Friday, January 9

Teori Curang..


Tak adil..

Tapi siapa aku untuk fahamkan maksud adil kepada semua malah diri aku sendiri..aku ini terlalu bercita-cita..tinggi..tinggi sangat..selalu tidak mahu terima realiti..dan hari-hari paksakan diri untuk mengerti dan cari jawapan untuk setiap hubungan yang tak kesampaian walau itu langsung bukan hal aku..

'kenapa clash?'
'kenapa tinggalkan dia?tak cukup bagus ke dia?'

Makin hari makin tak paham..susah kah setia?maksud aku setia untuk orang yang layak dan wajar disetiakan..kalau sudah ada perempuan sebaik Khadijah di depan mata kenapa maseh mahu mengejar perempuan ENTAH MANA yang suka kau hanya sebab:

'u ni ensem la'..' u ni macho la'..'u nampak kewwwwwl dalam gamba'..

B U L L S H I T

Berapa lama ensem dan macho kau akan tahan?dan tiba-tiba hari ini kau accident muka rabik berjahit 88,aku mau tengok perempuan yang gilakan kau kerna kacak kau maseh dia mahu setia?hah!seminggu yang pertama lalu lagi dia tatap muka rabik kau tapi cuba masuk minggu tiga..muntah darah dan terus bejuta alasan tinggalkan kau..

Yah!Aku femenis!aku tak suka perempuan disampahkan..tapi lagi malu bila yang ketiga itu juga perempuan..tak punya hatikah?Tau tak sakit menjadi yang disampahkan?dan tau tak pedih lebih-lebih lagi yang disampahkan adalah orang yang kau sayang?aku membesar melihat mama disiat-siat hatinya tiap kali ayah seronok mengeyit mata sama perempuan lain..yah..'it takes two to tanggo'..kalau tak ada yang menyambut pasti tiada yang membaling..bukan?Jujur,aku lebih menyalahkan pihak yang menyambut daripada yang membaling..

Bagaimana aku tak terus dengan teori 'curang' aku kalau 'contoh teladan' depan mata aku semuanya berkayu tiga?lebih kukuh bila setakat yang aku jumpa semuanya sama..sori,untuk kali ini aku bias..aku emosi walaupun tak ada kene mengena dengan aku dan walau jauh tapi rasa peha aku merengat-rengat dicubit..

Wednesday, January 7

Optimistik cara Indah..



* 8 Januari 2009

* 6:08 pagi

Aku tengah rasa tak best..tengah maki-maki diri sendiri..salahkan diri sendiri buat aku rasa nak terjun tingkat 59 tapi tak rasa bacul sangat dari salahkan orang lain..skarang ni rasa macam nak keruk isi otak campak kat dinding pastu pijak-pijak..tu sebab cuai aku..bahana untuk bodoh aku pulak, aku rasa macam nak kelar-kelar badan dengan pisau tajam potong daging..pastu campak bagi anjing makan..kalau buat macam tu mungkin aku rasa lega sikit kot..



Friday, January 2

Haih.....



Akhirnya..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelom ni aku terfikir..tak cukup terangkah cerita-cerita aku atau tak cukup jelaskah bahasa yang aku guna..atau tak terbacakah kias-kias jelas difahami yang aku bagi?sehabis baik aku berlapikkan sutera cina takhta zamrud untuk sampaikan yang aku tak punya hati..maaf kalau disaat serabut, baru kamu jelas semuanya..tapi aku tidak pernah memberi walau sebarang harapan atau cubaan..kamu yang terlalu salah anggap semua..selalu menyimpul untuk aku..kamu bilang agar aku tidak rasa guilty atas 'cerai' kamu dan kamu fikir itu punca aku jauh..yang benarnya tidak..aku jauh kerna aku jelas yang kamu mahu lebih dari apa yang perlu..tidak bijak menyampai rasa hati kamu kerna takut aku hilang sebagai kawan? dan kamu terus menyimpul setiap jawapan untuk aku..dan jawapan acuh tak acuh aku kamu bilang setuju..jawapan entah bukan makna setuju..aku sebenarnya amat tau kalau-kalau cerita mimpi kamu,kamu maksudkan aku..dan aku juga tau kalau-kalau coret kamu,kamu ertikan aku..bukan aku memperbodoh tapi aku lebih kepada menjaga hati..dan sebab itu seribu kias aku gadaikan dari mulut..kamu sahabat yang baik..berkali-kali aku bilang persis abang..dan terpaling,aku tidak suka dipaksa..paksa itu rumit..rumit itu pening..

