Sunday, December 13

Hot and Cold



Ya,

Saya seorang yang peranoid..fobia, pessimistic, complicated..eventhough saya banyak sifat negatif yang melibatkan pemikiran panjang, tapi saya maseh ada few sifat positif..antara yang BESAR adalah, setia..mama saya contoh sang setia yang paling baik..saya rasa saya waris sifat ni dari dia dan saya bangga..mama jugak tak penah ajar saya untuk meminta-minta hak orang atau cuba merebut sesuatu yang lahiriahnya bukan atas nama kita..jadi saya memang tak akan pegang sesuatu yang ada tanda 'don't touch, once broken consider sold'..cuma saya tak faham kenapa maseh ada yang tak reti bahasa..maseh juga mau 'tanya' pada barang yang dah terang-terang tertera SOLD..haih..

Sekali lagi saya tekankan; saya paranoid orangnya..pengalaman lepas banyak dah menggigit ulu jantung saya..saket..jadi saya tak nak terjebak dah dengan usaha 'menggigit lebih banyak lagi ulu hati'..usia pon dah tua..bakal 25 jadi tak minat dah nak main 'hide and seek' because i will very sick..


Dan sekali dua saya tekankan; saya pessimistic..tapi maseh rasional..cuma jika tanda-tanda kekhilafan tu sudah nampak, saya jadi mudah kecewa..seperti sekarang; saya sedang kecewa..nak luah takut dipandang 'tah apa-apa' tapi sekali tiga saya tekankan; saya sedang kecewa..seperti ada aktiviti yang sedang dijalankan tanpa tahu saya..haih..sekali lagikah?saya tak rasa 'pihak pencadang' saja yang berhujah..tentu-tentu 'pihak pembakang' ligat membidas kan?kan?it takes two to tango..haih..tak mengapa..saya siap sedia 'benteng' tinggi-tinggi dan tebal kali ini..silakan redah..I'm ready bebeh..

Nasik Minyak~




Penat..

Nabila dah kawen..orang yang kata 'aku career woman', 'aku kawen last antara korang' akhirnya dia yang dulu dari kami..tadi aku,iwan,wanie dan sara main tali lat tali tamplom dan irwan bakal menyusul nampaknya..cuma sama siapa aku kompius..ahahahaha..

Semua dok tanya aku bila..ahahahahahaha..aku tamo cakap dah lagi 7 tahun sebab takut jadi macam Biel..nanti kene tulah kawen awal mampui..ngeeeeeeee..so diam saja sudah..nak kawen pon tak tau bila..sama siapa juga maseh kabur..aku sendiri sedang kompleks dengan macam-macam 'rasa tak sedap hati' sekarang ni..lagi mau fikir tentang kawen?mungkin muda lagi kot..=)..sampai jodoh Tuhan nanti ada la tu..mana tau tiba-tiba ai kawen dengan Fahrin Ahmad ke kan??who knows..lahlahlahlah..

Monday, December 7

Oh!road trip..you are so kiknky..




Dah lama tak travel..pingin..rendu..konvoi ramai-ramai, menggila dalam kereta kemudian tangkap gamba sampai lekit..dulu kecy rajen trave-trlavel..tapi sekarang.............


Hujung minggu lepas aku ke lumut..yatt dan puyell kawen..dah kawen dah derang..huhuhu..tapi perangai gila-gila masehhhhhhhhhhh..ahahahha..had so much fun..berbaloi-baloi!sampai saket ni ha badan aku hari ni..hambek!!on the way balik konvoi 3 kereta dan sume cam setan main lumba-lumba..ahahahhaha..tapi aku sangat hepi..huhuhuhu..so nah sila jamu mata..antara snap-snap yang aku curi dari udey..ehehhehe..

Monday, November 30

Meri Me Twice Beutiful Guy..pelisssssssss..



I'm in love for second time!!yes i do..and this time with a red Indian guy..aaaaaaaaa..tolonggg!!sedang angau..call me cliche, i don't fucking care..he just soo..aaaaaa..soo 'man' , sangat gagah..tan skin tone, split chin, buff body shape, cloudy eyes..aaaaaaaaa..kalau bawak jumpa mak bapak pon sumpah menantu pilihan..aaaaaaaaaa..rasa macam nak print gamba dia banyak-banyak dan tampal satu bilik dan kereta..dan rasa nak colik, ikat dan letak dalam umah..balik keje stress teros hilang nampak muka dia kan?kan?aaa..malam ni ai berazam nak mimpi dia banyak-banyak..sebab ai sedau tak kan dapat pon dia so cuit-cuit dalam mimpi sudah..muahahaha..bye!!off to bed..eh!i mean off to dating, with Incik Jacob..hikhikhik..


meet my sayang, Incik Jacob..ngeeeeeeeeeeeee..


*maaf, hormon testosterone sedang mengedik..muahahhahahaha..oh,Jacob!!


Sunday, November 22

Take it..have it all..i don't mind..



Alolololo..sooo suwitttt..konon-konon comel abissssssssssss la tu?ah ha ha ha..you shud see my fake laugh now..ah ha ha ha ha..I'm still with my fake laugh and will continuously laugh..ah ha ha ha ha..


Saturday, November 21

Eyes wide shut!




Am i just being out of my mind or this instinct is just dem right to believe? It's 3 a.m and im still awake, hanya kerana memikirkan sesuatu yang entahkan tidak..bijak incik setan memanipulasi hati rasa saya dan saya si bodo yang terbawa-bawa dengan hembus mulus incik setan..tahniah!


Urghhh..kamon faten..get over it!tido tido tido..

Tuesday, November 10

Al-kesah sang kancil dan gajahh.......




Tersebut al-kesah, sang kancil dengan gajah, yang tinggal disebuah, negeri cendawan bak kata ipah, yang keadaanya semakin parah, serta kebanyakan perangai manusia disana makin sampah, sampai buat kami-kami menyampah, juga nak termuntah..


Kawan-kawan makin hilang, ramai yang pilih jadi lalang, tinggal beberapa kerat yang maseh pegang, pada janji dan sifat-sifat yang dulu-dulu sudah dibincang, walau pelbagai dugaan mendatang, beberapa kerat maseh mahu berjuang, menegak rasa dan hak yang di tatang..

Namun tetap lah jua kancil tidak akan menang, sebab terlampau ramai gajah yang halang, mula seorang yang datang, lama-lama penuh satu gelanggang, abis kami-kami si kancil pincang, kena gelek dan ganyang..

Setalah sakit jiwa dan raga, hati juga duka dan lara, maka surrender la kancil dengan yang berkuasa, tak mampu nak kata apa-apa, maka nak tak nak di ikutkan jua, walau hati sangat tak rela..

*haih..patik dah pesan jangan di lawan sang derian..go with the flow bebeh..go with the flow..


Monday, November 9

Mulai hari ni aku boikot derian..huh!



