Monday, December 21

Tebus Salah..



Aku rendu bila dia tarik telinga aku tatkala aku degil dan bebel bila aku gigih buat benda yang dia larang..juga rendu bila bait-bait nasehat dia yang ala-ala 'marah tapi sayang' itu dihambur pada aku..aku akan gelak sambil hembus nafas lega kerana hanya dia yang setakat ini mampu 'membasuh' perangai-perangai bodoh aku..

Dia doktor,
Dia jururawat,
Dia medikasi,
Dia famili,
Dia dah macam sebahagian isi..


'saya, kalaulah ada perca2 yang saya ada layaknya utk nasihat, inilah dia:

kadang2 kita kuat tak bertempat.
kadang2, tak salah kalau kita tunjuk lemah sedikit.

tapi tak apa.
sekarang mungkin belum sampai jiwa nak buat itu semua.
nanti bila dah hendak, bukalah jiwa tu ye..?

kesian, tin...
kesian orang yang duduk sebelah kita.

kadang2 kita hukum orang yang salah.
pengalaman kita dengan orang, buat kita hukum orang yang tidak ada kena-mengena pun dengan pengalaman kita.

kamu nampak father figure yang begitu, kamu dapat bekas kekasih yang begitu,
kamu rasa kamu perlu pakai cengkerang keras untuk tutup hati span kamu'


Dari awal aku sudah tak rasa adil..kadang-kadang untuk khilaf yang kecil aku terus membuang..hina kan aku? cengkerang tu dah terlalu lama kat hati span aku kak.. berlumut..hampir jadi isi..


*mungkin sempena maal hijrah ini aku harus punya iktizam 'buang jauh-jauh' cengkerang berlumut tu..



Sunday, December 20

Miss Paranoia 2009

Paranoid personality disorder:

'is a psychiatric diagnosis characterized by paranoia and a pervasive, long-standing suspiciousness and generalized mistrust of others. Those with the condition are hypersensitive, are easily slighted, and habitually relate to the world by vigilant scanning of the environment for clues or suggestions to validate their prejudicial ideas or biases. They tend to be guarded and suspicious and have quite constricted emotional lives. Their incapacity for meaningful emotional involvement and the general pattern of isolated withdrawal often lend a quality of schizoid isolation to their life experience.'



Terima kaseh untuk anda, anda dan anda, yang dulu-dulu singgah, ludah pijak lempar hati aku sampai pecah, kemudian buat tak endah, pergi, berambos tinggalkan satu calar pada aku yang sampai sekarang maseh terkesan..dan

Calar tu namanya PARANOID!




otak tengah mencarutmengarutmelalut sambil aku sedang membina hati takut-takut runtuh lagi..



Monday, December 14

Ulam Jantung Cicah Lumpur~




Saya sedang cari buku bertajuk:


'500 ways to be a greater ignorance'





Sunday, December 13

Hot and Cold



Ya,

Saya seorang yang peranoid..fobia, pessimistic, complicated..eventhough saya banyak sifat negatif yang melibatkan pemikiran panjang, tapi saya maseh ada few sifat positif..antara yang BESAR adalah, setia..mama saya contoh sang setia yang paling baik..saya rasa saya waris sifat ni dari dia dan saya bangga..mama jugak tak penah ajar saya untuk meminta-minta hak orang atau cuba merebut sesuatu yang lahiriahnya bukan atas nama kita..jadi saya memang tak akan pegang sesuatu yang ada tanda 'don't touch, once broken consider sold'..cuma saya tak faham kenapa maseh ada yang tak reti bahasa..maseh juga mau 'tanya' pada barang yang dah terang-terang tertera SOLD..haih..

Sekali lagi saya tekankan; saya paranoid orangnya..pengalaman lepas banyak dah menggigit ulu jantung saya..saket..jadi saya tak nak terjebak dah dengan usaha 'menggigit lebih banyak lagi ulu hati'..usia pon dah tua..bakal 25 jadi tak minat dah nak main 'hide and seek' because i will very sick..


Dan sekali dua saya tekankan; saya pessimistic..tapi maseh rasional..cuma jika tanda-tanda kekhilafan tu sudah nampak, saya jadi mudah kecewa..seperti sekarang; saya sedang kecewa..nak luah takut dipandang 'tah apa-apa' tapi sekali tiga saya tekankan; saya sedang kecewa..seperti ada aktiviti yang sedang dijalankan tanpa tahu saya..haih..sekali lagikah?saya tak rasa 'pihak pencadang' saja yang berhujah..tentu-tentu 'pihak pembakang' ligat membidas kan?kan?it takes two to tango..haih..tak mengapa..saya siap sedia 'benteng' tinggi-tinggi dan tebal kali ini..silakan redah..I'm ready bebeh..