Terima kaseh menyanjung aku..terima kaseh untuk rasa sayang..terima kaseh untuk berkawan-kawan..aku maseh kawan..tapi hanya bila kamu pasti tak memaksa untuk terima hati dan rasa..sebab aku tak mau jambatan 'kawan sampai mati' kita rabik dengan perasaan berharap atau lain darinya..

Untuk sekian kalinya,maaf..

Wednesday, December 31

Buat Si Banggang-Banggang..

Aku lagukan,layangkan,khaskan,dedikasikan dan tujukan entri kali ini khas buat:

Si Banggang-Banggang..

Bunyinya plural kerana Si Banggang-Banggang yang tanpa henti ganggu hidup aku itu ramai..lately aku sering di ganggu nombor-nombor pelik jelik yang entah datang dari mana mau kenal dan berkawan-kawan..ya,aku memang suka berkawan tapi memang bodoh untuk guna alasan 'salah nombor atau i dapat nombor u dari kawan i'..come on!!!dah 2009 ni..tolong la jangan guna cara murahan cap sampah..masuk hari ini sudah kali yang kelima 'salah nombor' atau 'dapat nombor dari kawan' yang aku dengar..most annoying ganggu aku masa aku letih..dan hasil yang kau dapat marah berbakul dari aku..urghhhhh!aku sangat marah dan sumpah aku cari sampai ke kerak bumi..mengjengkelkan!sudah aku tak layan makin menjadi-jadi..seperti hari ini,si banggang yang memakai nombor celcom ini tunjuk kesampahan dan banggang diri dengan ayat 'i nak berkawan dengan u..u dah ada bf?kalo dah ada i tak ganggu..ckp la..u dah ada bf?'..manusia paling terdesak!dan kau fikir aku bohsia murahan mau layan ayat sampah kau?!bodoh!dan si banggang-banggang yang memberi nombor aku,aku pecaya kalangan yang aku kenal..mungkin juga kawan-kawan tapi amaran disini,sila bagi hanya jika aku angguk atau katakan 'ya'..pada si banggang-banggang yang menjaja nombor aku, terima kaseh..aku sumpahkan juga kalian mendapat yang balasan nanti..

Tuesday, December 16

Cuaca Hati Yang Mendung....

Klaka..

Ahaha..


Aku buat salah lagi dan kali ni aku terlalu letih untuk salahkan sesiapa hari ni jadi aku sedekahkan terus telinga aku untuk bebelan hikmat penuh nikmat dan berkat DKK..dan untuk kali yang ke seratusempatlapantujuhtigaribujuta kalinya dia seperti biasa menegur dengan penuh kaseh sayang kesalahan aku..ahahaha..lantak..tapi kali ni diakui memang dia tegur baik..dan aku tak rasa marah..sikit pun tak..

Ok,abaikan sebab aku punya perkara lain yang bikin aku letih dan penat hari ni..kaitan besar tentang seorang aku bernama Fatin..
  1. Fatin tak suka dipaksa..paksa itu merimaskan..dan bila dia rimas makin dia rebel dan benci..
  2. Fatin, dia ramah, friendly tapi tak makna setiap ramah Fatin perlu dibalas cinta sebab ramah, atau friendly seorang Fatin berbeza untuk si kaseh, si kawan dan mama adik-adiknya..
  3. Juga, concerned seorang Fatin tak perlu SELALU disalah anggap sebagai cinta sebab pada dia memang sahabat lebih penting dari kekaseh..
  4. Seorang Fatin itu rumit,egois,emosi..dia mahu dirinya betul-betul di fahami sebab 90% daripada 100% situasi dia selalu jadi yang memahami tapi tak siapa endah mau memahami dia..
  5. Ya, dia sakarstik..tapi cuma kadang-kadang untuk situasi tertentu..

Rumitkan? Letihkan? Tapi apa aku cuba sampaikan disini lebih kepada penerangan halus untuk soalan yang telus..Aku akan cakap sekali..aku tak suka cakap banyak kali..kalau aku tak mau,bogel la depan aku sekali pon aku tetap tak kalih..guling la depan aku sekali pun, aku tak peduli..hati, mana juga mau dipaksa-paksa..titik~



---------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni tiba-tiba cuaca hati aku mendung..mellow..haih..



