Wednesday, December 1

Just yesterday..




I slept in tears  yesterday..

Semua terusan menghimpit dari arah berbeza..the pressure is like a friends of  thorns that falls from hell..and yesterday too, semua beban datang dalam keadaan rawak yang secara beramai-ramai mengerumun..

..but it was yesterday..

Today..

when the thorns almost reach the spine, suddenly a miracle happened...

yeah..i always believe and became absolutely sure that everything happen for a reason..i've been there..just yesterday..

Friday, October 22

Neva eva..


Aku tak pernah kacau hidup orang lain.....

Tak pernah usik teman lelaki orang lain,
Tak pernah bawak mulut cerita buruk orang lain,
Tak pernah terfikir nak busuk hati bersaing dengan orang lain,
Tak pernah rasa nak tunjuk bagos mendabik dada,
Tak pernah dengkikan sesiapa secara sarius negatif atas kelebihan mereka,
Tak pernah hasut orang lain supaya benci apa yang aku benci...

sebab pada aku..

Tak perlu direbutkan jodoh yang Tuhan dah tetapkan..aku lebih gemar 'back off' andai tahu dia someones' belonging..dan aku memang akan undur diri andai tahu hati dia tidak pada aku lagi..aku memang tak suka berebut..

Kita semua punya kurang diri..aku sendiri terlalu banyak..buat apa mau dicanang satu dunia perihal orang sedang diri sendiri kencingnya maseh serong..bukan cara aku juga menjadi cik bedah menyelak dalam kain orang lain dan filem kan pada satu dunia..

Persaingan sihat itu nikmat..cuma tersiratnya aku tak akan pernah pakai bomoh dan jatuhkan orang lain..shaman???sooo not in trend ok u olls..budak otak suku jek yang main bomoh-bomoh ni..

,aku  tak hebat mana pon..jadi bila masanya aku mendabik dada?

Setiap manusia, yang Tuhan jadikan dengan kelebihan-kelebihan tertentu pasti ada sebabnya..mungkin aku tak kaya, tapi aku ada keluarga yang hebat, kekaseh hati yang sempurna..kalau aku dengkikan kelebihan orang lain sama seperti aku bencikan ciptaan Tuhan..dan aku tak gila untuk benci apa yang Tuhan dah cipta..sebab Dia maka adanya aku..

Apa yang terjadi itu antara aku dan manusia-manusia..tak ada kaitan dengan yang lain..timbang rasa, rasional perlu ada..kenapa mau ditambah manusia pembenci kalau cukup ada aku yang seorang ni..


Friday, October 15

..and i remember..



I still remember the 1st time we met..kau sangat penyegan..diam tak banyak cakap..masa tu kau dengan Kareem..kita lepak pelita ampang lepas abis event kat annex..

Lepas dari hari tu baru aku tau 'agenda' kau..ahahahaha..sebab lepas dari hari tu kita selalu borak di maya..most of the time bila aku on air, kau di Jerman dengarkan aku  online..segan siot!ahahaha..
 
Kau antara manusia hebat yang aku kenal Topek..kau bijak, photographer yang hebat pernah aku kenal and the most, kau selalu jadi badut masa-masa aku sedih..dan aku selalu susahkan telinga kau dengan cerita love life aku dengan a** yang tak sudah-sudah..ehehehe..

Kau sangat baik..sangat baik Topek..sebaik-baik manusia yang pernah aku kenal..dan sebab tu aku cakap 'satu hari nanti kau akan jumpa gadis sebaik kau yang layak sedamping dengan kau'..and yes, you did..sheda is the one..good things always come last..remember?

Walau aku tak pernah kenal sheda setentang mata dan mungkin aku tak kenal kau serapat sahabat, tapi saat-saat kau ada masa aku perlu terlalu besar untuk tak terkesan kat hati aku, Topek..