Nasik Minyak~




Penat..

Nabila dah kawen..orang yang kata 'aku career woman', 'aku kawen last antara korang' akhirnya dia yang dulu dari kami..tadi aku,iwan,wanie dan sara main tali lat tali tamplom dan irwan bakal menyusul nampaknya..cuma sama siapa aku kompius..ahahahaha..

Semua dok tanya aku bila..ahahahahahaha..aku tamo cakap dah lagi 7 tahun sebab takut jadi macam Biel..nanti kene tulah kawen awal mampui..ngeeeeeeee..so diam saja sudah..nak kawen pon tak tau bila..sama siapa juga maseh kabur..aku sendiri sedang kompleks dengan macam-macam 'rasa tak sedap hati' sekarang ni..lagi mau fikir tentang kawen?mungkin muda lagi kot..=)..sampai jodoh Tuhan nanti ada la tu..mana tau tiba-tiba ai kawen dengan Fahrin Ahmad ke kan??who knows..lahlahlahlah..

Monday, December 7

Oh!road trip..you are so kiknky..




Dah lama tak travel..pingin..rendu..konvoi ramai-ramai, menggila dalam kereta kemudian tangkap gamba sampai lekit..dulu kecy rajen trave-trlavel..tapi sekarang.............


Hujung minggu lepas aku ke lumut..yatt dan puyell kawen..dah kawen dah derang..huhuhu..tapi perangai gila-gila masehhhhhhhhhhh..ahahahha..had so much fun..berbaloi-baloi!sampai saket ni ha badan aku hari ni..hambek!!on the way balik konvoi 3 kereta dan sume cam setan main lumba-lumba..ahahahhaha..tapi aku sangat hepi..huhuhuhu..so nah sila jamu mata..antara snap-snap yang aku curi dari udey..ehehhehe..

Monday, November 30

Meri Me Twice Beutiful Guy..pelisssssssss..



I'm in love for second time!!yes i do..and this time with a red Indian guy..aaaaaaaaa..tolonggg!!sedang angau..call me cliche, i don't fucking care..he just soo..aaaaaa..soo 'man' , sangat gagah..tan skin tone, split chin, buff body shape, cloudy eyes..aaaaaaaaa..kalau bawak jumpa mak bapak pon sumpah menantu pilihan..aaaaaaaaaa..rasa macam nak print gamba dia banyak-banyak dan tampal satu bilik dan kereta..dan rasa nak colik, ikat dan letak dalam umah..balik keje stress teros hilang nampak muka dia kan?kan?aaa..malam ni ai berazam nak mimpi dia banyak-banyak..sebab ai sedau tak kan dapat pon dia so cuit-cuit dalam mimpi sudah..muahahaha..bye!!off to bed..eh!i mean off to dating, with Incik Jacob..hikhikhik..


meet my sayang, Incik Jacob..ngeeeeeeeeeeeee..


*maaf, hormon testosterone sedang mengedik..muahahhahahaha..oh,Jacob!!


Sunday, November 22

Take it..have it all..i don't mind..



Alolololo..sooo suwitttt..konon-konon comel abissssssssssss la tu?ah ha ha ha..you shud see my fake laugh now..ah ha ha ha ha..I'm still with my fake laugh and will continuously laugh..ah ha ha ha ha..


Saturday, November 21

Eyes wide shut!




Am i just being out of my mind or this instinct is just dem right to believe? It's 3 a.m and im still awake, hanya kerana memikirkan sesuatu yang entahkan tidak..bijak incik setan memanipulasi hati rasa saya dan saya si bodo yang terbawa-bawa dengan hembus mulus incik setan..tahniah!


Urghhh..kamon faten..get over it!tido tido tido..

Tuesday, November 10

Al-kesah sang kancil dan gajahh.......




Tersebut al-kesah, sang kancil dengan gajah, yang tinggal disebuah, negeri cendawan bak kata ipah, yang keadaanya semakin parah, serta kebanyakan perangai manusia disana makin sampah, sampai buat kami-kami menyampah, juga nak termuntah..


Kawan-kawan makin hilang, ramai yang pilih jadi lalang, tinggal beberapa kerat yang maseh pegang, pada janji dan sifat-sifat yang dulu-dulu sudah dibincang, walau pelbagai dugaan mendatang, beberapa kerat maseh mahu berjuang, menegak rasa dan hak yang di tatang..

