Tuesday, November 10
Al-kesah sang kancil dan gajahh.......
Tersebut al-kesah, sang kancil dengan gajah, yang tinggal disebuah, negeri cendawan bak kata ipah, yang keadaanya semakin parah, serta kebanyakan perangai manusia disana makin sampah, sampai buat kami-kami menyampah, juga nak termuntah..
Kawan-kawan makin hilang, ramai yang pilih jadi lalang, tinggal beberapa kerat yang maseh pegang, pada janji dan sifat-sifat yang dulu-dulu sudah dibincang, walau pelbagai dugaan mendatang, beberapa kerat maseh mahu berjuang, menegak rasa dan hak yang di tatang..
Namun tetap lah jua kancil tidak akan menang, sebab terlampau ramai gajah yang halang, mula seorang yang datang, lama-lama penuh satu gelanggang, abis kami-kami si kancil pincang, kena gelek dan ganyang..
Setalah sakit jiwa dan raga, hati juga duka dan lara, maka surrender la kancil dengan yang berkuasa, tak mampu nak kata apa-apa, maka nak tak nak di ikutkan jua, walau hati sangat tak rela..
*haih..patik dah pesan jangan di lawan sang derian..go with the flow bebeh..go with the flow..
Monday, November 9
Mulai hari ni aku boikot derian..huh!
Moral of the stori:
'Timun memang tak kan menang dengan derian'
'Manusia dari kalangan estet tu akan selalu jadi si pemutar alam'
'Terlalu jujur dan lantang makan diri'
Sekian terima kaseh~
Friday, November 6
Macccaaamm-macammm..
Berlari..tersungkur..melecet....................................
luka..berdarah..menangis..meraung..merajuk..kene pujuk.. .....................................................................degil bengap bahalol sombong bodoh..esak-esak..senyap..senyum......................gelak..
Hidup memang perlu macam ni..perlu macam-macam..baru fun..baru asam& garam..macam hidup aku sekarang..sedang macam-mcam..tarik nafas keluh hembus nafas tarik balik hembus lega..
Sunday, October 25
Harga hobi ai bukan lima posen ok!
Mempunyai hobi suka menonton filem bukan sesuatu yang biasa atau remeh ye tuan-tuan dan puan-puan..
Pada aku, menontong wayang sama macam mentelaah buku..bezanya filem setiap tajuk berbeza dan lebih fun!ehehhehehe..sape kata menonton filem membazir waktu, tak berfaedah? tiap filem ada indikasi dan mesej tertentu yang nak di sampai kan..dan banyak perkara atau fakta yang kau tak suka baca dari buku or wikipedia boleh kau belajar dari sebuah filem..
Sekarang juga sudah banyak filem adaptasi dari true story..filem-filem epik adaptasi sejarah dunia..kan banyak? itu bukan menonton sambil belajar namanya? mana celah tak berfaedahnya..kita, manusia ni, kebanyakannya, tendesi untuk ingat sesuatu peristiwa atau benda adalah melalui penceritaan..sebab itu mak-mak,nenek-nenek semua suka layan drama dan telenovela..
Itulah, kadang-kadang bila orang dengar hiburan jek semua tak berfaedah..first impression is normal but jugde a book by it's cover forver is not healthy verry the u olls..tak kenal maka tak cinta..aku bercakap tentang hobi menonton filem..ada baiknya satu dua kat situ tapi kalau bercakap tentang inti sesebuah filem, lebih-lebih lagi filem Malaysia panjang bejelor ler jawabnye..ngeeeeeeeeeeee..
Dan, aku rasa, hobi menonton filem aku ni jangan disalah simpangkan..memang kita dah lama tak jumpa tapi mengajak ai keluar tengok wayang tatapi mempunyai agenda jijik adalah tak baik tau u olls..cenggini le, aku rasa, daripada kau menduakan isteri kau yang cantik setia menunggu kau kat rumah dengan mesej rendu kat aku, baik la kiranya kau berjinak-jinak dengan hobi menonton filem ni..haaaaaa, kalau kau rasa gersang kerana isteri kau jauh disana nun, sila tengok filem porn..filem jugak tu..bukan dengan cara cari aku dan cakap bukan-bukan ye sayang..zaman jahil kita dulu-dulu sudah abis..finito!full stop!dan masa zaman jahil tu kau dan aku masing-masing single..tapi sekarang kau sudah punya isteri dan aku sudah ada komitmen lain..so noted dalam otak kau sekarang!shuh shuh shuh..dah berambus!