Moral of the stori:


'Timun memang tak kan menang dengan derian'
'Manusia dari kalangan estet tu akan selalu jadi si pemutar alam'

'Terlalu jujur dan lantang makan diri'


Sekian terima kaseh~

Friday, November 6

Macccaaamm-macammm..




Berlari..tersungkur..melecet....................................
luka..berdarah..menangis..meraung..merajuk..kene pujuk..
.....................................................................degil bengap bahalol sombong bodoh..esak-esak..senyap..senyum......................gelak..



Hidup memang perlu macam ni..perlu macam-macam..baru fun..baru asam& garam..macam hidup aku sekarang..sedang macam-mcam..tarik nafas keluh hembus nafas tarik balik hembus lega..

Sunday, October 25

Harga hobi ai bukan lima posen ok!




Mempunyai hobi suka menonton filem bukan sesuatu yang biasa atau remeh ye tuan-tuan dan puan-puan..


Pada aku, menontong wayang sama macam mentelaah buku..bezanya filem setiap tajuk berbeza dan lebih fun!ehehhehehe..sape kata menonton filem membazir waktu, tak berfaedah? tiap filem ada indikasi dan mesej tertentu yang nak di sampai kan..dan banyak perkara atau fakta yang kau tak suka baca dari buku or wikipedia boleh kau belajar dari sebuah filem..

Sekarang juga sudah banyak filem adaptasi dari true story..filem-filem epik adaptasi sejarah dunia..kan banyak? itu bukan menonton sambil belajar namanya? mana celah tak berfaedahnya..kita, manusia ni, kebanyakannya, tendesi untuk ingat sesuatu peristiwa atau benda adalah melalui penceritaan..sebab itu mak-mak,nenek-nenek semua suka layan drama dan telenovela..

Itulah, kadang-kadang bila orang dengar hiburan jek semua tak berfaedah..first impression is normal but jugde a book by it's cover forver is not healthy verry the u olls..tak kenal maka tak cinta..aku bercakap tentang hobi menonton filem..ada baiknya satu dua kat situ tapi kalau bercakap tentang inti sesebuah filem, lebih-lebih lagi filem Malaysia panjang bejelor ler jawabnye..ngeeeeeeeeeeee..

Dan, aku rasa, hobi menonton filem aku ni jangan disalah simpangkan..memang kita dah lama tak jumpa tapi mengajak ai keluar tengok wayang tatapi mempunyai agenda jijik adalah tak baik tau u olls..cenggini le, aku rasa, daripada kau menduakan isteri kau yang cantik setia menunggu kau kat rumah dengan mesej rendu kat aku, baik la kiranya kau berjinak-jinak dengan hobi menonton filem ni..haaaaaa, kalau kau rasa gersang kerana isteri kau jauh disana nun, sila tengok filem porn..filem jugak tu..bukan dengan cara cari aku dan cakap bukan-bukan ye sayang..zaman jahil kita dulu-dulu sudah abis..finito!full stop!dan masa zaman jahil tu kau dan aku masing-masing single..tapi sekarang kau sudah punya isteri dan aku sudah ada komitmen lain..so noted dalam otak kau sekarang!shuh shuh shuh..dah berambus!


Wednesday, October 21

Ye saya memang tak bijak..Tak apa..



Minggu ni sangat macam-macam..


Tangan Shafiq kene 3 jahitan..kete aku kene 'rogol'..dan one to one conversation bersama 'ahli majlis tertinggi' HSI yang penuh dramatik lagi politik..

Tak terkata..

Decision aku untuk berhenti penuh controversy..hati memang dah bulat dan tak mampu tukar jadi empat segi..tapi bila kawan-kawan keliling yang kata jangan pergi, hati bulat tadi jadi bujur kejap..haih..terganggugugat..

Bijak ke keputusan aku?

Kadang-kadang aku rasa aku terlampau ikut hati..ramai yang tak setuju aku buat macam ni..tapi kalau difikir semula aku rasa ini yang terbaik..hidup kena berubah..dan untuk berubah kaki jangan goyah, kene pandai redah..masa depan tak kan terbentuk kalau kita sendiri tak cuba ubah..aku maseh muda kan?hurmm..falsampah orang yang tak berapa bijak macam aku hanya sesuai untuk aku..=)

Mungkin rezeki yang akan datang tak sehebat sekarang..mungkin juga lebih baik..kita tak penah tahu..aku yakin Tuhan tebarkan dunia yang luas ini dengan rezeki penuh setiap penjuru..cuma kita..kita yang perlu pandai teroka..aku tak kata aku yang pandai tu dan aku tak kata aku paling bijak dengan keputusan yang begini..semua ayat penyedap hati je ni..tak apa..

Somehow, i still believe with this instinct..with this decision..aku tak mintak orang kat luar sana setuju dengan aku..support?it's ok..aku tak mintak..tak apa kalau ada yang tak mau dan tak percaya..

Aku mau keluar dari kempompong 'tak berani mencuba'..the fact that people always said I'm a dependent person, ngilu jugak..kecik hati..lagi-lagi yang dekat-dekat juga pandang aku kurang bijak serba serbi..ahahaha..tak apa..

Kalau mama ada, pasti dia kata 'terpulang angah..buat mana yang rasa elok, baik untuk angah..mama tak mau paksa'..wanita jelita tu selalu ada percaya untuk aku..itu sudah cukup..=)

Tak apa la kalau aku tak bijak dimata sesiapa..tak apa la kalau aku tak knowledgeable dimata dunia..tak apa la kalau aku bimbo merata..I dun give a damn..

Dan kalau kerana setiap entri aku ditulis dalam bahasa ibunda dan bukan bahasa antarabangsa aku di fikir tak bijak mana, tak apa..yeah yeah yeah..I sound stupid when i speak in English..or i sound stupid in both language? tak apa..

Untuk kawan-kawan yang kiri kanan hulur bantuan, terima kaseh..dan untuk kawan-kawan IBM, maaf..aku yang tak berapa bijak ni selalu susahkan korang..maaf jugak aku
yang tak berapa bijak ni buat keputusan begini..mungkin rezeki aku bukan kat sini..=)

*Untuk Say, thanks for fight for my right sampai tak memasal u pon terlibat..buat Nurul, aku hantar application PERKESO tu nanti, janji..ehehehehe..Dewi, thanks sayang tenangkan aku selalu..Ipah, jangan sedih-sedih..we go karok-karok together-gether k? Maz, selamat menjadi wanita besi..Dodie juga..=)..Fer, soon people will recognize you and itu jek yang aku mampu buat..Peh, aku majok lagi ngan ko..mencikkk!!tapi aku doakan ko dapat apa yang kau mau tu..i have faith on you..=)..Liya, you'll be the great senior, i can see that..and Megat, ko jangan banyak memain..ngeeeeeee..

macam wasiat sudah..muahahahahaha..