Namun tetap lah jua kancil tidak akan menang, sebab terlampau ramai gajah yang halang, mula seorang yang datang, lama-lama penuh satu gelanggang, abis kami-kami si kancil pincang, kena gelek dan ganyang..

Setalah sakit jiwa dan raga, hati juga duka dan lara, maka surrender la kancil dengan yang berkuasa, tak mampu nak kata apa-apa, maka nak tak nak di ikutkan jua, walau hati sangat tak rela..

*haih..patik dah pesan jangan di lawan sang derian..go with the flow bebeh..go with the flow..


Monday, November 9

Mulai hari ni aku boikot derian..huh!



Moral of the stori:


'Timun memang tak kan menang dengan derian'
'Manusia dari kalangan estet tu akan selalu jadi si pemutar alam'

'Terlalu jujur dan lantang makan diri'


Sekian terima kaseh~

Friday, November 6

Macccaaamm-macammm..




Berlari..tersungkur..melecet....................................
luka..berdarah..menangis..meraung..merajuk..kene pujuk..
.....................................................................degil bengap bahalol sombong bodoh..esak-esak..senyap..senyum......................gelak..



Hidup memang perlu macam ni..perlu macam-macam..baru fun..baru asam& garam..macam hidup aku sekarang..sedang macam-mcam..tarik nafas keluh hembus nafas tarik balik hembus lega..

Sunday, October 25

Harga hobi ai bukan lima posen ok!




Mempunyai hobi suka menonton filem bukan sesuatu yang biasa atau remeh ye tuan-tuan dan puan-puan..


Pada aku, menontong wayang sama macam mentelaah buku..bezanya filem setiap tajuk berbeza dan lebih fun!ehehhehehe..sape kata menonton filem membazir waktu, tak berfaedah? tiap filem ada indikasi dan mesej tertentu yang nak di sampai kan..dan banyak perkara atau fakta yang kau tak suka baca dari buku or wikipedia boleh kau belajar dari sebuah filem..

Sekarang juga sudah banyak filem adaptasi dari true story..filem-filem epik adaptasi sejarah dunia..kan banyak? itu bukan menonton sambil belajar namanya? mana celah tak berfaedahnya..kita, manusia ni, kebanyakannya, tendesi untuk ingat sesuatu peristiwa atau benda adalah melalui penceritaan..sebab itu mak-mak,nenek-nenek semua suka layan drama dan telenovela..

Itulah, kadang-kadang bila orang dengar hiburan jek semua tak berfaedah..first impression is normal but jugde a book by it's cover forver is not healthy verry the u olls..tak kenal maka tak cinta..aku bercakap tentang hobi menonton filem..ada baiknya satu dua kat situ tapi kalau bercakap tentang inti sesebuah filem, lebih-lebih lagi filem Malaysia panjang bejelor ler jawabnye..ngeeeeeeeeeeee..

Dan, aku rasa, hobi menonton filem aku ni jangan disalah simpangkan..memang kita dah lama tak jumpa tapi mengajak ai keluar tengok wayang tatapi mempunyai agenda jijik adalah tak baik tau u olls..cenggini le, aku rasa, daripada kau menduakan isteri kau yang cantik setia menunggu kau kat rumah dengan mesej rendu kat aku, baik la kiranya kau berjinak-jinak dengan hobi menonton filem ni..haaaaaa, kalau kau rasa gersang kerana isteri kau jauh disana nun, sila tengok filem porn..filem jugak tu..bukan dengan cara cari aku dan cakap bukan-bukan ye sayang..zaman jahil kita dulu-dulu sudah abis..finito!full stop!dan masa zaman jahil tu kau dan aku masing-masing single..tapi sekarang kau sudah punya isteri dan aku sudah ada komitmen lain..so noted dalam otak kau sekarang!shuh shuh shuh..dah berambus!


Wednesday, October 21

Ye saya memang tak bijak..Tak apa..



Minggu ni sangat macam-macam..


Tangan Shafiq kene 3 jahitan..kete aku kene 'rogol'..dan one to one conversation bersama 'ahli majlis tertinggi' HSI yang penuh dramatik lagi politik..

Tak terkata..

Decision aku untuk berhenti penuh controversy..hati memang dah bulat dan tak mampu tukar jadi empat segi..tapi bila kawan-kawan keliling yang kata jangan pergi, hati bulat tadi jadi bujur kejap..haih..terganggugugat..