Wednesday, October 21
Ye saya memang tak bijak..Tak apa..
Minggu ni sangat macam-macam..
Tangan Shafiq kene 3 jahitan..kete aku kene 'rogol'..dan one to one conversation bersama 'ahli majlis tertinggi' HSI yang penuh dramatik lagi politik..
Tak terkata..
Decision aku untuk berhenti penuh controversy..hati memang dah bulat dan tak mampu tukar jadi empat segi..tapi bila kawan-kawan keliling yang kata jangan pergi, hati bulat tadi jadi bujur kejap..haih..terganggugugat..
Bijak ke keputusan aku?
Kadang-kadang aku rasa aku terlampau ikut hati..ramai yang tak setuju aku buat macam ni..tapi kalau difikir semula aku rasa ini yang terbaik..hidup kena berubah..dan untuk berubah kaki jangan goyah, kene pandai redah..masa depan tak kan terbentuk kalau kita sendiri tak cuba ubah..aku maseh muda kan?hurmm..falsampah orang yang tak berapa bijak macam aku hanya sesuai untuk aku..=)
Mungkin rezeki yang akan datang tak sehebat sekarang..mungkin juga lebih baik..kita tak penah tahu..aku yakin Tuhan tebarkan dunia yang luas ini dengan rezeki penuh setiap penjuru..cuma kita..kita yang perlu pandai teroka..aku tak kata aku yang pandai tu dan aku tak kata aku paling bijak dengan keputusan yang begini..semua ayat penyedap hati je ni..tak apa..
Somehow, i still believe with this instinct..with this decision..aku tak mintak orang kat luar sana setuju dengan aku..support?it's ok..aku tak mintak..tak apa kalau ada yang tak mau dan tak percaya..
Aku mau keluar dari kempompong 'tak berani mencuba'..the fact that people always said I'm a dependent person, ngilu jugak..kecik hati..lagi-lagi yang dekat-dekat juga pandang aku kurang bijak serba serbi..ahahaha..tak apa..
Kalau mama ada, pasti dia kata 'terpulang angah..buat mana yang rasa elok, baik untuk angah..mama tak mau paksa'..wanita jelita tu selalu ada percaya untuk aku..itu sudah cukup..=)
Tak apa la kalau aku tak bijak dimata sesiapa..tak apa la kalau aku tak knowledgeable dimata dunia..tak apa la kalau aku bimbo merata..I dun give a damn..
Dan kalau kerana setiap entri aku ditulis dalam bahasa ibunda dan bukan bahasa antarabangsa aku di fikir tak bijak mana, tak apa..yeah yeah yeah..I sound stupid when i speak in English..or i sound stupid in both language? tak apa..
Untuk kawan-kawan yang kiri kanan hulur bantuan, terima kaseh..dan untuk kawan-kawan IBM, maaf..aku yang tak berapa bijak ni selalu susahkan korang..maaf jugak aku yang tak berapa bijak ni buat keputusan begini..mungkin rezeki aku bukan kat sini..=)
*Untuk Say, thanks for fight for my right sampai tak memasal u pon terlibat..buat Nurul, aku hantar application PERKESO tu nanti, janji..ehehehehe..Dewi, thanks sayang tenangkan aku selalu..Ipah, jangan sedih-sedih..we go karok-karok together-gether k? Maz, selamat menjadi wanita besi..Dodie juga..=)..Fer, soon people will recognize you and itu jek yang aku mampu buat..Peh, aku majok lagi ngan ko..mencikkk!!tapi aku doakan ko dapat apa yang kau mau tu..i have faith on you..=)..Liya, you'll be the great senior, i can see that..and Megat, ko jangan banyak memain..ngeeeeeee..
macam wasiat sudah..muahahahahaha..
Tak apa..mari bermula semula..=)
Monday, October 12
::My 2nd Best Guy::
To be fair my dear 2nd best friend, this entry is for you..=)
Kau buat aku rasa best kejap bila kau dengan berani mati post wall at FB and put comment on blog, saying that you jealous on me and my incik lesung..
muahahhahahaha..
Aku rasa macam nak kepit kau kat pintu peti ais..bengong..ahahahahaha..comel..^-^..sebab kau berani..niway thanks Peh..i know why u feel like that..kau pernah cakap something like kau memang akan terasa 'lain' kalau salah seorang kawan perempuan kau yang rapat dengan kau tiba-tiba kawen or belong to some one else..