Aku hutang satu janji dengan kau..dulu masa kau di Jerman, aku penah janji mau sambut kau di airport bila kau pulang Malaysia..tapi tak kesampaian janji aku tu sebab kau cakap mak ayah kau ambik..;)

Cepat sembuh Topek..jangan buat sheda sedih..mak ayah kau sedih..fad dan kareem..dan juga aku..kami semua sayang kau..cepat sembuh..aku janji kali ni aku sambut kau keluar dari hospital..

Kareem cakap sheda sangat tabah..jadi kau juga kena tabah macam mana dia selalu pegang erat tangan kau pada hari-hari kau gering..

Aku akan doa hari-hari pada Tuhan..minta Tuhan cepat-cepat sembuhkan kau..ok?




Monday, October 11

Nepenthe..


Last check in/out    : 31st August 2010

Today                     :12th October 2010



Woah!lamaa..

Banyak nak tulis tapi everytime nak ketuk blog, lost  'appetite' to write anything..banyak benda come and go, happened dan tak kurang ada sesetengah life progress changed dramatically..tapi aku?

Lame shame..

Sebab tu selera nak menulis lari..tak mau la asik cerita basi nak kongsi..aku sendiri nak muntah asik cerita dan baca pasal things happen kat skola, isu gemok aku yang tak sudah dan rungutan-rugutan bodoh lain..ni pon dah bebel kosong dah ni..

Untuk adikku aisha yang comel, maaf lama hilang..:)

Antar punca kemalasan mengetuk blog adalah aku semakin bosan dengan apa yang aku buat..aku suka mengajar tapi aku sangat yakin tempat aku bukan di sekolah..kerja pengkeranian yang macam haram..urghh..sucks!
 
So i decide to job hunting like hell..anything will do asalkan bayaran setimpal..yes!memang fokus aku pada $$$ yang masuk bulanan sebab tanggungngan aku pada famili makin besar..

School period tinggal sebulan..hurmm..aku tak rasa nak sambung mengajar untuk seketika..habis kan sampai hujung tahun ni then move ass to other thing..serious shit aku perlu kerja lain wehh!!dah separuh gila dengan skola ni..

Sebelum keluar berita 'seorang guru mati telan ubat gegat akibat tensi' baik korang carikkan aku kerja lain wehh..hukhukhuk..

..dan aku rendu time dahulu-dahulu lari kesana sini join Rantai..rendu jugak waktu-waktu di IBM..


time goes by as it should be but it shouldn't this fast as i couldn't really breath..

Tuesday, August 31

TentenTo5



Pertama:

Pantang tengok budak-budak..semua comel..sampai ada satu budak dekat dengan rumah incik awak, aku buat macam anak sendiri dah..ahahahaha..and that girl super gojes, super cute n super smart..the most, rambot dia..aku jeles!

Kedua:

Esok bersamaan 1 September 2010 dan aku maseh si loser yang tak punya apa..plan nak sambung master nampak gayanya tunda lagi tahun depan..sebab?krisis $ maseh di tahap genting dan tanggungjawab yang makin bersepah..

Ketiga:

Career path maseh macam sampan kat laut ombak..pray so dem hard untuk dapat any PERMANENT job..penat la job hunting and balik-balik dapat status contract..bukan aku tak syukur tapi pikirkan tanggungjawab yang makin sepah-sepah ni, aku kene berkira gak dalam hal ni..

Keempat:

Bila kita tau yang salah tu adalah salah tapi maseh buat, that thing will haunting you like shit!aku kembali menjadi pemikir tegar yang tak pandai nak asingkan mana penting-untuk-fikir dan mana  patut-bakar-hangus..

Kelima:

Achivement        - beli kereta, anta adik aku masuk universiti, 
                            buat saving, errkk..tu jek..

 
Not-yet-achieve - sambong master, beli rumah, ada
                           PERMANENT job, kelas  mandarin,
                           masuk kelas english, belajar hip
                           hop dance..banyak lagi..

  

Tengok la berapa banyak jek yang aku achieved..loser abissss!!haih..


Monday, August 16

Lagi Sebulan...

Aku..

nak...

jadi..

macam...

.........anak pakcik Olsen........


gojess..

perfecto!


arghhhhhhhhh!!


