Friday, February 24

Mimpi basahkeringbasah


Antara kata-kata Ibn Arabi, mimpi adalah :

1) kesan-kesan kejadian sehari-hari dari seseorang itu. Dengan cara inilah, mimpi biasa muncul sebagai idea yang menghubungkan diri mereka sendiri dalam keadaan separa sedar yakni ketika tidur.

2) walaupun mimpi terasa seperti nyata, namun ia harus ditafsirkan kerana ia berupa simbol-simbol saja. Imajinasilah yang mengintepretasi simbol-simbol itu tetapi kita tidak harus mengambil kira simbol-simbol tersebut secara realiti. Contohnya, ketika Nabi melihat susu di dalam mimpinya, baginda Rasullullah sebenarnya hanya melihat simbol saja, makna di sebalik susu itu adalah “pengetahuan”.

Uniknya mimpi yang Allah hadirkan dalam hidup hambanya bukan sia-sia..

Kebelakangan, aku selalu didatangi mimpi-mimpi yang macam-macam..sampai ke tahap aku bagun tidur teresak-esak menangis dan ada pernah aku mengekek gelak..rasa macam saiko..ironinya tiap kali selepas mimpi aku jadi penat...dan waktu terjaga dari mimpi antara jam 3 ke atas..ok, aku bukan nak jadi khurafat percaya yang bukan-bukan tapi ada pernah mimpi-mimpi aku yang jadi nyata..aku cuba cari wujudnya 'Dejavu' dari prespektif islam..aku jumpa kata-kata ini dari blog seorang gadis hasil perbincangan dia sama ustaz dikuliahnya..nama blog gadis ni http://cicakdanlelabah.blogspot.com..*maaf saya pinjam kata-kata kamu tanpa tanya dahulu..harap dihalalkan..

'Dejavu ni knowledge/memory dari internal, tapi kita tak boleh lah nak percaya sangat sebab takut nanti ada orang anngap tu prophecy. Bajet macam wahyu. Kang tak pasal-pasal nak mengakku nabi sebab pernah experience before lah apa lah. Boleh lead tu mystic. Tapi kalau macam kita yang alami dejavu tahap biasa-biasa ni, sebenarnye ada sebab kenapa kita rasa macam pernah lalui certain pekara. Ustaz kata, sebelum roh manusia ditiupkan dalam tubuh, roh-roh tu memang dah ada, and diorang pun memang berkumpul dalam satu community. Maksudnya roh-roh kita yang belum lahir tu diorang dah berkomunikasi la sesama mereka. Ni bukan roh hantu tau, ni roh kita yang belum lahir ni. . Jadi, orang-orang, tempat-tempat, atau perkara-perkara yang kita rasa macam Dejavu tu, mungkin pernah berlaku dekat roh kita sebelum ditiupkan dalam tubuh kita masa dalam rahim ibu. Sebelum ni aku ingat roh tu dicipta instant masa mak kita pregnant. Rupanya memang dah 'ready made'. Dan baru jugak aku tahu rupanya roh manusia ada bersosial (maksudnya berinteraksi) jugak sebelum masuk dalam tubuh'

Jadi memang betul ada dejavu cuma bukan yang macam digembar gembur yahudi laknatullah..kita kutip dari prespektif islam..

Dan cerita tentang mimpi tadi, anggapkan saja is sebagai satu peringatan sebelum sesuatu buat kita..tiap kali dapat mimpi-mimpi macam ni, bangun dan istighfar..jangan dikhurafatkan diri dengan terlalu percaya sehingga menilik naseb segala..ni peringatan untuk diri aku jugak..


::Siang ni nak tengok cerita Johnny Depp banyak-banyak la..so that malam nanti boleh mimpi kawen and have beautiful babies dengan dia..muahahahahha..


Tuesday, February 14

The Girl with the Dragon Tattoo

Hi!

Welcome on board 2012..year of dragon they said..


Dah masuk February dan aku? too many stories to feed in..let's begin with office drama..ramai sangat diva jadi masing-masing berebut nak jadi watak utama..macam mana mak nak hidup, nak bernafas pun tercungap..asik kene caras jek..susahlah macam ni ai nak cari makan..yang kelakarnya diva-diva tu semua jenis-jenis tua kedauk yang tentu-tentu dah tak laku nak jadi watak utama..tapi biasa la, bila ada duit semua boleh beli..tak ada yang pelik dengan sekarang ni..tinggal hulur jek..tak duit air liur, pon laku..wow!

Still drama at office..ingat entry marah-marah ai yang kat bawah ni?well, mungkin betul kata mama 'biar orang buat kita jangan kita buat orang..the sweetest revenge is when they know what they did is wrong'..semua dah lain sekarang..watak-watak utama kat bawah ni dah a bit loose..dah macam biasa yang dulu-dulu..aku pula yang jadi tak biasa..hehehe..awkward mula-mula..tapi bagus la kalau ada perubahan..aku cuma bimbangkan profesionalisma yang kadang-kadang kita manusia tak mampu nak bawak bila emosi mendahului akal..nanti yang susahnya aku,kita semua juga..jadi mari yoya!