Tak apa..mari bermula semula..=)


Monday, October 12

::My 2nd Best Guy::




To be fair my dear 2nd best friend, this entry is for you..=)


Kau buat aku rasa best kejap bila kau dengan berani mati post wall at FB and put comment on blog, saying that you jealous on me and my incik lesung..


muahahhahahaha..


Aku rasa macam nak kepit kau kat pintu peti ais..bengong..ahahahahaha..comel..^-^..sebab kau berani..niway thanks Peh..i know why u feel like that..kau pernah cakap something like kau memang akan terasa 'lain' kalau salah seorang kawan perempuan kau yang rapat dengan kau tiba-tiba kawen or belong to some one else..

Mulanya aku tamau post this entri sebab aku tau kau akan kembang buntut..yes you do..but thinking of the sweet and braveness things that you just did, mari aku jadi adil:entri for you..=)..Tamau jealous sama aku or incik lesung lagi ok sebab, yes you're my 2nd best guy but by a very close margin..beza tak kurang ok..

And i know lately kau tengah ada di fasa serabut..kau kan jenis cekal hati?don't give up Peah..eh..i mean Peh..=p..you can do it..i know..i have faith on you..chayok!!


*kami-kami kan ada?lupa?meh nak luku skit pale nuh..caiss..




Thursday, October 8

Izrail yang makin hampir..


Semenjak dua ni, aku terasa pintu kematian macam seinchi je dengan aku..


Dengan keadaan dunia yang makin haru dan pemergian insan kesayangan setiap kawan-kawan, aku jadi takut, sungul, sedih..ye aku tau yang mati itu 'mesti' tapi tanda-tanda yang jadi seperti amaran..seakan katanya 'Hey Fatin, u're next!'..seakan Izrail sudah hampir..dengan aku yang dosa maseh bertimbun tak tertebus, ada sesal berjilid juta aku rasa sekarang..

Usai waktu zohor tadi, ayah Maz kembali di ambil Tuhan..Al-Fatihah..entah kenapa, semenjak dari dari hari ayah Dodie meninggal, aku terasa sedih sangat..bila baca yassin aku yang terlebih sayu..aku tau rasanya bila
kita kehilangan mak ayah..dan kehilangan setiap kawan-kawan aku seperti urutan..ayah Aima selepas ayah Dodie..dan terus Maz..mama aku yang terdahulu awal tahun lalu..

Umur makin nginjak tua..tapi perangai makin tah pape..haih..

Cakap je tapi tak berubah sama jugak Faten..

Haih..

Monday, October 5

*Entri gedik:it's getting worse..


Saya tak tau kenapa tapi nak juga tulis entri ni..pada yang kenal, setahun sekali jarang saya gedik macam ni..pada yang tak kenal, sila saja anggap apa-apa..nak jugak tulis entri ni supaya satu hari nanti kalau kita maseh bersama, biar kejang pipi kita sama-sama senyum dan baca..dan kalau kita tak sampai mana-mana, saya mau kata yang saya tak pernah menyesal jatuh cinta..sama awak..
Awak buat hari-hari saya manes..macam kunyah chewing gum dentin perisa epal..makin lama kunyah makin sedap dan manis..buat saya jatuh cinta lagi..hari-hari..saya tak pernah rasa jatuh cinta pelik macam ni..maksud saya,
  • kalau dulu, saya gado 3 hari kemudian baru bertegur sapa..tapi yang pasti saya takkan mula..ye saya ego, memang ngada..
  • kalau dulu, saya akan cepat marah dan kecik hati sebab selalu tak puas hati..pastu mulut penuh maki..
  • kalau dulu, saya cepat prasangka..tapi tak cakap cuma masam muka..
  • kalau dulu, saya rasa tak dihargai..hari-hari makan hati..
Tapi sama awak:

  • alhamdullillah..maseh elok tak gado..dan ego saya makin runtun tiap kali sama awak..
  • mungkin sekali dua saya kecik hati tapi tak lama, kemudian lupa..tapi yang pasti tak perlu 3 hari..3 min saya dah senyum sampai pipi..
  • prasangka?memang tak ada..sebab terlalu percaya..bunyi macam buta tapi lantak, memang saya yakin awak selalu ada..
  • ye saya semakin mengada sebab awak bagi betis dan sekarang saya mau peha..muahahaha..tatang saya macam bayi lagi..lalalalala..
Saya nak awak tahu, awak lelaki romantik dan jujur pernah saya jumpa..jakun kejap mula-mula dulu sebab dari kecik sampai besar keliling saya lelaki besi..semua keras macam kelikir..manipulasi besar janji-janji kosong dan penipu darat..

Saya tak pernah rasa ada orang yang betul-betul cinta..betul-betul suka..yang cakap saya cantik walau muka saya dah lebar bulatan Pahang..yang cakap saya jangan diet walau perut dah gelebeh pipi bulldog..yang suka tak kira saya pakai apa..yang gigih jugak keluar dengan saya walau muscle koyak..dan terpaling, yang sudi jumpa mama, sedekah yassin dan Al-fatihah sambil teman saya seharian dikubur..^-^..
One more thing!pelissss..jangan berenti senyum nampak lesung nuh..saya cair totak tiap kali awak awak buat macam tu..=p

Incik awak, saya nak awak tau saya jatuh cinta lagi..kali ni lebih parah sebab hari-hari..sama seperti mula-mula dulu..ya saya tau awak guna bomoh siam perut hijau tapi tak kesah..saya rela..muahahaha..


*i wanna grow old with u..>_<


Tuesday, September 29

Wishes Tree



Thousand of wishes but only one will come true..


............ONLY if you have faith on it.. BUT, to put faith on that one wish pon, penatnya sama macam membajak 5 ekar sawah..bermain sama hati dan perasaan lebih menguji minda dari main scrabble..

or sudoku..
or monopoly..
or or or..

Even though it's tiring, and knowing it just a hope, people still plow their wishes every single day..and cross their fingers that one of the wishes will fall on their lap..

Tapi ironi selalu berlaku:wishes si polan jatuh ke riba kita dan yang kita punya pula melekat kat si polan..AND things that we wish 100 times better than si polan..

=)

What says yuh?


Sunday, September 27

Obsesi



Aku...
Kebelakangan ni...
Makin...
OBSESI sama awan dan langit..kagum tenang nyaman dan gembira..










Cantek, kacak, jelita, muda dan gagah..tak ada yang lebih indah~

Tuesday, September 22

Kronologi Raya Edan~



Raya Pertama:


Solat sunat raya di Masjid Simpang Empat..berdepanan kawasan kubur mama..jujurnya, pertama kali ke solat sunat raya..dan aku lost..jahilnya aku?budak besaq 5 taun pon boleh buat..mana hilang ilmu ngaji skolah agama dulu Faten?

*sungul..

Usai solat, ziarah mama..rasa mau habiskan hari memeluk nisan..
...................rendu..