Mulanya aku tamau post this entri sebab aku tau kau akan kembang buntut..yes you do..but thinking of the sweet and braveness things that you just did, mari aku jadi adil:entri for you..=)..Tamau jealous sama aku or incik lesung lagi ok sebab, yes you're my 2nd best guy but by a very close margin..beza tak kurang ok..
And i know lately kau tengah ada di fasa serabut..kau kan jenis cekal hati?don't give up Peah..eh..i mean Peh..=p..you can do it..i know..i have faith on you..chayok!!
Thursday, October 8
Izrail yang makin hampir..
Semenjak dua ni, aku terasa pintu kematian macam seinchi je dengan aku..
Dengan keadaan dunia yang makin haru dan pemergian insan kesayangan setiap kawan-kawan, aku jadi takut, sungul, sedih..ye aku tau yang mati itu 'mesti' tapi tanda-tanda yang jadi seperti amaran..seakan katanya 'Hey Fatin, u're next!'..seakan Izrail sudah hampir..dengan aku yang dosa maseh bertimbun tak tertebus, ada sesal berjilid juta aku rasa sekarang..
Usai waktu zohor tadi, ayah Maz kembali di ambil Tuhan..Al-Fatihah..entah kenapa, semenjak dari dari hari ayah Dodie meninggal, aku terasa sedih sangat..bila baca yassin aku yang terlebih sayu..aku tau rasanya bila kita kehilangan mak ayah..dan kehilangan setiap kawan-kawan aku seperti urutan..ayah Aima selepas ayah Dodie..dan terus Maz..mama aku yang terdahulu awal tahun lalu..
Umur makin nginjak tua..tapi perangai makin tah pape..haih..
Cakap je tapi tak berubah sama jugak Faten..
Haih..
Monday, October 5
*Entri gedik:it's getting worse..
Saya tak tau kenapa tapi nak juga tulis entri ni..pada yang kenal, setahun sekali jarang saya gedik macam ni..pada yang tak kenal, sila saja anggap apa-apa..nak jugak tulis entri ni supaya satu hari nanti kalau kita maseh bersama, biar kejang pipi kita sama-sama senyum dan baca..dan kalau kita tak sampai mana-mana, saya mau kata yang saya tak pernah menyesal jatuh cinta..sama awak.. Awak buat hari-hari saya manes..macam kunyah chewing gum dentin perisa epal..makin lama kunyah makin sedap dan manis..buat saya jatuh cinta lagi..hari-hari..saya tak pernah rasa jatuh cinta pelik macam ni..maksud saya,
- kalau dulu, saya gado 3 hari kemudian baru bertegur sapa..tapi yang pasti saya takkan mula..ye saya ego, memang ngada..
- kalau dulu, saya akan cepat marah dan kecik hati sebab selalu tak puas hati..pastu mulut penuh maki..
- kalau dulu, saya cepat prasangka..tapi tak cakap cuma masam muka..
- kalau dulu, saya rasa tak dihargai..hari-hari makan hati..
- alhamdullillah..maseh elok tak gado..dan ego saya makin runtun tiap kali sama awak..
- mungkin sekali dua saya kecik hati tapi tak lama, kemudian lupa..tapi yang pasti tak perlu 3 hari..3 min saya dah senyum sampai pipi..
- prasangka?memang tak ada..sebab terlalu percaya..bunyi macam buta tapi lantak, memang saya yakin awak selalu ada..
- ye saya semakin mengada sebab awak bagi betis dan sekarang saya mau peha..muahahaha..tatang saya macam bayi lagi..lalalalala..
Saya tak pernah rasa ada orang yang betul-betul cinta..betul-betul suka..yang cakap saya cantik walau muka saya dah lebar bulatan Pahang..yang cakap saya jangan diet walau perut dah gelebeh pipi bulldog..yang suka tak kira saya pakai apa..yang gigih jugak keluar dengan saya walau muscle koyak..dan terpaling, yang sudi jumpa mama, sedekah yassin dan Al-fatihah sambil teman saya seharian dikubur..^-^..
