia walau kadang-kadang sayu kat hati kita..manusia selalu cakap 'kalaulah boleh diputarkan waktu...'..tapi untuk aku,aku tak mau..sebab kalau tak kerana apa yang dah jadi tentu-tentu aku tak menjadi apa yang aku jadi sekarang..aku selesa dengan hidup sekarang..selesa dan gembira..biarla dollah ke,seman ke,wak amit ke atau sesiapa tak mau aku..asal aku ada kawan-kawan..

Hurmmm..tapi jujur jugak,kadang-kadang macam jeles orang lain ada dollah derang,ada wak amit derang tapi aku tak ada..ahaha..tapi aku pun iya juga..lame words:sapalah nak kat aku..ahahaha..atau sebenanya ada tapi aku yang tak mau..memilih kata kawan aku kat aku..tapi mana ada!bukan memilih,berhati-hati ok..b e r h a t i - h a t i..aku tak mahu terburu..baru 23 kot..bak kata nora danish dalam drama puteri:mari kita enjoyy!!



Tuesday, November 4

::Kari Kaviar & Enggang::




Patutlah kari aku dah tak laku kat tekak dollah..sebab dia dah pekena kari yang lebih sedap..beza kari aku dan kari si salmah ketara sangat..mana tidak..si salmah bubuh kaviar dalam kari dia..haih..mana mampu..aku ni manusia biasa-biasa..begolok gadai kalau nak masak kari
kaviar tiap hari?tapelah kari aku tak laku kat tekak dollah..akan ada satu hari nanti laku kat tekak orang lain..yang biasa-biasa serupa aku..yang lalu dan tak kesah disuap kari biasa-biasa,bukan kari kaviar..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pepatah enggang sama enggang,pipit sama pipit tu suai dengan aku..memang dari dulu aku tak penah tepikir-pikir nak cari enggang..apa yang aku dapat sekarang ni pun puas hasil sendiri..tak pandai meminta-minta..diberi aku ambil..dah di ajar mama dari dulu jangan ada definasi minta-minta..buruk perangai,malu dek orang..dan tak pernah aku letak kan koata untuk mesti kalangan enggang..ikut-ikut,dulu-dulu pun aku dapat yang pipit juga..bezanya kini dah jadi enggang..dan selalu bila dah jadi enggang,apalah rasa sang pipit yang ini..yang pelik nya,modenisasi memang tak boleh nak meneutralkan menteliti ek?mual bila pikir kadang-kadang..rasa nak maki..



Eh!lupa,aku itu pipit aja faten..pipit yang punya pepet..jadi rasa nak maki aku mati..terus hilang..macam tu je..haih..


Tuesday, October 28

Sumpah tak tipu..




Aku tau semua concern..terharu..terima kaseh maseh manampung-nampung,memanja-manja aku saraya adik bongsu dalam keluarga..seronok..tapi aku mau semua tahu:



Aku ok..

Kalau ada satu icon yang paling jelas untuk tunjuk exspression OK,aku akan letak as a default photo aku kat myspace,frenster or facebook..ehehehe..

Bukan tak appreciate cuma aku tak mau kamu semua terlampau risaukan aku..aku pun naik risau sebab semua risau..sampai ada yang mau kenenkan aku sama semua..ahahaha..comel jek semua..again,felt so pampered..cam ada rasa pathetic sket..ehehe..tp aku tau semua niat baik..aku dah lalu stage imunisasi dah..i'll be fine yah..

Thursday, October 23

Selamat pergi...



Kehadapan bintang jatuh,


Aku gembira untuk kau..demi tuhan,jujur,aku gembira untuk kau..tiada marah yang berbaki..tiada dendam yang aku kunci..juga tiada caci untuk aku maki..cuma sayu..sama sayunya seperti emak ayah yang melepaskan anaknya ke pangkuan lelaki lain yang bergelar suami..sama sayunya seperti menghantar seorang sahabat pergi ke luar negara dengan ekor mata..sayu seperti kehilangan sebahagian aku..tmungkin kerana aku terlalu kenal sudut kau..dun misunderstood..aku tak harap apa..tak harap kau balas cinta kerana itu dah lama tiada..aku dah lama menerima..fahami aku..sungguh sayu ini kerana akhirnya kau jumpa langit pelangi idaman kau..tahniah..abaikan apa jua yang aku rasa..doa aku akhirnya di makbul tuhan..terima kasih tuhan..

"is not that easy to let sumone go but to NOT let him go for the sake of his happiness kill me more"


Aku berpijak di bumi nyata..tidak pernah tidak hidup dalam fantasi yang mengharap itu ini..dan kau tau wahai bintang jatuh apakah yang terpaling bahagia untuk aku?bila mana kawan-kawan aku punya bahgia untuk diri mereka..mahu setiap kamu kamu dan kamu yang aku panggil kawan,tahu bahwa tangan,bahu,kaki telinga dan setiap inchi jasad aku akan selalu ada bila saja kamu sedih,susah atau kecewa..aku maseh di situ,sama seperti dulu..