Dari kubur terus keumah wan..pelok ciom maaf-maafan..tiba giliran aku, drama ala-ala sedih Rashid Sibir pon mula..tengah dok sok sek sok sek nangis tiba-tiba wan aku elok dok cakap:


'eja,kalau ada yang bekenan terima ja laa..tapi biar la orang yang paham kamu..yang terima kamu seadanya..yang bertanggungjawab(ini refer pada ayah aku sbenanya) dan cepat-cepat la kawen'


Kawen??lagi??ahahahhahahahaha..wan sangatttttttt!dalam keadaan sedih camtu sempat cakap pasal kawen..masuk ni dah patplohpat kali dah dok soh aku kawen..nenek ai memang funny..huhuhuhu..

Terus, keumah wan belah ayah..yeah!nenek aku yang satu ni memang sporting..aku panggil 'wan hawt hawt kewl'..kaki wrestling, makan KFC dan pau saja rokok anak-anak..ehehehe..cakap tamil pandai, cakap Jawa lagi la unggul sebab memang Jawa, cakap inglish pon boleh..tapi 'i lebiu' je la yang dia tau reply..ahahaha..the mostttt,dia tak penah sebok tanya bila aku mo kawen..huhuhuhu..tiba-tiba, sekilas aku seakan nampak kelibat wanita jelita yang selalu didapur bancuh air dan tolong makyong memamasak..yang selalu suaranya sampai ke umah makitam depan umah..yang selalu jerit nyaring panggil makngah sebelah umah..

sesaat semua bayang hilang..kelibat wanita jelita tiada..

...................lain betol rasa raya tahun ni..
haih..wekap faten..

Dan Hari Raya Pertama aku habis sisa dengan takung air basi berulam taik mata..bangun untuk makan, cirit seround dua dan kemabli tidoq!heaven..ngeeeeeeee..

Raya Kedua:

Sarapan di mamak dan teros keumah wan hawt hawt kewl lagi..kali sebab makyong dan sebahagian adik beradik ayah sudah pulang..umah wan hawt hawt kewl akan lagi meriah..ketiak aku akan makin basah sebab memang tak menang tangan..sepupu sepipit belah Banting semua datang..ala-ala perhimpunan Jowok-jowok kata lesung..^-^..sebelah malam sudah agak lengang..kami sepupu sepipit pakat tengok wayang..G-Force bebeh!tapi cerita cam haram..tak besh!here are a snap shot from jalang-jalang wayang:



Raya Ketiga:

Bangun tidoq agak telat..mata pedih kena matahri baru bangun..ehhehehehe..malam nanti aku sudah mula kerja..aaaaaaa..malas!kaki teros ke dapur tolong makyong masak..katanya ada bergerombol-gerombolan bakal datang..aaaaaaaaaaaaaaaaa..basah ketiak lagi..tak apa la..tetamu yang ada umah adalah rezeki tuan umah..lagi pon tentu-tentu sedara mara aku ramai sebab wan hawt hawt kewl aku nuh kawen dua..separuh hari pegang sudip belanga..lepas Zohor mintak pulang sebab aku mau rehat..malam nanti tak pasal pedon depan pc..pulang umah dan aku macam orang tengah perang:tido dengan dengkur yang kuat..huahuahua..


Kronologi raya aku bunyi seperti sama tapi sumpah lain yang amat..wanita jelita tu....
aku rendu..



Monday, September 14

My Heart Will Go On..



Pandang memandang,

Jeling menjuling,

Bibir tiba-tiba senyum kambing..

Bilang guna jari,
Hitung guna kaki,

Ramainya..betol ke ni?

Khayal tak mimpi,
Sedar tampar pipi,


Errrkkk..Kalian pasti?

Aku jenguk, sudah ada 19 tetamu melekat di sini..kalian surrreeee tak salah blog yang yang dibelek?uuuhhh..segannyaaaaa..memang kritikal tahap ignorance aku..baru sedar sudah meriah..19 orang itu serasa ramai yang amat untuk aku yang tah apa-apa..orang akan kata 'ah kecoh..baru 19 sudah mau post entri bangga..Fynn Jamal 1000+ relaks jek'..ekelehh!!tu la bezanya..aku bukan siapa-siapa kalau nak dibanding kesayangan aku tu..dan aku bukan bangga..tapi segan sebab bukan molek pon cerita-cerita aku tulis..

Jadi..

Tak kira siapa kalian dan apa tujuan, terima kaseh sebesar Jupiter aku ucapkan..untuk baca, singgah-singgah cuci mata dan sebagainya..dan sebagai tanda terima kaseh, amiklah setiap satu hati ni tanda hati ai untuk yuh olls:




Saturday, September 12

:itulah sempurna..




*Bila kekurangan saling menampung, maka itu yang dipanggil sempurna..



Langit malam, tuah kamu ada bintang terang:itulah sempurna..

Sunyi pantai, nyaman kamu disambut bau laut:itulah sempurna..

Hujan lebat, pahala kamu dari doa kemarau:itulah sempurna..

Awan tinggi, cantek kamu ditulangi langit biru:itulah sempurna..





*Cantek+kaya+duit berkepok kat poket+emas keliling tangan+kawan artis kiri kanan+kereta besar kehulu hilir+rumah besar pagar keluli+kekaseh muka Ashraf Sinclair = tak sempurna: kalau IQ besar amoeba dan perangai kelat lopak air tepi jalan..


Bloated~



When there are so many things you want to say in mind, all seems confused to out..heart stop, feelings keep changing colors and your body suddenly act weird..

Banyak-banyak dan besar-besar..



Terima Qaseh


  • kerana yakin dan tidak ignorance ketika evaluate saya dulu.. (:
  • kerana memilih si gemok sendawa besar dahi lapang padang bola telinga antena ini..saya buruk..tiada apa..tapi maseh sudi..
  • kerana kerana temukan saya bersama jiwa-jiwa yang hebat yang ada antaranya sudah saya bikin 'geng'..ahahahaha..
  • kerana selalu jadi tong sampah saya..:p..it's not easy to find a guy with a good ear to listen and good brain to advise people..
  • kerana jadi yang terlalu asli tanpa bahan pengawet ketika menjadi diri..
  • kerana ajarkan saya pakai topeng senyum..
  • kerana rasional..
I should thank God and feel great..walau ada badak itam dari neraka di ofis selalu penatkan otak saya, tapi maseh ada kamo dan ayah dan adik-adik..


Life is too fair..

*sometimes it just too awkward to say it front to front..here would be the best medium..:p

Thursday, September 3

Tuhan bayar cash..fullstop~



'Tuhan bayar cash'


Walaupun bunyi ayat ini kurang molek di telinga para bijak pandai agama, terlalu moden kata mereka, tapi aku rasa intripitasi maksud tak berniat jahat..maksudnya sama sbenarnya seperti:

'Kun fa ya kun kata Allah, jadi, maka jadilah ia'

Funny part - semalam ada orang terkurung dalam lif selama satu jam akibat perbuatan khianat yang dilakukan terhadap sekumpulan manusia innocent lagi comel yang peloh ketiak bekerja di Hari Merdeka..