One more thing!pelissss..jangan berenti senyum nampak lesung nuh..saya cair totak tiap kali awak awak buat macam tu..=p
Incik awak, saya nak awak tau saya jatuh cinta lagi..kali ni lebih parah sebab hari-hari..sama seperti mula-mula dulu..ya saya tau awak guna bomoh siam perut hijau tapi tak kesah..saya rela..muahahaha..
Tuesday, September 29
Wishes Tree

Thousand of wishes but only one will come true..
............ONLY if you have faith on it.. BUT, to put faith on that one wish pon, penatnya sama macam membajak 5 ekar sawah..bermain sama hati dan perasaan lebih menguji minda dari main scrabble..or sudoku..
or monopoly..
or or or..
Even though it's tiring, and knowing it just a hope, people still plow their wishes every single day..and cross their fingers that one of the wishes will fall on their lap..
Tapi ironi selalu berlaku:wishes si polan jatuh ke riba kita dan yang kita punya pula melekat kat si polan..AND things that we wish 100 times better than si polan..
=)
What says yuh?
Sunday, September 27
Obsesi
Tuesday, September 22
Kronologi Raya Edan~
Raya Pertama:
Solat sunat raya di Masjid Simpang Empat..berdepanan kawasan kubur mama..jujurnya, pertama kali ke solat sunat raya..dan aku lost..jahilnya aku?budak besaq 5 taun pon boleh buat..mana hilang ilmu ngaji skolah agama dulu Faten?
*sungul..
Usai solat, ziarah mama..rasa mau habiskan hari memeluk nisan..
...................rendu..
Dari kubur terus keumah wan..pelok ciom maaf-maafan..tiba giliran aku, drama ala-ala sedih Rashid Sibir pon mula..tengah dok sok sek sok sek nangis tiba-tiba wan aku elok dok cakap:
'eja,kalau ada yang bekenan terima ja laa..tapi biar la orang yang paham kamu..yang terima kamu seadanya..yang bertanggungjawab(ini refer pada ayah aku sbenanya) dan cepat-cepat la kawen'
Kawen??lagi??ahahahhahahahaha..wan sangatttttttt!dalam keadaan sedih camtu sempat cakap pasal kawen..masuk ni dah patplohpat kali dah dok soh aku kawen..nenek ai memang funny..huhuhuhu..
Terus, keumah wan belah ayah..yeah!nenek aku yang satu ni memang sporting..aku panggil 'wan hawt hawt kewl'..kaki wrestling, makan KFC dan pau saja rokok anak-anak..ehehehe..cakap tamil pandai, cakap Jawa lagi la unggul sebab memang Jawa, cakap inglish pon boleh..tapi 'i lebiu' je la yang dia tau reply..ahahaha..the mostttt,dia tak penah sebok tanya bila aku mo kawen..huhuhuhu..tiba-tiba, sekilas aku seakan nampak kelibat wanita jelita yang selalu didapur bancuh air dan tolong makyong memamasak..yang selalu suaranya sampai ke umah makitam depan umah..yang selalu jerit nyaring panggil makngah sebelah umah..
sesaat semua bayang hilang..kelibat wanita jelita tiada..
...................lain betol rasa raya tahun ni..
haih..wekap faten..
haih..wekap faten..
Dan Hari Raya Pertama aku habis sisa dengan takung air basi berulam taik mata..bangun untuk makan, cirit seround dua dan kemabli tidoq!heaven..ngeeeeeeee..
Raya Kedua:
Sarapan di mamak dan teros keumah wan hawt hawt kewl lagi..kali sebab makyong dan sebahagian adik beradik ayah sudah pulang..umah wan hawt hawt kewl akan lagi meriah..ketiak aku akan makin basah sebab memang tak menang tangan..sepupu sepipit belah Banting semua datang..ala-ala perhimpunan Jowok-jowok kata lesung..^-^..sebelah malam sudah agak lengang..kami sepupu sepipit pakat tengok wayang..G-Force bebeh!tapi cerita cam haram..tak besh!here are a snap shot from jalang-jalang wayang:





Raya Ketiga:
Bangun tidoq agak telat..mata pedih kena matahri baru bangun..ehhehehehe..malam nanti aku sudah mula kerja..aaaaaaa..malas!kaki teros ke dapur tolong makyong masak..katanya ada bergerombol-gerombolan bakal datang..aaaaaaaaaaaaaaaaa..basah ketiak lagi..tak apa la..tetamu yang ada umah adalah rezeki tuan umah..lagi pon tentu-tentu sedara mara aku ramai sebab wan hawt hawt kewl aku nuh kawen dua..separuh hari pegang sudip belanga..lepas Zohor mintak pulang sebab aku mau rehat..malam nanti tak pasal pedon depan pc..pulang umah dan aku macam orang tengah perang:tido dengan dengkur yang kuat..huahuahua..