Aaaaaaaaaaaaaaa...cepat la lemak ilang..kurus,kurus,kurus,kurus..



Wednesday, August 11

Merajuk dengan Dapor..

Kembali menjadi aku yang dulu-dulu:sebahagian yang molek sahaja..=)

Aku selalu bising pada eka(adik bongsu aku): 'fun tu kita yang cari..bukan duduk tunggu saja..jangan bising asik bosan!'..dan sekarang,aku kelu kan Ramadan kali ini dengan ketiadaan mama untuk tahun kedua dengan cara menggerutu sorang-sorang tentang betapa suram dan tak fun Ramadan tanpa mama..

Salah Ramadan suramkah mama tiada?TAK..cuma aku yang tak pandai bawak diri..irra cakap aku macam ketam:keras kat luar tapi lembut isi kat dalam..*betol pon..fynn cakap aku suka pakai cengkerang:takot untuk terima apa yang datang..*betol pon..T.T..

Maseh tak biasa la..baru tahun kedua..mungkin perlu berpuluh-puluh tahun baru aku biasa..huhu..

Masa menyuap sahur pertama Ramadan hari tu aku lari terus ke dapur..capai pinggan pura-pura basuh..pasang air supaya ayah adik tak dengar sedu aku..dapur yang selalu mama kehulu kehilir..=)..

Oh!cerita tentang dapur,aku rasa dapur rumah aku memang mogok..atau derang memang tak suka aku..kenapa?sebab masuk ni dah dapur yang ke-4 ayah tukar..yang peliknya bila aku pasang tak mau nyala..tapi bila ayah atau eka pasang mau pulak..demmit punya dapur!aku samapai give up fade up..ayah cakap dapur pon tau tak sama tangan dulu dengan tangan sekarang yang belek dia..pilih bulu punya dapor!!dem yuh fak yuh!!


...dan kalian yang menjengah kat sini terusan dengar bebel aku tentang mama dan bagaimana aku yang maseh pakai cengkerang ni tak reti-reti welcoming Ramadan dengan sungguh-sungguh..pathetic kan aku?korang tahan je la..aku akan macam ni mungkin lagi 5tahun..sanggop?tak sanggop pegi baca blog lain..

sekian~

Wednesday, August 4

Nikmat yang Padat

Hidup memang tak selalu indah macam yang kita mau..ok,aku bagi contoh..hurmm..ok,seperti bangun pagi dengan kokok ayam, buka jendela sambil hirup udara segar,burung terbang angin tiup sepoi..tu mitos..nyatanya bagun pagi setiap kita-kita penuh dengan bunyi bingit kereta hon-hon,suara mak buat kelas vokal dari dapor atau bunyi jam loceng loncat-loncat tepi telinga..

Kita perlu ada mitos tentang indah dunia sebagai terapi kita waktu tertekan..tetapi jangan sangkut terpaut..sebab bila kita sedar yang indah-indah tu cuma benih yang di implan angan,kita akan jadi murung..

Semenjak kehilangan, aku cuba tanamkan rasa rasional paling maksima dalam diri..supaya benda yang mudah akan terus jadi mudah..contoh persepsi tentang 'cacat tak boleh kerja' atau 'tak ada latihan tak boleh berjaya'..semua benda tu Tuhan yang cipta dan bentuknya datang dari kita..

Sama seperti hubungan..anak bapak,kawan sahabat,kaseh kekaseh..semua perlu rasional untuk imbang dacing cinta..cinta sesama kita manusia..*senyum..

Hidup aku terasa lebih indah warna warni hari ni bila setiap inci aku yang digelar 'entah apa-apa' oleh manusia konservertif biadap, di pandang cantik oleh manusia comel dan suci..kanak-kanak memang tak pandai bohong kan?*seringai..

Aku temu cinta baru:anak-anak sekolah memang comel..aku jatuh cinta..tak sabar tunggu esuk..cakap-cakap tentang pedophilia mungkin betol untuk aku sekarang ni tapi aku tak peduli..mereka terlalu comel untuk diletak tepi..heeeeeeee..