*pecah gelak..


Wahahahahahahhahahhahahahhaha..
Wahahahahahahhahahhahahahhaha..
Wahahahahahahhahahhahahahhaha..
Wahahahahahahhahahhahahahhaha..

Haaaaaaaaaaaaa..tu lah..walaupun kau lahir kat Canada tapi kau tengah huni tanah Malaysia yang penuh adat..cakap orang tua-tua:buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..dan doa orang yang teraniaya ni Tuhan kami, insyaallah terima sebab Tuhan kami Pemurah lagi Penyayang..

Sila berhenti jadi 3P:pendiskriminasi warna kulit, pendengki dan pemutar belit..stop being bastard..surely the happiness will be around you..(=


Wednesday, August 26

Paper/Color~



Life is like a piece of paper with us as a color..




Kita lukis kemudian kita simpan..sampai suatu masa, saat tiba-tiba teringat, kita belek balik lukisan tadi..senyum dan cerita kembali tentang rasa masa tu..memegang balik cebis hidup yang lepas hanya mudah kecuali bila kita sudah benar-benar berganjak..

Aku belek entri mula-mula sampai yang sekarang..masin, manis, pahit, payau, tawaq, masam..dan teringat waktu ranap..kelakar..sumpah tak nak jadi macam tu dah..ehehehe..

'orang yang kalah bukan pada mereka yang gagal tetapi orang yang kalah adalah orang yang tak bangkit dari kegagalannya'..

Jom bakau meriam buluhhhhhhhhhhhhhhh!!wuhuuuuuuu..

Tuesday, August 18

Misteri saket kepala..

Dulu, masa muda+bodoh piang+lemau-lemau ayam, tiap kali aku saket kepala, aku selalu fikir ngarut-ngarut..

'konon-kononnya masa tidur, aku tak sedar semut pelan-pelan masuk ikut telinga dan ceroboh ke ruang otak..pelan-pelan, derang bina kubu sama Ratu..maka tiap kali aku saket kepala adalah sebab derang tengah catuk-catuk daging otak aku guna sesungut tajam tapi halus derang tu'

Itu teori sekolah rendah aku..bila masuk sekolah menengah, aku punya satu teori yang lagi entah apa-apa..masa tu ni baru rasa best blaja pegang silinder dan burette..so aku mula melakukan hipotesis melalui teori sains..

'konon-konon saket kepala aku ni sebab rambot aku yang tebal dan ada kelemumur ni..akibat terlalu tebal dan ditambah lapisan kelemumur maka kulit bahagian otak aku tak mampu bernafas..ruang oksigen tetutup..terlampau banyak karbon dioksida dari oksigen'

TATAPI...

Akhirnya setelah sekian lama, misteri saket kepala aku terungkai bila aku disahkan migraine jek..poyo aku ngan teori bodo..*atlease aku ada fantasi..eleehhhh..

*fak migraine!waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...lesung pipit..tolong..(tak memasal gedik)..hahahhahahahahha..=p

Emosi membelah hati~

Hitung-hitung lagi 3 hari Ramadhan datang..bibir aku senyum tapi tawar..hati aku gelak tapi payau..bukan salah Ramadhan..langsung bukan..cuma aku..emosi tiba-tiba membelah hati..

  • Aku tak mau imbau macam mana sahur yang dulu..
  • Aku tak mau imbau macam mana berbuka yang dulu..
  • Aku tak mau imbau macam mana persiapan raya yang dulu..

TAPI..bukan kenangan yang pedih..cuma kita..bagaimana kita bahagi rasa yang membelah hati tu..how we take it and how we leave whit/whitout it..the feelings, the emotions..kenangan yang penuh satu tapak tu patut aku balutkan kemas dan senyum bila ingatkan dia..yeah..it should be that way..

An old fren used to say this to me:

'Jangan belajar melupakan sebab makin kita cuba untuk lupa makin kita kuat teringat'

Betul sangat!sebab proses yang konon-konon kita gelar 'melupakan' tu memerlukan kita mengingat tiap perkara..tapi SANGAT tak betul untuk situasi aku..kalau pernah aku cuba melupa mama yang penat bertarung untuk bentangkan aku pada dunia Tuhan ini maka layak nya aku disula..tapi kalian, konsep nya disini, aku cuma tidak mau imbau pada rasa tak redha aku..sebab itu aku kata:

  • Aku tak mau imbau macam mana sahur yang dulu..sebab aku perlu bukti aku anak mama yang pandai bangkit sendiri..
  • Aku tak mau imbau macam mana berbuka yang dulu..sebab aku perlu mama tau yang anaknya yang ini boleh diharap selalu..
  • Aku tak mau imbau macam mana persiapan raya yang dulu..sebab aku mau kekal sederhana mama yang dulu-dulu..
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak semua..titipkan bulan ini untuk kita lebih dekat pada yang tiada dan pastinya yang Esa..assalamualaikum~

Friday, August 7

ROJAK..pasemboq~



Mode:

~Lost touch to press the keyboard~

Kadang-kadang bila sedih gembira dirojakkan kita jadi tamak nak cerita..nak nak orang macam aku yang memang tamak..^-^..

  • Dah lama tak rasa kecik hati dengan orang yang kita sayang sangat-sangat, sampai lupa..tapi hari tu dah ingat balik macam mana rasanya..klaka+bodoh+ngade-ngade+awkward..nak panggil apa pon tak tau tah..ahahaha..

*mori incik awak..=p

  • Bila rendu pada orang yang kendong kita selama 9 bulan tu menyentap, aku jadi......jadi..............jadi sangat fragile..yang kalau nyamuk tenggek pon boleh jadi leleh air mata..lagi-lagi bila kiri kanan orang asik cerita tentang puasa dan raya..aku jadi kaku..senyap-senyap undur ke belakang skit..sebab aku aku tak punya riak ceria nak kongsi..kang nanti potong stim diorang ah tetiba aku dok cerita sedih..haish, potong potong..ehehehe..so best way = zipppuppp my mouth..entahlah..sampai bila tah nak cam ni..

*kenapa tak blaja-blaja lagi jadi tabah ni Faten??fak!


  • Kerja yang semakin bosan dan hala tuju yang makin serong..

serong..
senget lagi..
lagi..
dan lagi..

  • Badan semakin out of shape..lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tekanan timpa-timpa..jangan kata lebar bulatan Pahang dah..besau Pulau Malawi ada dah kot..rasa macam nak hentak kepala kat dinding sebab sape soh tak jaga makannnnnnnnnnnnnn!!hukhukukhuk..~_~..

Solusinya Ten?