Kronologi raya aku bunyi seperti sama tapi sumpah lain yang amat..wanita jelita tu....
aku rendu..
Monday, September 14
My Heart Will Go On..
Pandang memandang,
Jeling menjuling,
Bibir tiba-tiba senyum kambing..
Bilang guna jari,
Hitung guna kaki,
Ramainya..betol ke ni?Bilang guna jari,
Hitung guna kaki,
Khayal tak mimpi,
Sedar tampar pipi,
Errrkkk..Kalian pasti?
Aku jenguk, sudah ada 19 tetamu melekat di sini..kalian surrreeee tak salah blog yang yang dibelek?uuuhhh..segannyaaaaa..memang kritikal tahap ignorance aku..baru sedar sudah meriah..19 orang itu serasa ramai yang amat untuk aku yang tah apa-apa..orang akan kata 'ah kecoh..baru 19 sudah mau post entri bangga..Fynn Jamal 1000+ relaks jek'..ekelehh!!tu la bezanya..aku bukan siapa-siapa kalau nak dibanding kesayangan aku tu..dan aku bukan bangga..tapi segan sebab bukan molek pon cerita-cerita aku tulis..
Jadi..
Tak kira siapa kalian dan apa tujuan, terima kaseh sebesar Jupiter aku ucapkan..untuk baca, singgah-singgah cuci mata dan sebagainya..dan sebagai tanda terima kaseh, amiklah setiap satu hati ni tanda hati ai untuk yuh olls:

Saturday, September 12
:itulah sempurna..
*Bila kekurangan saling menampung, maka itu yang dipanggil sempurna..
Langit malam, tuah kamu ada bintang terang:itulah sempurna..
Sunyi pantai, nyaman kamu disambut bau laut:itulah sempurna..
Hujan lebat, pahala kamu dari doa kemarau:itulah sempurna..
Awan tinggi, cantek kamu ditulangi langit biru:itulah sempurna..
Sunyi pantai, nyaman kamu disambut bau laut:itulah sempurna..
Hujan lebat, pahala kamu dari doa kemarau:itulah sempurna..
Awan tinggi, cantek kamu ditulangi langit biru:itulah sempurna..
*Cantek+kaya+duit berkepok kat poket+emas keliling tangan+kawan artis kiri kanan+kereta besar kehulu hilir+rumah besar pagar keluli+kekaseh muka Ashraf Sinclair = tak sempurna: kalau IQ besar amoeba dan perangai kelat lopak air tepi jalan..
Bloated~
When there are so many things you want to say in mind, all seems confused to out..heart stop, feelings keep changing colors and your body suddenly act weird..
Banyak-banyak dan besar-besar..
Terima Qaseh
- kerana yakin dan tidak ignorance ketika evaluate saya dulu.. (:
- kerana memilih si gemok sendawa besar dahi lapang padang bola telinga antena ini..saya buruk..tiada apa..tapi maseh sudi..
- kerana kerana temukan saya bersama jiwa-jiwa yang hebat yang ada antaranya sudah saya bikin 'geng'..ahahahaha..
- kerana selalu jadi tong sampah saya..:p..it's not easy to find a guy with a good ear to listen and good brain to advise people..
- kerana jadi yang terlalu asli tanpa bahan pengawet ketika menjadi diri..
- kerana ajarkan saya pakai topeng senyum..
- kerana rasional..
Life is too fair..
*sometimes it just too awkward to say it front to front..here would be the best medium..:p
Thursday, September 3
Tuhan bayar cash..fullstop~
'Tuhan bayar cash'
Walaupun bunyi ayat ini kurang molek di telinga para bijak pandai agama, terlalu moden kata mereka, tapi aku rasa intripitasi maksud tak berniat jahat..maksudnya sama sbenarnya seperti:
'Kun fa ya kun kata Allah, jadi, maka jadilah ia'
Funny part - semalam ada orang terkurung dalam lif selama satu jam akibat perbuatan khianat yang dilakukan terhadap sekumpulan manusia innocent lagi comel yang peloh ketiak bekerja di Hari Merdeka..