P/s:Aku mau jalan lompat-lompat kecil sambil siul 'lalalalalalalala' di sekolah esuk nanti..

Monday, August 2

Flipping Fantastic!

I think I'm getting old..

That's why blog ni makin sunyi..tak macam dulu..balik terus lap,tiup-tiup habuk..sekarang walau banyak mana cerita sekalipun dan walau banyak kali aku main tenet skali pun, blog aku jenguk-jengukkan aja..




Incik awak dapat ke London!!for 3 months..saaahhngat gembihe huntuk incik hawak---cakap sambil loncat-loncat..

That's what he been dreaming for, waiting for..i am so happy for you and as i always said: 'anything that makes you happy'..(=

But..[there always a 'but']..sedikit..seeeeeriousshit,sedikit,saya agak sedih incik awak mau pergi 3 bulan..hukhuk..lama totakkk!!plus more, i cannot revenge flour and eggs like you did to me,on your coming birthday nanti..not fair!

3 months..it's gonna be full-of-missing-you this coming 3 months..and i think i've started to miss you now..*gedik..

So,to get over the sad feeling, i already prepare everything..yes,everything!..iaitu:

2 PAGES OF LIST BARANG-BARANG YANG MAU INCIK AWAK BELI..

^-^

Tengssssssssssss...


P/S:a palm of snow..(;

Tuesday, July 27

Filem 2 alam memang hebat!!

*ok,tajuk kat atas cuma provokasi aku..ahahahahaha..haktuih ah gua nak cakap filem tu terbaik!


Aku tak sempat nak tulis hari tu..

Hari isnin lepas hari aku tengok dunia..jadi datang sekolah seperti biasa macam tak ada apa lepas puas mandi telor dan teponmg hari ahad sebelum..

Ok,kelas pertama seperti biasa..langkah kelas kedua, 1Fikir, tak semena semua student nyanyi lagu besday..kuat pulak tu!!aku tak nampak tempat lain aku lari sorok bawah meja..malu!but sweet..the besh i ever had..never cross my mind that one day, me standing, holding chalk, teaching and received a besday song from students..sweet..=)

Saat aku rasa seperti mau gerak ke kerja lain, yang tetap, masa tu jugak aku rasa separuh jiwa aku ada untuk mereka..semacam satu petunjuk Tuhan kata kerja ini untuk aku even i said 'i'm not belong here'..

Dan tadi..

Seorang murid yang aku marahkan sebab tak bawak buku bersungguh-sungguh mahu aku tusyen kan dia..ayat yang memang lagi buat aku rasa terharu 'saya tak kesah cikgu nak marah saya..saya suka..saya sayang cikgu'..aaaaaaaaaaaaaa..korang rasa tak apa aku rasa?rasa?rasa la wehhh..sebab aku tak tau nak rasa apa..

Tuesday, July 13

Sudah Tua

Happy birthday Fatin Izzati Abd Rahman..

*kalau mama maseh ada,aku sudah dapat cioman pagi hari..

=)

Tired..

Not enough with the breeze..perhaps work that im duin now is the virus to my mental sickness..

Aku tiba-tiba rasa macam lost..dalam keadaan sekarang aku macam tak tau apa yang aku mau..banyak benda tapi satu tak tercapai..looser innit?

Mulai hari ni, aku mau buat apa yang di kata..apa maunya hati supaya hari-hari mendatang lebih gembbira untuk aku..

Thursday, June 24

Sweet Crab Of Mine~

Julai..

Umor sudah injak 25..i still have no master, no own house, no permanent job, no nothing..tak ada satu yang boleh dibanggakan..sampah!

but still..sweet Julai..(;..

aku agak kepenatan kebelakangan ni..financial memang buat aku hilang nafas sekejap..here and there..tapi alhamdullillah..Tuhan makin bukak rezeki untuk aku..insyaallah akan ada nanti untuk bahagian-bahagian kat atas nuh..

tak mahu sentuh tentang kerja..sudah bosan!tentang famili?Tuhan memang Maha Hebat..Dia hadirkan aku adik-adik yang paling memahami saat aku sesak-sesak macam ni..kalau orang sibuk dengan rasa mau keluarga begini dan begitu, aku tak mau..aku tak tukar sama sapa-sapa..aku sangat bahagia ada mereka..centa aku besar untuk budak demok dua orang nuh..hihihi..

cuma ayah.........haih..


but still...sweet Julai..(;..(hopefully)..hikhik..