Yeay!!jum pegi becuti..=p

Wednesday, July 29

Misi 5 kampung dan pertukaran bantal kabu baru (yang mahal sikit pastinya)..



Titikkan tarikh hari ini dalam kalender:

3 bulan and i'll start counting the days now..


"yebba yebbaaa"

Tuesday, July 21

Na....ampoon..


Kehadapan kawan susah senang:Na..

  1. Aku bukan kawan yang baik..
  2. Aku salu mungkir janji..
  3. Aku salu lupa kamo..
  4. Aku sakitkan hati kamo..selalu..
  5. Aku selalu tak ada masa kamo sedih..
  6. Aku tak bagi hadiah pon untuk besday kamo..
  7. Aku jarang tepon tanya kabar kamo..
The most...aku tak layak pon untuk jadi kotak rahsia kamo kalau susah senang kamo aku tak ada..kawan jenis apa aku ni..sorry Na..


*aku tau ini pon tak cukup untuk salah aku kat kamo hari tu..~_~..


I learn from the best..yes,i learn from you..

Mode:

Sedang belajar untuk menjadi lebih pemaaf dan ikhlas dalam semua benda..mau berhenti menjadi pendendam seperti aku yang sebelum ini..and i have such a great teacher for that..^-^..

Saturday, July 18

Hadiah dari Sarawak II

Seperti yang dijanji..hadiah dari Sarawak II..cekidaut!


Ini dalam keadaan teruja sebelom naik burung besi..hikhikhik..


Incik Apit yang baek hati tukang anta kami ke LCCT..=)

Pose gedik sama Irra..ehehehe..


Yeah..kami memang camera freak..^-^

Tengah tunggu bas..hikhikhik..


Kuching lelaki dan kuching perempuan..^-^..

Si gemok & si kuruih..;p

Boya besaq..erkk..i mean yang dalam cage wooo..hikhikhik..

Orang di hutan..ahahhaha..


Jaguh tido seputeh..ahahhaha..

Jalan-jalan dibandaq Kuching..



Macam nak upload sume tapi tenet net net yang seperti babi dan nanti orang muntah darah tengok gama siok sindiri..huhuhuhu..Sarawak double thumbs up!!mo kawen orang iban laaaaaa...hikhikhikhik..


Thursday, July 16

Hadiah dari Sarawak I

Motion speak louder then words..ini hadiah aku dari Sarawak..cekidaut!



Sungai apa tah..kamik lupak sudah..


The Junk-named of this place & sumpah heaven gila tempat ni..


'The lost people'..planned walking but end up lost..pastu sume penat kol orang fetch tepi jalan..ahahahaha..



Singgahsana Lodge lobby wif Qaseh..such a naisssss budget hotel..siyes weh..beutiful interior..



Irra dan panorama Waterfront..=)

Afta berejam sampai abis cash soppin' we chill our leg infront of waterfront..


Sejam berikutnya..maseh depan Waterfront..nyamannnnn..


Ok,ini part I hadiah dari Sarawak..stay tuned for part II..arrivoir!

Friday, July 10

Tamak dan tamak lagi..*grin..





Untuk pertama kalinya aku akan naik burung besi untuk nonton Konsert Hutanhujan..teruja darab 1000..ehehehehe..kodikan aku?memang selama 24 tahun hidup tak pernah rasa naik burung besi walau sekali jadi aku mau lagak hari ini..ahahahahahaha..*doa kan aku selamat pergi dan balik..aminnn.. Dan hari ini juga aku mau terusan tamak..boleh tak?ehehehe.. Sebelum ni di entri lepas-lepas banyak sangat yang aku mintak..kali ini aku mau mintak-mintak lagi..*sebab aku tau aku hanya mampu minta-mintak..ehehehe..senarainya di bawah:
  1. aku mau tahap redha aku pada tabii ayah berterusan..kalau dulu sebelah kaki menyerah hari ini dua belah sudah aku serah..
  2. aku mau rasa baru aku ini jangan dimatikan..dia, penyeri..sumpah aku tak mau ganti..
  3. aku mau rasa angau, rendu yang saket tapi indah ini dipanjang-panjangkan..dan jangan dihilangkan rasa aku pada dia..
  4. aku mau, kalau bisa, akan datang biar dia saja yang tetap ada..selamanya..
  5. aku mau umur aku dipanjang Tuhan, supaya adik-adik bisa aku uruskan..
  6. aku mau andai roh aku dicabut dari jasad satu hari nanti, orang pertama yang mau ku jumpa, Mama..Tuhan saja yang tau betapa rendunya aku..setiap sendi, urat dan darah seakan ngilu kerana rendu mama..
*ok,cukup dulu takat ini..ada nanti aku senaraikan lagi..ehehehe..

Hati cukup bahagia bilamana minggu lepas temu sama Fynn si ubat penenang..dan esuk lagi seorang ubat penenang ikut sama ke bumi Kenyalang..tambah nyaman bila diseli ubat pelali..hihihi..takot juga mau gembira lebih..nanti bukan-bukan pula jadi..*nauzubillah..mintak dijaohkan..adik-adik sudah aku pasti semua ok..seorang ke motivasi dan sorang sudah pandai jaga diri..lapang dada..kalau la mama ada dan lihat kami-kami sudah bisa jaga diri pasti senyum manes dia yang aku cinta itu mengukir..

..............

*ma,aku sudah ada penjaga baru..jangan risau,yang ini bukan seperti yang dulu-dulu..nanti aku bawa jumpa..salam rendu penoh cinta ma..



Sunday, July 5

Kecewa..cuma terlalu kecewa..itu aja..

Korang kene gilis otak aku sampai bederai atau racun kan aku baru otak aku berenti jadi pemikir tekun..

Peliss anyone?

Aku dah penat tapi otak maseh tegar fikir-fikir..sian qaseh..selalu sabar sama tabiat bodoh aku ni..aaaaaaaaaa..tolong siapa-siapa cabotkan otak ni..

T_T

Saat tulis entri ini juga hati maseh tak tenang..salah kah aku kalau berperangai marah dan benci untuk perkara yang aku rasa takde hati dan perot??

Minggu sudah aku diberi khabar yang entahkan benar entahkan tidak..kata wan ada orang ura-ura ayah mau kawen lagi..dalam masa 4 bulan??terbaek!maknya masa bila sudah ayah menyulam kaseh sama betina lain?hebat!aku seperti mau sujud sama ayah atas kehebatan dia yang tak ada hati dan rasa..sebab aku tak mampu begitu tapi dia dengan senang sahaja..ahahhah..aku sangat tak heran ayah kawen lain..expected!yahh,ayah hebat dengan profile kasanova..jadi apa yang diheran..aku baru mau rasa memaafkan hj.raman..baru rasa bangga dan terharu dia tulis sajak buat mama..dan tiba-tiba?ok,it's a rumors but hey,masakan pokok bergoyang kalau tak angin yang goncang?dan kalau tak betul hal ni aku maseh rasa kecewa untuk beberapa perkara tentang ayah:boros dan baran!asik marahkan semua..bosan tau tak?!