Tuesday, December 9

Aku Tak Suka NOMBOR!!

Dulu, aku bisingkan seorang kawan yang terlalu 'memuja' kerja sampaikan tanah semenanjung berbulan-bulan tak dijenguk..

"u sangat workaholicasshole"

"yah, rite..one day u'll become like me..just change it to workaholicbitch"

Ahahaha..workaholic ke aku?Cuma memikirkan bulanan yang dibayar itu mahu halal maka aku kerja..dan hal kerja,i think i tried so hard cuma terpulang pada yang melihat..terangan disini,aku tak suka nombor! sangat bengap dengan bentuk-bentuk pelik tu..urghhhhh..but i realy realy realy try dem hard..tapi..maseh..huh!dilekeh manager diskriminasi+sinikal+moghoyan kat ofis jadikan aku pressure..datang seawal 8 pulang selewat 9 maseh juga disindir-sindir..mau aku master semua dalam sebulan..gila!ingat aku mesin??berperah otak mengejar nombor milik rakyat US setiap hari,bepinar mata tau tak..sayang,company yang terkenal tapi punya management yang serupa hingus..tau tak aku sudah selesa sama teman-teman disini?tau tak aku sudah suka sama suasana sini?haih..terus tempang rasa suka selesa aku sebab korang-korang yang seketul dua ni..apa pun aku sabarkan sebab mikir bulan-bulan perlu menangung lagi sorang..haih..boyfren baru i high mantainence u olls..tapi sudah sayangkan..layankan...*grinnn..oh!nama dia 'Haikal'..aku tukar namanya sebab nama yang dulu bunyi sumbang, VIVA:BKE 3991..tak sedap kan?dia putih,macam omputih tapi lagi putih dari omputih..orang Shah Alam dan sekarang kehulu hilir juga sama dia..ehehehehe..hidup rasa lebih makna and the besh part,mama hari-hari tersenyum sebab paling kurang aku sudah punya 'teman'..tidak langsung bikin mama senang jugak..

Dah lama tak bersentuh blog ni..banyak benda..terlalu banyak anjakan aku dan orang sekeliling..betapa masa terlalu cepat..tapi setiap anjakan dan bedaan bawa yang terbaik untuk kita kan?

*Senyum..


Friday, November 7

Mari kita enjoyy!!




Kelmarin aku buat satu diantara 30 perkara yang aku nk buat before turn 30..aku rasa tak adil kalau aku buleh maafkan orang lain tapi tak dia..kebelakangan, instinct aku tepat dan decision aku mesej dia hari tu macam ada hikmah..dah lama..lama sangat..dua tahun ada kot rasanya..dan jujur aku lupa bahwa semalam birthday dia..katanya mesej aku the best gift for him..*senyum..seronok sebenanya buat orang lain bahagia walau kadang-kadang sayu kat hati kita..manusia selalu cakap 'kalaulah boleh diputarkan waktu...'..tapi untuk aku,aku tak mau..sebab kalau tak kerana apa yang dah jadi tentu-tentu aku tak menjadi apa yang aku jadi sekarang..aku selesa dengan hidup sekarang..selesa dan gembira..biarla dollah ke,seman ke,wak amit ke atau sesiapa tak mau aku..asal aku ada kawan-kawan..

Hurmmm..tapi jujur jugak,kadang-kadang macam jeles orang lain ada dollah derang,ada wak amit derang tapi aku tak ada..ahaha..tapi aku pun iya juga..lame words:sapalah nak kat aku..ahahaha..atau sebenanya ada tapi aku yang tak mau..memilih kata kawan aku kat aku..tapi mana ada!bukan memilih,berhati-hati ok..b e r h a t i - h a t i..aku tak mahu terburu..baru 23 kot..bak kata nora danish dalam drama puteri:mari kita enjoyy!!