Bijak ke keputusan aku?

Kadang-kadang aku rasa aku terlampau ikut hati..ramai yang tak setuju aku buat macam ni..tapi kalau difikir semula aku rasa ini yang terbaik..hidup kena berubah..dan untuk berubah kaki jangan goyah, kene pandai redah..masa depan tak kan terbentuk kalau kita sendiri tak cuba ubah..aku maseh muda kan?hurmm..falsampah orang yang tak berapa bijak macam aku hanya sesuai untuk aku..=)

Mungkin rezeki yang akan datang tak sehebat sekarang..mungkin juga lebih baik..kita tak penah tahu..aku yakin Tuhan tebarkan dunia yang luas ini dengan rezeki penuh setiap penjuru..cuma kita..kita yang perlu pandai teroka..aku tak kata aku yang pandai tu dan aku tak kata aku paling bijak dengan keputusan yang begini..semua ayat penyedap hati je ni..tak apa..

Somehow, i still believe with this instinct..with this decision..aku tak mintak orang kat luar sana setuju dengan aku..support?it's ok..aku tak mintak..tak apa kalau ada yang tak mau dan tak percaya..

Aku mau keluar dari kempompong 'tak berani mencuba'..the fact that people always said I'm a dependent person, ngilu jugak..kecik hati..lagi-lagi yang dekat-dekat juga pandang aku kurang bijak serba serbi..ahahaha..tak apa..

Kalau mama ada, pasti dia kata 'terpulang angah..buat mana yang rasa elok, baik untuk angah..mama tak mau paksa'..wanita jelita tu selalu ada percaya untuk aku..itu sudah cukup..=)

Tak apa la kalau aku tak bijak dimata sesiapa..tak apa la kalau aku tak knowledgeable dimata dunia..tak apa la kalau aku bimbo merata..I dun give a damn..

Dan kalau kerana setiap entri aku ditulis dalam bahasa ibunda dan bukan bahasa antarabangsa aku di fikir tak bijak mana, tak apa..yeah yeah yeah..I sound stupid when i speak in English..or i sound stupid in both language? tak apa..

Untuk kawan-kawan yang kiri kanan hulur bantuan, terima kaseh..dan untuk kawan-kawan IBM, maaf..aku yang tak berapa bijak ni selalu susahkan korang..maaf jugak aku
yang tak berapa bijak ni buat keputusan begini..mungkin rezeki aku bukan kat sini..=)

*Untuk Say, thanks for fight for my right sampai tak memasal u pon terlibat..buat Nurul, aku hantar application PERKESO tu nanti, janji..ehehehehe..Dewi, thanks sayang tenangkan aku selalu..Ipah, jangan sedih-sedih..we go karok-karok together-gether k? Maz, selamat menjadi wanita besi..Dodie juga..=)..Fer, soon people will recognize you and itu jek yang aku mampu buat..Peh, aku majok lagi ngan ko..mencikkk!!tapi aku doakan ko dapat apa yang kau mau tu..i have faith on you..=)..Liya, you'll be the great senior, i can see that..and Megat, ko jangan banyak memain..ngeeeeeee..

macam wasiat sudah..muahahahahaha..


Tak apa..mari bermula semula..=)


Monday, October 12

::My 2nd Best Guy::




To be fair my dear 2nd best friend, this entry is for you..=)


Kau buat aku rasa best kejap bila kau dengan berani mati post wall at FB and put comment on blog, saying that you jealous on me and my incik lesung..


muahahhahahaha..


Aku rasa macam nak kepit kau kat pintu peti ais..bengong..ahahahahaha..comel..^-^..sebab kau berani..niway thanks Peh..i know why u feel like that..kau pernah cakap something like kau memang akan terasa 'lain' kalau salah seorang kawan perempuan kau yang rapat dengan kau tiba-tiba kawen or belong to some one else..

Mulanya aku tamau post this entri sebab aku tau kau akan kembang buntut..yes you do..but thinking of the sweet and braveness things that you just did, mari aku jadi adil:entri for you..=)..Tamau jealous sama aku or incik lesung lagi ok sebab, yes you're my 2nd best guy but by a very close margin..beza tak kurang ok..

And i know lately kau tengah ada di fasa serabut..kau kan jenis cekal hati?don't give up Peah..eh..i mean Peh..=p..you can do it..i know..i have faith on you..chayok!!


*kami-kami kan ada?lupa?meh nak luku skit pale nuh..caiss..




Thursday, October 8

Izrail yang makin hampir..