Selamat pergi..



*aku pinjam kata Bintang jatuh ini dari wani ardy..harap dia mengerti..maaf kerana menggunakan tanpa minta..

Wednesday, October 15

Idealogist seni yang hebat

Selepas Fynn Jamal, penulis hebat di mata aku yang jatuh bawah kategori muda, cantik, moden dan bijak adalah Wani Ardy..seperti setiap tulisan mereka mampu aku fantasikan dan khayal sekejap..ok,memang aku agak feminise orangnya dan bukan sebab Fynn kawan aku lalu aku puja dia..aku kagum memang sebab bakat yang ada pada mereka..contoh idealogi fynn tentang anak naga,tentang bulan,cinta atas atap dan semuanya adalah hebat..manakala wani manes dengan idealogi bintang jatuh iaitu satu perkara yang berlaku dalam hidup kita tapi disebut dalam satu prosa kata yang lebih indah didengar..aku akan berada di hari bintang jatuh sabtu nanti..mau berkongsi gema suara bintang jatuh yang lain kerna aku juga punya kesah tentang bintang jatuh..

Mari semua..dengarkan gema mereka..ramaikan hari bintang jatuh..ayuh~

Monday, October 13

Kalau lah...haih..



Kalau lah:



Aku mc hari ni, sure aku tak langgar kete blakang..sure lampu blakang kete amer tak pecah..sure duit aku tak terbang..haih..

Aku biasa-biasakan saja, sure tak melarat sampai mintak hati..aku memang anggap kawan-kawan je..and i've told him that since he started to act lain..haih..

Aku tau tade air (camne aku nak tau..maintanence le BONGGONG tak notify awal) sure aku dah tadah air so tak yah mandi umah didie and tak yah eksiden..haih..

Aku peka and tak careless sure tak dispute one invoice tu..terang-terang la salah aku..pasni tadah leher ngaku salah sudahh..haih..

Aku tak letak barang rata-rata sure tumbdrive aku tak ilang mesti aku lega sikit sebab nyawa aku dalam tu..nyawa=lagu..haih...



Tapi setiap kalau lah ni ketentuan..sangat mengingatkan aku betapa banyak dosa aku kat Tuhan..ni baru langsai sikit..sikit sangat..besar zarah pun tidak..a knocked out for me..alhamdullillah aku tak eksiden teruk sampai mati..alhamdullillah ada kawan-kawan yg faham,yang tolong backup..

Wednesday, October 8

::Bom Jangka::

I'm fuckin' mad,yesterday..yes, I am..

::Tension
::Stress


Pertama: semalam memang benda alah system dalam PC aku ni tak boleh nak open and sebesar alam tulis kat situ "NOT BEING AUTHORIZED YET"..TL tanya aku jawab tak boleh guna..dodie saksi..dia tak puas hati suruh bukak depan dia and suddenly hari ni natang tu boleh guna dengan jayanya..depan TL lak tu..fark..TL sinis..daaaaaaaa..my fault??

Kedua: sedang kerja dan sedang trainning and i've told you i'm busy..aku tak kesah kalau siapa-siapa nak call asal aku tak busy sure aku layan but today i'm busy..fullstop..semata-mata nak tanya tu?dah la depan TL..kenapa salu take my job for granted?kenapa salu pikir kerja aku kerja mudah?arghhhhhhhhh..memang aku geram ngan ko peq..again,matang laras dengan usia..

Ketiga: aku tau aku patut emotionless pasal hal ni tapi macam menjengkelkan bila sampai kat telinga..
and as i expected,you did it..i knew whats gonna happen, next, exactly afta i saw your chicky eyes shrink small that day..yah,you did it:your lame 'analogy'..uurghhh!jijik..shuh shuh shuh..

Tuesday, September 30

I'm Singging A Lullabies Now~

Sampai sekarang sengih teringat hal hari tu..rasa dah menang sikit..pelan-pelan aku nampak riak menyesal kau..kau telan air liur..hahahaha..rasa seronok sebab memang tu je yang aku nak dari dulu:your regretfulness!nak kau rasa terpukul skit sebab buat aku macam tu dulu..tapikan aku berhak..sebab memang salah kau..siapa suruh buat aku macam tu dulu..lepas ni lagi dan lagi mau rasa seronok tu..*big grin..

Hari tu Piah(bukan nama sebenar) tanya aku:

"macam mana kalau dia nak kat kau balik?"

"hurmm..aku tak tolak jodoh Tuhan,tapi kalau boleh biarlah tidak"

Tapi usaha untuk jalan ke jodoh kita tu datang dari kita kan?dan kalau kita tidak mau maseh bolehkan?ehehehe..

Monday, September 29

::Belon Udara..Fark::




Dah gemok..


Tak suka gemok..