Tuesday, November 4

::Kari Kaviar & Enggang::




Patutlah kari aku dah tak laku kat tekak dollah..sebab dia dah pekena kari yang lebih sedap..beza kari aku dan kari si salmah ketara sangat..mana tidak..si salmah bubuh kaviar dalam kari dia..haih..mana mampu..aku ni manusia biasa-biasa..begolok gadai kalau nak masak kari
kaviar tiap hari?tapelah kari aku tak laku kat tekak dollah..akan ada satu hari nanti laku kat tekak orang lain..yang biasa-biasa serupa aku..yang lalu dan tak kesah disuap kari biasa-biasa,bukan kari kaviar..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pepatah enggang sama enggang,pipit sama pipit tu suai dengan aku..memang dari dulu aku tak penah tepikir-pikir nak cari enggang..apa yang aku dapat sekarang ni pun puas hasil sendiri..tak pandai meminta-minta..diberi aku ambil..dah di ajar mama dari dulu jangan ada definasi minta-minta..buruk perangai,malu dek orang..dan tak pernah aku letak kan koata untuk mesti kalangan enggang..ikut-ikut,dulu-dulu pun aku dapat yang pipit juga..bezanya kini dah jadi enggang..dan selalu bila dah jadi enggang,apalah rasa sang pipit yang ini..yang pelik nya,modenisasi memang tak boleh nak meneutralkan menteliti ek?mual bila pikir kadang-kadang..rasa nak maki..



Eh!lupa,aku itu pipit aja faten..pipit yang punya pepet..jadi rasa nak maki aku mati..terus hilang..macam tu je..haih..


Tuesday, October 28

Sumpah tak tipu..




Aku tau semua concern..terharu..terima kaseh maseh manampung-nampung,memanja-manja aku saraya adik bongsu dalam keluarga..seronok..tapi aku mau semua tahu:



Aku ok..

Kalau ada satu icon yang paling jelas untuk tunjuk exspression OK,aku akan letak as a default photo aku kat myspace,frenster or facebook..ehehehe..

Bukan tak appreciate cuma aku tak mau kamu semua terlampau risaukan aku..aku pun naik risau sebab semua risau..sampai ada yang mau kenenkan aku sama semua..ahahaha..comel jek semua..again,felt so pampered..cam ada rasa pathetic sket..ehehe..tp aku tau semua niat baik..aku dah lalu stage imunisasi dah..i'll be fine yah..

Thursday, October 23

Selamat pergi...



Kehadapan bintang jatuh,


Aku gembira untuk kau..demi tuhan,jujur,aku gembira untuk kau..tiada marah yang berbaki..tiada dendam yang aku kunci..juga tiada caci untuk aku maki..cuma sayu..sama sayunya seperti emak ayah yang melepaskan anaknya ke pangkuan lelaki lain yang bergelar suami..sama sayunya seperti menghantar seorang sahabat pergi ke luar negara dengan ekor mata..sayu seperti kehilangan sebahagian aku..tmungkin kerana aku terlalu kenal sudut kau..dun misunderstood..aku tak harap apa..tak harap kau balas cinta kerana itu dah lama tiada..aku dah lama menerima..fahami aku..sungguh sayu ini kerana akhirnya kau jumpa langit pelangi idaman kau..tahniah..abaikan apa jua yang aku rasa..doa aku akhirnya di makbul tuhan..terima kasih tuhan..

"is not that easy to let sumone go but to NOT let him go for the sake of his happiness kill me more"


Aku berpijak di bumi nyata..tidak pernah tidak hidup dalam fantasi yang mengharap itu ini..dan kau tau wahai bintang jatuh apakah yang terpaling bahagia untuk aku?bila mana kawan-kawan aku punya bahgia untuk diri mereka..mahu setiap kamu kamu dan kamu yang aku panggil kawan,tahu bahwa tangan,bahu,kaki telinga dan setiap inchi jasad aku akan selalu ada bila saja kamu sedih,susah atau kecewa..aku maseh di situ,sama seperti dulu..

Selamat pergi..



*aku pinjam kata Bintang jatuh ini dari wani ardy..harap dia mengerti..maaf kerana menggunakan tanpa minta..

Wednesday, October 15

Idealogist seni yang hebat

Selepas Fynn Jamal, penulis hebat di mata aku yang jatuh bawah kategori muda, cantik, moden dan bijak adalah Wani Ardy..seperti setiap tulisan mereka mampu aku fantasikan dan khayal sekejap..ok,memang aku agak feminise orangnya dan bukan sebab Fynn kawan aku lalu aku puja dia..aku kagum memang sebab bakat yang ada pada mereka..contoh idealogi fynn tentang anak naga,tentang bulan,cinta atas atap dan semuanya adalah hebat..manakala wani manes dengan idealogi bintang jatuh iaitu satu perkara yang berlaku dalam hidup kita tapi disebut dalam satu prosa kata yang lebih indah didengar..aku akan berada di hari bintang jatuh sabtu nanti..mau berkongsi gema suara bintang jatuh yang lain kerna aku juga punya kesah tentang bintang jatuh..