Semenjak dua ni, aku terasa pintu kematian macam seinchi je dengan aku..


Dengan keadaan dunia yang makin haru dan pemergian insan kesayangan setiap kawan-kawan, aku jadi takut, sungul, sedih..ye aku tau yang mati itu 'mesti' tapi tanda-tanda yang jadi seperti amaran..seakan katanya 'Hey Fatin, u're next!'..seakan Izrail sudah hampir..dengan aku yang dosa maseh bertimbun tak tertebus, ada sesal berjilid juta aku rasa sekarang..

Usai waktu zohor tadi, ayah Maz kembali di ambil Tuhan..Al-Fatihah..entah kenapa, semenjak dari dari hari ayah Dodie meninggal, aku terasa sedih sangat..bila baca yassin aku yang terlebih sayu..aku tau rasanya bila
kita kehilangan mak ayah..dan kehilangan setiap kawan-kawan aku seperti urutan..ayah Aima selepas ayah Dodie..dan terus Maz..mama aku yang terdahulu awal tahun lalu..

Umur makin nginjak tua..tapi perangai makin tah pape..haih..

Cakap je tapi tak berubah sama jugak Faten..

Haih..

Monday, October 5

*Entri gedik:it's getting worse..


Saya tak tau kenapa tapi nak juga tulis entri ni..pada yang kenal, setahun sekali jarang saya gedik macam ni..pada yang tak kenal, sila saja anggap apa-apa..nak jugak tulis entri ni supaya satu hari nanti kalau kita maseh bersama, biar kejang pipi kita sama-sama senyum dan baca..dan kalau kita tak sampai mana-mana, saya mau kata yang saya tak pernah menyesal jatuh cinta..sama awak..
Awak buat hari-hari saya manes..macam kunyah chewing gum dentin perisa epal..makin lama kunyah makin sedap dan manis..buat saya jatuh cinta lagi..hari-hari..saya tak pernah rasa jatuh cinta pelik macam ni..maksud saya,
  • kalau dulu, saya gado 3 hari kemudian baru bertegur sapa..tapi yang pasti saya takkan mula..ye saya ego, memang ngada..
  • kalau dulu, saya akan cepat marah dan kecik hati sebab selalu tak puas hati..pastu mulut penuh maki..
  • kalau dulu, saya cepat prasangka..tapi tak cakap cuma masam muka..
  • kalau dulu, saya rasa tak dihargai..hari-hari makan hati..
Tapi sama awak:

  • alhamdullillah..maseh elok tak gado..dan ego saya makin runtun tiap kali sama awak..
  • mungkin sekali dua saya kecik hati tapi tak lama, kemudian lupa..tapi yang pasti tak perlu 3 hari..3 min saya dah senyum sampai pipi..
  • prasangka?memang tak ada..sebab terlalu percaya..bunyi macam buta tapi lantak, memang saya yakin awak selalu ada..
  • ye saya semakin mengada sebab awak bagi betis dan sekarang saya mau peha..muahahaha..tatang saya macam bayi lagi..lalalalala..
Saya nak awak tahu, awak lelaki romantik dan jujur pernah saya jumpa..jakun kejap mula-mula dulu sebab dari kecik sampai besar keliling saya lelaki besi..semua keras macam kelikir..manipulasi besar janji-janji kosong dan penipu darat..

Saya tak pernah rasa ada orang yang betul-betul cinta..betul-betul suka..yang cakap saya cantik walau muka saya dah lebar bulatan Pahang..yang cakap saya jangan diet walau perut dah gelebeh pipi bulldog..yang suka tak kira saya pakai apa..yang gigih jugak keluar dengan saya walau muscle koyak..dan terpaling, yang sudi jumpa mama, sedekah yassin dan Al-fatihah sambil teman saya seharian dikubur..^-^..
One more thing!pelissss..jangan berenti senyum nampak lesung nuh..saya cair totak tiap kali awak awak buat macam tu..=p

Incik awak, saya nak awak tau saya jatuh cinta lagi..kali ni lebih parah sebab hari-hari..sama seperti mula-mula dulu..ya saya tau awak guna bomoh siam perut hijau tapi tak kesah..saya rela..muahahaha..


*i wanna grow old with u..>_<


Tuesday, September 29

Wishes Tree



Thousand of wishes but only one will come true..


............ONLY if you have faith on it.. BUT, to put faith on that one wish pon, penatnya sama macam membajak 5 ekar sawah..bermain sama hati dan perasaan lebih menguji minda dari main scrabble..

or sudoku..
or monopoly..
or or or..