*incik siam, Julai ini kita setahun..=P..

Wednesday, June 2

Najes Mughallazah

Aku rasa konsepnye mudah jek:

Kalau kau ada otak dan paling penting PROFESSIONALISM, tentu-tentu kau tau nak buat sesuatu perlu PLANNING!

Anak memang rezeki Tuhan..no doubt..tapi kalau nak anak perlu planning..maksud aku kat sini, kau perlu plan anak nanti siapa yang jaga,sekolah mana,kalau lelaki mau baju apa,susu jenis apa,lampin jenis apa..tu semua kita panggil planning la bengong..bukan suka-suka terus buat anak dan bikin susah orang!

Lagi satu pasal tanggungjawab..kata terlatih..gila bangga kau hina kami-kami yang tak terlatih tapi bijak dari kau ni..bodoh sial konsep korang..memang bodoh..aku bengang ni..bengang sebab dari mula asik nak bersihkan taik yang kau berakkan..alasan anak memang dah kembang dah telinga aku dengar..kau cuti lebih sebulan..kau patut sudah rancang itu ini..kerja bila masuk kerja nanti macam mana, anak nanti sapa jaga..tu semua sudah di rancang..bukan baru nak rancang..bodoh!

Ni la masalah orang blagak pandai..pandai tak terajar,bodoh tak terbentuk..takkan ah sebab kau tetap dan kami-kami ni kontrak kau boleh bikin balaci kan???hey,kamonnn..korang kan terlatih..DPLI and KPLI belaka..kami ni kan cap ayam..setakat ada degree jek..aku ulang:SETAKAT ADA DEGREE jek..

Kalau semua orang kutuk government servent,aku rasa tak patut..tak patutt..sebab yang tuang tuba sorang dua jek..macam kau ni la..sebab kau habis sebelanga government servent..maaf,jiwa swasta aku terlalu tebal..kau bikin jijik nama gov servent..dan buat aku rasa makin loya kat sini..

Tak apa..i'll play the game..Tuhan tu Maha Adil..

By the way, kau cakap apa tadi? 'nanti i belanja u'??

Yeahh right..fakyuh!!

Monday, May 31

Aku yang sedang paling berkecai~

Babih babih babih babih babih babih!!!!!!!!!!!

Zionis sial anak haram pukimak!!



Tuhan,aku ini bukan hamba-Mu yang paling taat..bukan juga yang paling iman..sungguh aku bukan..aku hamba-Mu yang paling jahil dan tak layak Kau dengarkan..tapi Tuhanku yang Maha Hebat lagi Adil,hati aku ini sedang runtun..bekecai yang amat..terluka dalam..mendengar berita yang baru tadi,aku terus longlai..Zionis makin menggila..gila!!..kasehan mereka-mereka yang diderakan mereka Tuhanku..kasehan..aku ini sedang menangis..serasa mau aku langkahkan kaki,genggam perisai dan jihad bersama yang lain untuk lunyaikan zionis sialan itu..Allah ku,Tuhan ku..aku tahu Kau lebih tahu..dan telah Kau sediakan setiap apa yang perlu..maka itu Tuhan ku,aku tunggu..ya,aku tunggu itu..

Monday, May 17

Pedih..


Maaf kerana menjadi yang terlalu merumitkan,

kerana menjadi yang merimaskan,

kerana menjadi yang memedihkan,

kerana menjadi yang selalu menyakitkan,
kerana tak menjadi seperti yang kamu impikan..




aku ini si bodoh yang terlalu kasar dengan bahasa..terlalu kejam dengan kata..maaf centa..=(


Sunday, May 16

Good enough...