Kalau sungguh,adik-adik sudah aku bilang tenang dan aku bawa sama..tak apa..memang sudah aku siap sedia dari masa mama ada lagi..kecewa aku cuma pada rasa tak peri ayah..

ahahhahahaha..

Kalau la aku dilahir boleh memilih ayah yang lain...

Tapi Tuhan tak jatuhkan sesuatu untuk sia-sia..ya!aku percaya itu..Dia Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui..tak apa la..sabarkan saja Faten..aku percaya untuk setiap yang jadi ada yang baik menunggu..seperti mana aku sangat beruntung untuk ada Irra dan Fynn sebagai ubat penenang..dan Tuhan terusan adil bila didatangkan pada aku seorang Qaseh sebagai ubat pelali..

*terima kaseh untuk selalu ada..

Tapi mana mampu untuk hati aku tak runtun bila adik aku yang usia 12 tahun tiap malamnya curi-curi nangis tika tidur..tak pernah merungut tak pernah bercerita tapi cuma sembunyi rasa dan murah air mata..

Aku cuma sedih dan kecewa..Itu saja..

Monday, June 29

Jika aku seorang Perdana Menteri....



Aku akan pasti kan semua dibawah:


  1. Weekend setiap sabtu, ahad dan isnin..jadinya ada 3 hari dalam hujung minggu..no excuse for Monday blues peliss..
  2. Mat rempit = hukum gantung kat kerusi elektrik..full stop!
  3. Hanya yang selamatkan Dolphin atau haiwan-haiwan terpupus sahaja sajak dapat gelaran Dato', Datuk,Tan Sri..
  4. Semua gerai makanan yang di niaga oleh kaum bumiputera M'sia tak layak di rush..fokus kepada lorong haji taib dan gerai makanan yang dibuka oleh mat minah indon secara haram..
  5. Dalam setahun setiap pekerja diharuskan mohon cuti selama 5hari dan bercuti dalam negeri seperti ke pulau-pulau atau mana-mana sahaja tempat dalam M'sia..ini adalah antara cara mempromosikan kempen Cuti-cuti M'sia..


Ok,itu hanya sebahagian daripada undang-undang yang bakal saya gubal..banyak lagi yang bakal saya lakukan demi negara tercinta..atau mungkin tambahan kepada undang-undang yang sedia ada..kepada anda di luar sana,undilah saya..hantarkan undian anda melalui SMS..taipkan YES jarak UNDI dan hantarkan ke 458977..transformasi di tangan anda..sekian terima kaseh..

Thursday, June 25

Mahalnya Nyawa seorang KITA..

Gamam kedu sedih ngeri serabot sayu...


Semua ada..aku tau aku tak serapat mana atau kenal benar dengan dia but somehow it just terlalu terkesan kat hati..

Al-fatihah untuk Hafiz a.k.a Apit

*tunduk

Dia junior yang bagos..sangat bercita-cita..bervisi..terngiang-ngiang dia tolong aku untuk editing time diploma dulu..teringat-ringat dia temankan kami sampai pagi untuk siapkn assigment..terimbau waktu lepak sama di kerusi batu puncak..dan yang pasti waktu dia dengan paksa rela datang MPG kami sehingga .......ah!gamba tu..*senyum kelat..kenangan macam racun..pelan-pelan bunuh sambil sakit selinap badan..

Aku bungkam..satu persatu gamba tragedi arwah aku tengok semalam..mahalnya nyawa seorang KITA tapi nilainya hanya Allah saja yang mampu putus cara apa..

Subhanallah..apatah lagi aku..ampun ya Tuhan..ampun..

*gonna miss u Apit..

Monday, June 22

Syukran syukran..



Ada orang cakap aku kuang ajar dalam entri lepas..bahasa kalah tungkik ayam..ahahhahah..*mati gelak..so?ada aku pedulik?ever heard of freedom of speech?so ada aku kesah kau suka atau tak?kau sentap makna entri ni untuk kau la kot..*kenyit mata..

Aku dah janji dengan ramai orang tak mau marah-marah..ok ok..no cursing people..no cursing..pomieessss..ehehe..

Aku dapat sesuatu yang besar dalam hidup baru-baru ni..jadi entri kali ni aku mau panjat syukur pada Ya Rabbulalamin..bukan senang nak jumpa, bukan sekejap nak tunggu dan bukan mudah nak terima..lagi-lagi hati kelikir macam aku..Syukran Jazilan Ya Allahhu..Maha Dzat yang lagi Pemurah dan Penyayang..Kau datangkan ia tepat pada waktu..you are too perfect Ya Rahim..terlalu adil..Terima qaseh terima qaseh..

Hidup tak perlu rumitkan?


Lah lah lah laahhhhhh...

Sunday, June 14

Everidei my bekpes is seranah..It is so delicious..yummy!!


Hey Bicth,

Hi,

Yah..im so fuckin' comfortable here..have this small obsession with my self, like my walk even it's besepah, really thank to God with my looks even it's not perfect as u..(as if!)..oh!yeah..and i just like my life..not too rich and spoiled like you..i dun wanna be rich if i'll turn to be fuckin' bithcy asshole like you..errkkk..scary seh..seriously no thanks..*Terima kaseh Tuhan..aku bersyukur dengan apa yang Kau limpah pada aku sekarang..more than enough..orang kata biau le tak kaya asal kaya budi..biau le tak cantek asal cantek pekerti..

You know what?it's soooo extremely annoyed when you started to mumbling me how worse my taste on fashion thingy or how not-so-good of me buying stuff..urghh..you really sounds like barking..and it's so fuckin' irritating when ever you do your 'hello' style together with the gesture..aku pon kadang-kadang buat gak style ala-ala pondan tu tapi seriously for nothing..more to joking..but you, so Paris Hilton wanna be la konon..

You know what's the biggest diffy between you and me?well, aku ada kawan-kawan yang sayang aku sebesar Laut Merah and i do have friends which i called true friends but you?if i'm not mistaken, orang cakap those a looser and lonely person tend to act arragont just because they want to cover their inferiority and low self esteem..hurmm..i guess that fact just answered me on your abnormal-freak-bitchy attitude..

Haih..dah jadi rutin pulak sarapan seranah tiap pagi..lazat jugak!everidei ade jek kan manusia tolol bikin aku panas..the same person lak tu..adoyyyayyy..

*Hurmm..rasa-rasanya bila kau nak berenti kacau hidup aku ek?ke nak tunggu ai masuk minang yuh baru yuh puas hati?haish!awat tak habaq awai-awai ang ada hati kat aku..ok,pi betau mak pak ang aku nak masuk minang la ni gak..eh!itu pun kalau mak pak yuh tak kesah bermenantukan seorang perempuan..*grin..