Mari semua..dengarkan gema mereka..ramaikan hari bintang jatuh..ayuh~

Monday, October 13

Kalau lah...haih..



Kalau lah:



Aku mc hari ni, sure aku tak langgar kete blakang..sure lampu blakang kete amer tak pecah..sure duit aku tak terbang..haih..

Aku biasa-biasakan saja, sure tak melarat sampai mintak hati..aku memang anggap kawan-kawan je..and i've told him that since he started to act lain..haih..

Aku tau tade air (camne aku nak tau..maintanence le BONGGONG tak notify awal) sure aku dah tadah air so tak yah mandi umah didie and tak yah eksiden..haih..

Aku peka and tak careless sure tak dispute one invoice tu..terang-terang la salah aku..pasni tadah leher ngaku salah sudahh..haih..

Aku tak letak barang rata-rata sure tumbdrive aku tak ilang mesti aku lega sikit sebab nyawa aku dalam tu..nyawa=lagu..haih...



Tapi setiap kalau lah ni ketentuan..sangat mengingatkan aku betapa banyak dosa aku kat Tuhan..ni baru langsai sikit..sikit sangat..besar zarah pun tidak..a knocked out for me..alhamdullillah aku tak eksiden teruk sampai mati..alhamdullillah ada kawan-kawan yg faham,yang tolong backup..

Wednesday, October 8

::Bom Jangka::

I'm fuckin' mad,yesterday..yes, I am..

::Tension
::Stress


Pertama: semalam memang benda alah system dalam PC aku ni tak boleh nak open and sebesar alam tulis kat situ "NOT BEING AUTHORIZED YET"..TL tanya aku jawab tak boleh guna..dodie saksi..dia tak puas hati suruh bukak depan dia and suddenly hari ni natang tu boleh guna dengan jayanya..depan TL lak tu..fark..TL sinis..daaaaaaaa..my fault??

Kedua: sedang kerja dan sedang trainning and i've told you i'm busy..aku tak kesah kalau siapa-siapa nak call asal aku tak busy sure aku layan but today i'm busy..fullstop..semata-mata nak tanya tu?dah la depan TL..kenapa salu take my job for granted?kenapa salu pikir kerja aku kerja mudah?arghhhhhhhhh..memang aku geram ngan ko peq..again,matang laras dengan usia..

Ketiga: aku tau aku patut emotionless pasal hal ni tapi macam menjengkelkan bila sampai kat telinga..
and as i expected,you did it..i knew whats gonna happen, next, exactly afta i saw your chicky eyes shrink small that day..yah,you did it:your lame 'analogy'..uurghhh!jijik..shuh shuh shuh..

Tuesday, September 30

I'm Singging A Lullabies Now~

Sampai sekarang sengih teringat hal hari tu..rasa dah menang sikit..pelan-pelan aku nampak riak menyesal kau..kau telan air liur..hahahaha..rasa seronok sebab memang tu je yang aku nak dari dulu:your regretfulness!nak kau rasa terpukul skit sebab buat aku macam tu dulu..tapikan aku berhak..sebab memang salah kau..siapa suruh buat aku macam tu dulu..lepas ni lagi dan lagi mau rasa seronok tu..*big grin..

Hari tu Piah(bukan nama sebenar) tanya aku:

"macam mana kalau dia nak kat kau balik?"

"hurmm..aku tak tolak jodoh Tuhan,tapi kalau boleh biarlah tidak"

Tapi usaha untuk jalan ke jodoh kita tu datang dari kita kan?dan kalau kita tidak mau maseh bolehkan?ehehehe..

Monday, September 29

::Belon Udara..Fark::




Dah gemok..


Tak suka gemok..

Muka besar tayar kete,lengan besar kaki badak,bontot lebar dulang,pipi kembung bola tenis,perot labuh pipi anjing bulldog..

Arrrrrrrrghhhhh....


Misi
Misi
Misi
Misi...