*pecah gelak..
Wahahahahahahhahahhahahahhaha..
Wahahahahahahhahahhahahahhaha..
Wahahahahahahhahahhahahahhaha..
Wahahahahahahhahahhahahahhaha..
Haaaaaaaaaaaaa..tu lah..walaupun kau lahir kat Canada tapi kau tengah huni tanah Malaysia yang penuh adat..cakap orang tua-tua:buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..dan doa orang yang teraniaya ni Tuhan kami, insyaallah terima sebab Tuhan kami Pemurah lagi Penyayang..
Sila berhenti jadi 3P:pendiskriminasi warna kulit, pendengki dan pemutar belit..stop being bastard..surely the happiness will be around you..(=
Wednesday, August 26
Paper/Color~
Life is like a piece of paper with us as a color..

Kita lukis kemudian kita simpan..sampai suatu masa, saat tiba-tiba teringat, kita belek balik lukisan tadi..senyum dan cerita kembali tentang rasa masa tu..memegang balik cebis hidup yang lepas hanya mudah kecuali bila kita sudah benar-benar berganjak..
Aku belek entri mula-mula sampai yang sekarang..masin, manis, pahit, payau, tawaq, masam..dan teringat waktu ranap..kelakar..sumpah tak nak jadi macam tu dah..ehehehe..
'orang yang kalah bukan pada mereka yang gagal tetapi orang yang kalah adalah orang yang tak bangkit dari kegagalannya'..
Jom bakau meriam buluhhhhhhhhhhhhhhh!!wuhuuuuuuu..
Tuesday, August 18
Misteri saket kepala..
Dulu, masa muda+bodoh piang+lemau-lemau ayam, tiap kali aku saket kepala, aku selalu fikir ngarut-ngarut..
'konon-kononnya masa tidur, aku tak sedar semut pelan-pelan masuk ikut telinga dan ceroboh ke ruang otak..pelan-pelan, derang bina kubu sama Ratu..maka tiap kali aku saket kepala adalah sebab derang tengah catuk-catuk daging otak aku guna sesungut tajam tapi halus derang tu'
Itu teori sekolah rendah aku..bila masuk sekolah menengah, aku punya satu teori yang lagi entah apa-apa..masa tu ni baru rasa best blaja pegang silinder dan burette..so aku mula melakukan hipotesis melalui teori sains..
'konon-konon saket kepala aku ni sebab rambot aku yang tebal dan ada kelemumur ni..akibat terlalu tebal dan ditambah lapisan kelemumur maka kulit bahagian otak aku tak mampu bernafas..ruang oksigen tetutup..terlampau banyak karbon dioksida dari oksigen'
TATAPI...
Akhirnya setelah sekian lama, misteri saket kepala aku terungkai bila aku disahkan migraine jek..poyo aku ngan teori bodo..*atlease aku ada fantasi..eleehhhh..
'konon-kononnya masa tidur, aku tak sedar semut pelan-pelan masuk ikut telinga dan ceroboh ke ruang otak..pelan-pelan, derang bina kubu sama Ratu..maka tiap kali aku saket kepala adalah sebab derang tengah catuk-catuk daging otak aku guna sesungut tajam tapi halus derang tu'
Itu teori sekolah rendah aku..bila masuk sekolah menengah, aku punya satu teori yang lagi entah apa-apa..masa tu ni baru rasa best blaja pegang silinder dan burette..so aku mula melakukan hipotesis melalui teori sains..
'konon-konon saket kepala aku ni sebab rambot aku yang tebal dan ada kelemumur ni..akibat terlalu tebal dan ditambah lapisan kelemumur maka kulit bahagian otak aku tak mampu bernafas..ruang oksigen tetutup..terlampau banyak karbon dioksida dari oksigen'
TATAPI...
Akhirnya setelah sekian lama, misteri saket kepala aku terungkai bila aku disahkan migraine jek..poyo aku ngan teori bodo..*atlease aku ada fantasi..eleehhhh..
*fak migraine!waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...lesung pipit..tolong..(tak memasal gedik)..hahahhahahahahha..=p
Emosi membelah hati~
Hitung-hitung lagi 3 hari Ramadhan datang..bibir aku senyum tapi tawar..hati aku gelak tapi payau..bukan salah Ramadhan..langsung bukan..cuma aku..emosi tiba-tiba membelah hati..