Friday, June 12

Bahasa hati seorang Hj.Raman

Kantuk tangkap mata..baru nak tutup laptop, tiba-tiba aku jumpa ini:

SORE YANG HENING


Sore itu wajahmu sedikit layu
Kelesuan tanpa ucap petah
Tidak seperti hari-hari yang lalu
Pintamu ku penuhi
Sebungkus nasi lemak berlauk ayam goreng
Dan air kelapa muda dingin

Kau suap satu satu tidak bermaya
Sambil diperhati beserta gurau ringan anak-anak
Tawamu lemah sekali seakan dipaksa
Di hati semua
Kepulanganmu ditunggu penuh riang
Kau merebah diri disisiku
Tanpa banyak bicara melepas lelahmu

Gempar hening sunyi dinihari
Dalam lenamu kau pergi buat selamanya
Tanpa sepatah ucap

Aku jadi nanar tanpa arah
Terkedu hati membukam
Benar kah atau kau sekadar lena seketika

Illahi Ya Rabbi
Maka benarlah takdir dan janjimu
Kau telah menjemput dia yang dikasihi
Kembali kepadamu tanpa isyarat
Sedang kasihnya, sayangnya dan cintanya
Masih didamba oleh putera puteri
Dan aku….

Pergimu ditangisi semua yang mengasehimu
Cucuran airmata bagai hujan musim tengkujuh
Sedang aku masih lagi mencari satu kenyataan
Benarkah kau sudah tiada lagi
Hingga saat kau disemadi
Ternyata bahawa benar kau…..
Sudah tiada lagi

Kini
Baru ku mengerti “Erti Sebuah Tangisan”
Coretan rasahati lama sebelum ini
Yang ternyata jadi kenyataan pahit……

KINI BARU KU MENGERTI


Kini baru ku mengerti
Erti sebuah cinta
Sesudah satu kehilangan abadi
Yang sepi
Yang sunyi

Selama ini aku dungu
Ku nilai segalanya dengan hati buta
Ku hambat bayang hitam tanpa rupa
Aku alpa dengan cinta kasih yang nyata

Kesal apa lagi harus ku ucap
Satu kehilangan
Mengajar aku jadi sedar
Satu cinta kasih sayang
Dibayar dengan pengorbanan agung
Satu kehilangan
Satu pemergian abadi selamanya

Ku imbau semula
Segala waktu dikala bersama
Dalam sukar
Dalam riang
Lalu
Berjujuran air jernih dari kelopak mata….

Penawar kini hanya pada
Insan yang bernama putera puteri
Janjiku di pusaramu akan ku tunai
Selagi ada hayat dan nadi terus berdenyut
Mereka tidak ku abaikan

Doa buat mu kekasih
Akan terus ku titipkan pada setiap waktu
Abadilah dengan tenang
Segala kenangan denganmu
Ku simpan di lipatan hati
Yang semakin sepi
Semakin sayu….
Semakin rindu….


*Dua hasil nukilan ayah buat mama..sambil titip entri ni air mata dah selaut Tioman..hati bungkam..kami memang famili hipokrit..masing-masing lagak gagah..acting kelas A..




*Tuhan,kasehkan mama di barzakh sebagaimana kami mengasehi dia..Wahai ZatKu Yang Maha Agung,ambilkan seluruh pahala yang kami ada walau tak besar mana,walau yang tersisa, untuk bahagia mama di sana..Amin Ya Rabbalalamin..

Wednesday, June 10

*Incik Pelangi..




U said:


'For you a thousand time over'

and I said:

Thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank yoU!!

*If there are something bigger than THANK U saya akan bersusah-susah dan grab dia untuk awak..^_^..


Tuesday, June 9

::Under Construction::

Sorry kengkawan..tempohari,

'Blog under construction'

ehehhehehe..

Friday, June 5

Berbasa basi..

'Pelangi warna warni, cantek selang seli, kejar sampai mati, jangan biar hilang pergi'
'Angin tiup pagi, hembus tepi pipi, tutup mata rangkul kata, rasa ia dengan jiwa'
'Rendu kepul-kepul, peluk bayang nampak bendul, kalau dah cinta beketul-ketul, semua benda nampak betul'

Monday, June 1

Chantek itu pedih..auchhh!!




23 tahun..


Selama 23 tahun tak penah sekali aku jejak kaki kat situ..tapi minggu lepas, aku gadai berani demi sayang aku kat Didie masuk ke tempat-tempat macam tu..dan akibatnya:

Abis rabek muka aku..pedihhhhhhhhhhhhh!!!hukhukhuk..23 tahun tak penah sekali pon aku pegi buat facial treatment tapi pasal Didie aku cuba gak..kesannye?tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!muka pedih merah-merah..hukhukhuk..betoi ah omputih cakap..'beauty is pain'..but i wanna say 'if beauty are this pain i rather be ugly'..but sure did have besh part..sangat di pampered..huhuhu..patut ah orang kaya rajen bebenor ke saloon ke beauty care ke bagai..rupanya nikmat weh..tapi tu ah..duit bekoyan abis kat situ semata..sambil dok facial tu aku dok fikir, sekali facial rm68 dan sungguh aku boleh dapat 3 baju..ahahahahha..dasar kedekot kau Ten..=P..tapi sekali sekala tak pa la..sebagai hadiah untuk diri sendiri atas penat kerja macam kuli tiap bulan..i need something worth me aite..^_^..

Ahad lepas aku melepas pergi seorang lagi kawan..Didie dah kawen dan aku tau Botak memang lelaki yang tepat..Selamat Perantin Baru, Die..^_^..sedih perit kau berbaloi kalau imbuhannya lelaki seperti Botak..moga kekal..aminn..

Dan seseorang yang aku abaikan sebentar..terasa aku tak layak panggil kau kakak kalau untuk saat kau butuh teman aku tiada..


Selamat sembuh Fynn..maaf Fynn..maaf~

Thursday, May 28

Kenapa saya suka kerja saya?




29 May '09

7.30 pagi
Plaza IBM, Damansara
Ting.12

Kepala berpinar..tekak rasa nak muntah..isi perot memulas..kepala dah terhangguk-hangguk depan pc macam orang joget bangra..

Backlog cecah seribu..depot masuk banyak..belonggok..macam babih kena sula ramai-ramai..fark!!

Nak balikkkkkkkk!!

Tapi Say cakap balk jam 8..~_~..energy dah tinggal 0.15 ni..abih sume jadah Friendster, Myspace, Facebook, blog orang aku godek tak gak hilang ngantok ni..tetiba, aku teringat sesuatu..

Maka lahirlah aktiviti sehat aku dan member office:






Kemahiran melukis secara kreatif dan kritis (KMKK)..ada gamba bontut sin chan tapi dah cacat..plus tak sempat save..

Esuk nak main lagi..lalalalalala~