Friday, September 26

Surat Untuk AKU IV


Kehadapan AKU,


Kalau kelmarin lepas migrain cucuk-cucuk urat otak aku,tadi maghrib gastriks marhabat tertinggi pula main joget-joget kat hulu perot..adei..saket..kalau boleh cabot isi perot kemudian rendam dalam klorin kasi ilang semua asid gastriks tu dan kemudian pasang balik dah lama aku buat..masa gastriks tadi,tiba-tiba ingat mati..nauzubillah..teros pikir macam-macam..sama macam aku penah pikir dulu,masa aku mimpi bukan-bukan..aku penah terjaga dari mimpi yang mana dalam mimpi tu aku mati..ditembak tepat bahagian dahi..kemudain roh aku bangun dan teros aku tengok kat cermin kesan tembakan kat dahi tu..masa pandang cermin tu,perkara pertama yang aku fikir "macam mana nak bagitau mama yang aku dah mati?"..sambil nangis aku teros cari jalan pulang kerumah..sampai kat umah,aku nampak mama..tengah duduk kat sofa gelak-gelak tengok tv dengan adik-adik..derang tak nampak aku..aku cuma mampu berdiri sambil menangis..mimpi aku mati kat situ..terjaga dan aku terus teresak-esak..mati tu memang sudah di kitab Tuhan untuk semua manusia tapi aku mintak sangat kat Tuhan kalau sungguh mau ditarik hujung nyawa aku biarlah masa tu aku dah bagi apa yang aku janji kat mama..

Tapi kau pelik tak AKU?tak pernah walau sekali pun aku termimpi ayah..kenapa ek?

Yang benar,
Gades

Thursday, September 25



"nadi berdegup laju..

untuk setiap waktu,untuk setiap hidu..
dan nafas yang rancak menari,penat berhenti..
setiap kosong yang menghuni, kalah untuk aku nafi..

jomblo..

kejikan aku kerna lemah tapi sahara tandus itu,aku tak minta.."

Kuasa Voltran!

Maaf..

Aku manusia biasa..bodoh banggang tu tetap ada..tetapi untuk terusan jadi banggang adalah bengap namanya..aku mungkin tak tahu tapi aku tak jahil..membaca hati kau seperti membaca tulisan manusia apocalypto di dinding gua..rumit..pening..sejengkal aku akan fikir kau pasti mau begini..tapi melangkah ke dua jengkal,aku berenti sebab aku rasa kau mau yang macam tu pula..main api memang seronok..uuhhh!adventure..konon-konon hebat..rasa jauh lagi dan yakin tak kan melecur..tapi kalau dah marak,jangan kata nak lari,kau nak bernafas sehembus pun tak sempat..sama juga macam main bunga api..mula-mula rasa seronok..bunga api warna warni,bakar-bakar sambil nyanyi-nyanyi..tapi kalau dah seronok tak kalih kiri kanan,tangan kau hilang terus kudung..

Haih..lenguh kejap..lenguh pukul kuih bahulu dalam mangkok pun tak sepenat ni..tu la,bila orang tua-tua cakap tak nak dengar..dah kata jangan tapi kau buat juga..baik sesama manusia memang dituntut Tuhan tapi kalau dah sampai teburai isi otak kena hayun kat palang konkrit,
maseh senyum?

"tak apa..tangan yang memberi tu lebih baik dari yang menerimakan?"

Ha'ah..iya lah..falsafah tu memang la mulia..pahala segunung pun kau boleh dapat tapi bukan untuk selalu menjadi yang memberi..nanti orang yang menerima tu tak reti nak berusaha..seronok selesa disuap..agama menyuruh kita tawakal seiring dengan usaha..tololll..

Aku cuma nak kau tau yang aku tak minat dah nak memberi..dah tak minat nak baca tulisan sanskrit kau yang belit-belit..migrain..nanti aku kene telan voltran lagi..kawan aku cakap pil tahan sakit akan hanya digest lepas 4 tahun..so,kalau aku kene telan voltran tiap kali baca tulisan sanskrit kau,potensi untuk aku cacat terencat adalah lebih tinggi dari kau..ah!tak nak ah!!..kenapa perlu selalu aku?gila!mencegah lebih baik dari mengubati..so,sebelum aku cacat terencat atau mungkin kali bakal di jangkiti siflis,better for me to stop..hidup mati di tangan Tuhan tapi Tuhan tak suruh kita cari mati tu..sudip untuk raya yang mama pesan pun aku tak sempat beli lagi..


Hurmmm..berapa batang sudip mama pesan beli hari tu ek?

...... ......hurmmm....urghhhh... ......