- it could be better but it's good enough -


  • be thankful..
  • enjoy every single moment left..
  • be more responsible..
  • spent more time at home (susah ni..=p)
  • make more money..
My list untuk azam baru sempena hari guru..=)

aku salu mimpi yang mama dapat tengok kejayaan aku sekarang..

Untuk semua guru selamat hari guru..dan juga pensyarah-pensyarah sekelian, anda juga guru..selamat hari guru..




p/s:aku rasa kita patut tukar Hari Pengajar..baru adil..^-^..

Friday, May 7

Melankolik Hari Ibu



Hari ibu nak dekat..


Dulu aku bukan jenis yang sambut hari ibu buat mama sebab sambutan lebih tertumpu pada hari lahir dia..tapi sekarang hari-hari aku dah rasa sama macam hari ibu..bila ingat mama, aku selalu ingat pada pesan dia..

'bila memberi, jangan penah meminta semula..buruk siku!'
'bila mencinta, jangan pernah memaksa..nanti kecewa'
'bila sayang, kena setia..bukan bodoh, cuma satu hari nanti bila dah tak ada, kita sudah beri lebih dari terbaik'


..itu antara seratus pesan-pesan yang ada..terlalu banyak..

Ayah cakap aku macam mama..sebab tiap kali ayah teringin makan apa-apa, aku sudah siap atas meja..dan instinct yang lain, aku rasa macam iya..sebab dulu mama memang aku tak boleh nak tipu..dia macam ahli nujum..banyak benda dia tau tapi banyak juga yang dia diam sampai aku sendiri akan beritahu..most of the time aku confess sendiri..hebatkan mama?*senyum..

Walaupun kawan-kawan macam busut semut kat keliling aku, tapi aku rendu borak-borak dan luah cerita pada mama..nak cerita tentang semua..banyak perkara..sebab dia saja yang faham siapa aku..dan sebab dia saja yang tahu siapa yang terbaik untuk aku..aite mama?

*salam peluk ciom dari nyata ke barzakh ma..sorry..I'm not a good sista to adik-adik or even best daughter to ayah..i did a lot of mistake..I've disappointed you..big sorry mama..I'm on my way to right track back..I've lost my self since I've lost you..ma, ramai bully Eja..=(..they walked through my heart and they burnt it..they hold my feeling and they stepped on it..miss you my guardian angle..Tuhan sangat tahu betapa cinta ni hanya untuk mama..tidur nyenyak ma..love you so so much..assalamualaikum~



Monday, May 3

Jigsaw puzzle..

Banyak nak tulis..

tapi..

Monday, April 19

Canggung

Mencari erti dalam satu kebisuan:



'Cangkung sambil membelek daun yang melengkuk liuk..tak ada yang pelik..cuma aku membayang lebih yang daun kering tu berubah jadi kepompong..aku bayang lagi dalam sesaat terus kembang sayap seekor rama-rama ungu yang sangat cantek..dia terbang keliling..akan-akan memahami satu kebisuan..'




Aku selalu mimpi pelik-pelik kebelakangan ni..sudah dua yang jadi nyata..aku cuba tak mau percaya tapi kaitan tu rapat sangat..acap kali juga aku denial cuba elak jadi khurafat..aku tak rasa hebat sixth sense ni sebab dua yang dah jadi nyata tu sedang buat aku merangkak cari lubang udara untuk bernafas..



Friday, April 16

Meracau



Aku perlukan sesuatu yang ceria untuk 'bersihkan' hidup aku yang agak-agak serabut sekarang..


Tadaaaaaaaaaaaaaa!!layout baru..ceriaaa takkk??? *gaya gedik..

Tapi aku rasa macam sangat perempuan..weh,memang aku perempuan pon kannn tapi aku memang kureng sket benda-benda yang agak feminin girly-girly ni..especially Hello Kitty..*aku rasa nak bunuh sape yang create natang burok tu..anyway, i love polka dots too..so ok la ni..kan?kan?