TAPI..bukan kenangan yang pedih..cuma kita..bagaimana kita bahagi rasa yang membelah hati tu..how we take it and how we leave whit/whitout it..the feelings, the emotions..kenangan yang penuh satu tapak tu patut aku balutkan kemas dan senyum bila ingatkan dia..yeah..it should be that way..
An old fren used to say this to me:
'Jangan belajar melupakan sebab makin kita cuba untuk lupa makin kita kuat teringat'
Betul sangat!sebab proses yang konon-konon kita gelar 'melupakan' tu memerlukan kita mengingat tiap perkara..tapi SANGAT tak betul untuk situasi aku..kalau pernah aku cuba melupa mama yang penat bertarung untuk bentangkan aku pada dunia Tuhan ini maka layak nya aku disula..tapi kalian, konsep nya disini, aku cuma tidak mau imbau pada rasa tak redha aku..sebab itu aku kata:
- Aku tak mau imbau macam mana sahur yang dulu..
- Aku tak mau imbau macam mana berbuka yang dulu..
- Aku tak mau imbau macam mana persiapan raya yang dulu..
TAPI..bukan kenangan yang pedih..cuma kita..bagaimana kita bahagi rasa yang membelah hati tu..how we take it and how we leave whit/whitout it..the feelings, the emotions..kenangan yang penuh satu tapak tu patut aku balutkan kemas dan senyum bila ingatkan dia..yeah..it should be that way..
An old fren used to say this to me:
'Jangan belajar melupakan sebab makin kita cuba untuk lupa makin kita kuat teringat'
Betul sangat!sebab proses yang konon-konon kita gelar 'melupakan' tu memerlukan kita mengingat tiap perkara..tapi SANGAT tak betul untuk situasi aku..kalau pernah aku cuba melupa mama yang penat bertarung untuk bentangkan aku pada dunia Tuhan ini maka layak nya aku disula..tapi kalian, konsep nya disini, aku cuma tidak mau imbau pada rasa tak redha aku..sebab itu aku kata:
- Aku tak mau imbau macam mana sahur yang dulu..sebab aku perlu bukti aku anak mama yang pandai bangkit sendiri..
- Aku tak mau imbau macam mana berbuka yang dulu..sebab aku perlu mama tau yang anaknya yang ini boleh diharap selalu..
- Aku tak mau imbau macam mana persiapan raya yang dulu..sebab aku mau kekal sederhana mama yang dulu-dulu..
Friday, August 7
ROJAK..pasemboq~
Mode:
~Lost touch to press the keyboard~
Kadang-kadang bila sedih gembira dirojakkan kita jadi tamak nak cerita..nak nak orang macam aku yang memang tamak..^-^..
- Dah lama tak rasa kecik hati dengan orang yang kita sayang sangat-sangat, sampai lupa..tapi hari tu dah ingat balik macam mana rasanya..klaka+bodoh+ngade-ngade+awkward..nak panggil apa pon tak tau tah..ahahaha..
*mori incik awak..=p
- Bila rendu pada orang yang kendong kita selama 9 bulan tu menyentap, aku jadi......jadi..............jadi sangat fragile..yang kalau nyamuk tenggek pon boleh jadi leleh air mata..lagi-lagi bila kiri kanan orang asik cerita tentang puasa dan raya..aku jadi kaku..senyap-senyap undur ke belakang skit..sebab aku aku tak punya riak ceria nak kongsi..kang nanti potong stim diorang ah tetiba aku dok cerita sedih..haish, potong potong..ehehehe..so best way = zipppuppp my mouth..entahlah..sampai bila tah nak cam ni..
*kenapa tak blaja-blaja lagi jadi tabah ni Faten??fak!
- Kerja yang semakin bosan dan hala tuju yang makin serong..
serong..
senget lagi..
lagi..
senget lagi..
lagi..
dan lagi..
Solusinya Ten?
Yeay!!jum pegi becuti..=p
- Badan semakin out of shape..lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tekanan timpa-timpa..jangan kata lebar bulatan Pahang dah..besau Pulau Malawi ada dah kot..rasa macam nak hentak kepala kat dinding sebab sape soh tak jaga makannnnnnnnnnnnnn!!hukhukukhuk..~_~..
Solusinya Ten?
Yeay!!jum pegi becuti..=p
Subscribe to:
Posts (Atom)