Muka besar tayar kete,lengan besar kaki badak,bontot lebar dulang,pipi kembung bola tenis,perot labuh pipi anjing bulldog..

Arrrrrrrrghhhhh....


Misi
Misi
Misi
Misi...



Friday, September 26

Surat Untuk AKU IV


Kehadapan AKU,


Kalau kelmarin lepas migrain cucuk-cucuk urat otak aku,tadi maghrib gastriks marhabat tertinggi pula main joget-joget kat hulu perot..adei..saket..kalau boleh cabot isi perot kemudian rendam dalam klorin kasi ilang semua asid gastriks tu dan kemudian pasang balik dah lama aku buat..masa gastriks tadi,tiba-tiba ingat mati..nauzubillah..teros pikir macam-macam..sama macam aku penah pikir dulu,masa aku mimpi bukan-bukan..aku penah terjaga dari mimpi yang mana dalam mimpi tu aku mati..ditembak tepat bahagian dahi..kemudain roh aku bangun dan teros aku tengok kat cermin kesan tembakan kat dahi tu..masa pandang cermin tu,perkara pertama yang aku fikir "macam mana nak bagitau mama yang aku dah mati?"..sambil nangis aku teros cari jalan pulang kerumah..sampai kat umah,aku nampak mama..tengah duduk kat sofa gelak-gelak tengok tv dengan adik-adik..derang tak nampak aku..aku cuma mampu berdiri sambil menangis..mimpi aku mati kat situ..terjaga dan aku terus teresak-esak..mati tu memang sudah di kitab Tuhan untuk semua manusia tapi aku mintak sangat kat Tuhan kalau sungguh mau ditarik hujung nyawa aku biarlah masa tu aku dah bagi apa yang aku janji kat mama..

Tapi kau pelik tak AKU?tak pernah walau sekali pun aku termimpi ayah..kenapa ek?

Yang benar,
Gades

Thursday, September 25



"nadi berdegup laju..

untuk setiap waktu,untuk setiap hidu..
dan nafas yang rancak menari,penat berhenti..
setiap kosong yang menghuni, kalah untuk aku nafi..

jomblo..

kejikan aku kerna lemah tapi sahara tandus itu,aku tak minta.."

Kuasa Voltran!

Maaf..

Aku manusia biasa..bodoh banggang tu tetap ada..tetapi untuk terusan jadi banggang adalah bengap namanya..aku mungkin tak tahu tapi aku tak jahil..membaca hati kau seperti membaca tulisan manusia apocalypto di dinding gua..rumit..pening..sejengkal aku akan fikir kau pasti mau begini..tapi melangkah ke dua jengkal,aku berenti sebab aku rasa kau mau yang macam tu pula..main api memang seronok..uuhhh!adventure..konon-konon hebat..rasa jauh lagi dan yakin tak kan melecur..tapi kalau dah marak,jangan kata nak lari,kau nak bernafas sehembus pun tak sempat..sama juga macam main bunga api..mula-mula rasa seronok..bunga api warna warni,bakar-bakar sambil nyanyi-nyanyi..tapi kalau dah seronok tak kalih kiri kanan,tangan kau hilang terus kudung..

Haih..lenguh kejap..lenguh pukul kuih bahulu dalam mangkok pun tak sepenat ni..tu la,bila orang tua-tua cakap tak nak dengar..dah kata jangan tapi kau buat juga..baik sesama manusia memang dituntut Tuhan tapi kalau dah sampai teburai isi otak kena hayun kat palang konkrit,
maseh senyum?

"tak apa..tangan yang memberi tu lebih baik dari yang menerimakan?"

Ha'ah..iya lah..falsafah tu memang la mulia..pahala segunung pun kau boleh dapat tapi bukan untuk selalu menjadi yang memberi..nanti orang yang menerima tu tak reti nak berusaha..seronok selesa disuap..agama menyuruh kita tawakal seiring dengan usaha..tololll..

Aku cuma nak kau tau yang aku tak minat dah nak memberi..dah tak minat nak baca tulisan sanskrit kau yang belit-belit..migrain..nanti aku kene telan voltran lagi..kawan aku cakap pil tahan sakit akan hanya digest lepas 4 tahun..so,kalau aku kene telan voltran tiap kali baca tulisan sanskrit kau,potensi untuk aku cacat terencat adalah lebih tinggi dari kau..ah!tak nak ah!!..kenapa perlu selalu aku?gila!mencegah lebih baik dari mengubati..so,sebelum aku cacat terencat atau mungkin kali bakal di jangkiti siflis,better for me to stop..hidup mati di tangan Tuhan tapi Tuhan tak suruh kita cari mati tu..sudip untuk raya yang mama pesan pun aku tak sempat beli lagi..


Hurmmm..berapa batang sudip mama pesan beli hari tu ek?

...... ......hurmmm....urghhhh... ......

Haa!!tengok!!kesan voltran tu dah buat aku jadi pelupa..kan dah cakap..