Haa!!tengok!!kesan voltran tu dah buat aku jadi pelupa..kan dah cakap..

Wednesday, September 24

::Babi Yang Comel::



Dulu,aku gemok..lebih gemok dari babi dalam filem Babe..dulu jugak aku duduk dengan wan aku..teman dia..jadi pengiring dia mana pergi tapi sampai sudah abang aku juga kesayangan..sampai aku kene terajang pun maseh juga wan aku cakap aku dengki dengan abang..ahahahaha..kelakar sampai nak pecah anak tekak gelak..dengki???definasi dengki kat aku kalau sudahnya belikat aku di kakikan abang..haih..dengki sangat la aku tu..masa duduk jadi sida-sida untuk wan dulu,puas aku di kawal makan..wan cakap buruk kalau gemok..ala,aku tau,yang sebenarnye dia malu kalau ada cucu gemok macam aku..dan lagi malu kalau aku tak laku..sampai satu masa,wan yang akan senduk nasi untuk aku..sesenduk untuk setiap kali makan..terasa macam kat kantin penjara..tapi aku ni kan manusia degil segunung..makin ditegah makin kuat lagi aku nak buat..rebel..seronok..even wan kawal makan aku,aku tambah kilo 10 dalam badan..sori wan,krusus pengurusan badan wan tak menjadi..maafkan eja..


Masuk UiTM Arau,berat badan aku tambah lagi muatan..74kg..uhhh..kalah gemok lembu kat sawah..asrama jauh dari kelas..menapak tangga yang macam batu caves pun tak jugak kurus..kemudian badan makin menjadi-jadi lebih muatan masa kat puncak..tapi ada hati nak mengeletis..berangan punya boyfriend..letak gamba kat frenster belah muka..bila jumpa aku mengelak sebab takot budak laki tu pitam jumpa aku yang real..sampai satu hari....

Udani carpet:"asal aku asik nampak budak gemok jek yang lalu lalang depan kita ni?bosan ah"
(gelak)

Panas hati campur geram campur dendam..sebulan..aku itu ini,hilang 10kg..rasa bangga..jalan hulu hilir hidung kembang sampan..bulan berikut aku mula rasa tak sedap badan..perut menyucuk-nyucuk,kepala macam nak blotted..periksa doktor,aku ada gastriks pakej dengan migrain sebab drastic and non healthy diet..uhhh..who cares??maseh tak serik..masa tu otak fikir nak kurus,nak cantik,nak dipandang..semata-mata mau puas orang..

Udani carpet:"eh!tu bukan fatin??"

Kenapa perlu puaskan hati orang kalau penuh tapak kau bagi tapi setengah tapak pun belum tentu berbalas?dan kenapa perlu ikut telunjuk kalau hati palang besar?

Buat bila rasa nak buat..tak perlu nokhtah orang lain untuk tau betul salah kau..dan tiba-tiba teringat cakap kawan aku.."dia duduk dengan boyfriend dia sekarang..now its a trend..tak KL la kalau tak buat macam tu"..biggie L for LOSER and biggie P for POSSER to you mista..cakap tak guna otak..marah betul aku..

Kesimpulan:hati orang tak akan terpuas sampai bila pun..buat saja apa yang rasa nak terbuat..janji penuh batas..masalah?tanggung sendiri..who cares kalau orang tak boleh nak terima asap kepul kat mulut and who even dem cares kalau orang tak boleh nak terima kenyataan aku lebih ramai kawan homoseksual dari hetroseksual..sekurang kurangnya diaorang kawan masa nangis..kau?

Surat Untuk AKU III

Hey AKU,

Kabar?uhhh..migrain?shit!aku pun benci bila migrain..rasa macam nak hantuk kepala kat mesin fotostat..pastu fotokopi kepala yang terkoyak berdarah-darah tu supaya nak tau tahap sakit migrain kepala aku..hari ni rezeki murah..alhamdullillah..kerja malam serunut..pejam celik pejam celik dah seminggu..pejam celik pejam celik lagi dah sebulan..uhhhhh..h e a v e n..bila dah kerja ni macam-macam plan dalam kepala..hurmm..plan yang pertama:mau ke Bandung bulan 12 nanti..amacam?*sengih..jom jom..siapa yang mau join..mari..

Ohohoo..saket lagi migrain?kasehan..ok,mari makan voltran..cepat baik..


Yang Benar,
Gades