Even though it's tiring, and knowing it just a hope, people still plow their wishes every single day..and cross their fingers that one of the wishes will fall on their lap..

Tapi ironi selalu berlaku:wishes si polan jatuh ke riba kita dan yang kita punya pula melekat kat si polan..AND things that we wish 100 times better than si polan..

=)

What says yuh?


Sunday, September 27

Obsesi



Aku...
Kebelakangan ni...
Makin...
OBSESI sama awan dan langit..kagum tenang nyaman dan gembira..










Cantek, kacak, jelita, muda dan gagah..tak ada yang lebih indah~

Tuesday, September 22

Kronologi Raya Edan~



Raya Pertama:


Solat sunat raya di Masjid Simpang Empat..berdepanan kawasan kubur mama..jujurnya, pertama kali ke solat sunat raya..dan aku lost..jahilnya aku?budak besaq 5 taun pon boleh buat..mana hilang ilmu ngaji skolah agama dulu Faten?

*sungul..

Usai solat, ziarah mama..rasa mau habiskan hari memeluk nisan..
...................rendu..

Dari kubur terus keumah wan..pelok ciom maaf-maafan..tiba giliran aku, drama ala-ala sedih Rashid Sibir pon mula..tengah dok sok sek sok sek nangis tiba-tiba wan aku elok dok cakap:


'eja,kalau ada yang bekenan terima ja laa..tapi biar la orang yang paham kamu..yang terima kamu seadanya..yang bertanggungjawab(ini refer pada ayah aku sbenanya) dan cepat-cepat la kawen'


Kawen??lagi??ahahahhahahahaha..wan sangatttttttt!dalam keadaan sedih camtu sempat cakap pasal kawen..masuk ni dah patplohpat kali dah dok soh aku kawen..nenek ai memang funny..huhuhuhu..

Terus, keumah wan belah ayah..yeah!nenek aku yang satu ni memang sporting..aku panggil 'wan hawt hawt kewl'..kaki wrestling, makan KFC dan pau saja rokok anak-anak..ehehehe..cakap tamil pandai, cakap Jawa lagi la unggul sebab memang Jawa, cakap inglish pon boleh..tapi 'i lebiu' je la yang dia tau reply..ahahaha..the mostttt,dia tak penah sebok tanya bila aku mo kawen..huhuhuhu..tiba-tiba, sekilas aku seakan nampak kelibat wanita jelita yang selalu didapur bancuh air dan tolong makyong memamasak..yang selalu suaranya sampai ke umah makitam depan umah..yang selalu jerit nyaring panggil makngah sebelah umah..

sesaat semua bayang hilang..kelibat wanita jelita tiada..

...................lain betol rasa raya tahun ni..
haih..wekap faten..

Dan Hari Raya Pertama aku habis sisa dengan takung air basi berulam taik mata..bangun untuk makan, cirit seround dua dan kemabli tidoq!heaven..ngeeeeeeee..

Raya Kedua:

Sarapan di mamak dan teros keumah wan hawt hawt kewl lagi..kali sebab makyong dan sebahagian adik beradik ayah sudah pulang..umah wan hawt hawt kewl akan lagi meriah..ketiak aku akan makin basah sebab memang tak menang tangan..sepupu sepipit belah Banting semua datang..ala-ala perhimpunan Jowok-jowok kata lesung..^-^..sebelah malam sudah agak lengang..kami sepupu sepipit pakat tengok wayang..G-Force bebeh!tapi cerita cam haram..tak besh!here are a snap shot from jalang-jalang wayang:



Raya Ketiga:

Bangun tidoq agak telat..mata pedih kena matahri baru bangun..ehhehehehe..malam nanti aku sudah mula kerja..aaaaaaa..malas!kaki teros ke dapur tolong makyong masak..katanya ada bergerombol-gerombolan bakal datang..aaaaaaaaaaaaaaaaa..basah ketiak lagi..tak apa la..tetamu yang ada umah adalah rezeki tuan umah..lagi pon tentu-tentu sedara mara aku ramai sebab wan hawt hawt kewl aku nuh kawen dua..separuh hari pegang sudip belanga..lepas Zohor mintak pulang sebab aku mau rehat..malam nanti tak pasal pedon depan pc..pulang umah dan aku macam orang tengah perang:tido dengan dengkur yang kuat..huahuahua..


Kronologi raya aku bunyi seperti sama tapi sumpah lain yang amat..wanita jelita tu....
aku rendu..