Ok, next sketsa kawan-kawan..rasanya makin jaoh kebanyakannya TAPI aku tak kesah sebab perubahan untuk kebaikan kan patut dialu-alukan..;)..pertukaran fasa hidup tu biasa..kadang-kadang rasa dah tua sebab lain je rasa bila menginjak 3 series ni..*adaptasi Fatin dapatasi..makan kunyah telan..tapi perlahan-lahan..

Berselirat macam usus dalam perut kalau nak hambur cerita tahun baru nak mula ni..pelan-pelan ai cerita nanti ya..;)..ouh!hari tu dah dapat official approval dari ayah..hehehehe..now nak kemana, petik nama incik awak pon tape..dah dapat lesen besar..huuu..dalam tidak aku macam tak percaya akan ada dan berada di sutuasi macam ni..janggal..masih..heee..

Wednesday, December 14

Kim Kardashian vs Kimora Lee Simons

Tendesi untuk menulis tinggi bila marah..sebab lagi terkesan kepada orang yang membaca..yang membaca lalu akan bertanya..taktik attention seeker yang biasa kan?smart!hahaha..Bukan, ceritanya kalau aku menulis cerita bahagia selalu nanti muntah belalah mata-mata yang lalu disini..Yes..hati,badan,muka semua memang sedang bahagia..kembang dan bulat tapi aku dipesan do not munch yet..a lot to come katanya..to tweet..hahaha..ok,ramai dah mula mual..jadi cerpen (cerita+pendek) nya disini, kalau tiada entri baru maka bahagia la aku..kalau ada enteri maki maka sedang marah meluap adanya..Sekian..

..ouh!p/s:entri dibawah adalah kilasan yang tak jangka aku nampak tadi..jadi, marah tiba-tiba datang so lampiaskan sekejap..tak ada yang parah..cuma menyampah..;)

Calon-calonnya adalah...

Datang, meniti hati dalam rasa yang beria-ria tapi kemudian pergi merabik jiwa dalam cara yang penuh biadap!

....Kau tak layak dipanggil manusia..

dan tak kan ada gelaran untuk hati keji seperti kau..masih mampu sinis mendabik diri..paling hebat, cilakanya kau bila aku masih membenci..Tahniah!kau yang terbaik untuk calon anugerah lelaki keji popular setakat ini..

Thursday, October 20

No eggs..what is that?

Lama tak menulis..jari jemari mulus ai dah jadi kutil..

Nak cerita apa?hurmm..ok let's flashback..cerita selepas raya?so much but to summ up, life getting good and sekarang boleh dikata sudah senyum pakai hati..kenapa tak pakai mulut?sebab pakai hati lagi ikhlas..ehemm..*senyum gatal..

dan seterusnya hari-hari selepas raya banyak cerita tapi macam penat nak ingat..aku malas!malas mengingat dan malas menaip..ha ha ha..bila terlalu banyak yang difikir pon boleh jadi terlalu kurang ditaip..tu la syndrome aku sekarang..jangan tanya pasal berat badan sebab memang tinggal meletop je ni..

Ouh!mungkin ada satu yang boleh aku kesahkan..pada mula tak terasa nak cerita sebab tak ganggu gugat hidup but when the thin line between personal and profesionalism di kotak katikkan, aku jadi sebal..perangai pengecut-pondan tak patut ada pada diri seorang lelaki ya, tapi kalau dah nama pon pondan..what and how big you can aspect..kannn?yang tak mampu aku faham sampai sekarang, besar kawah mana salah aku sampai si pengecut-pengecut ni sanggup jadi pondan dari jadi jantan?makin tak faham bila yang di tegur kemudian jadi pondan seorang tapi kemudian menjangkit jangkit kepada si seorang lagi.. walhal dia pernah adik aku salamkan tangan..tak terasa sebenarnya kalau cara dia membiasa-biasa keadaan sekarang dengan cara baik..tapi aku makan hati sebab cara dia membiasa-biasa keadaan sekarang seperti aku baru lepas memancit tayar dan mencalar kereta kesayangan..hurmm..

Kalau bahasa jiran sebelah rumah aku dia panggil 'tak ada telur' untuk orang macam ni..tapi ai kan inesen..apa maksud tak ada telur tu?peribahasa kot..nanti jap check kamus..jap jap..

Saturday, August 27

Vulnerable



Life is too short to wake up with regrets..i do believe we should love people who treat us right and forget about the one's who don't..believe everything happens for a reason is my forever quote..if it changes your life,let it..nobody said life would be easy..neither me..they just promised it would be worth it..








Hi, my name is Jane..a plain Jane..


Sunday, July 24

Hati,


Tolong jangan macam ni..ouh ouh..dem..
I'm begging you to stop make me feel this way..






please..

Wednesday, July 13

It was last week i saw it..beutiful as it is..

But it was last week..

Today,the color has faded..

Yes..the rainbow has gone..

Saturday, July 2

Kalaulah...



Masa tulisan ini aku ketuk, telinga sedang menangkap lagu intrumental gitar abang teknikal diofis..haih..*sigh..hari ni dan semalam bukan hari menarik untuk sambut hujung minggu yang selalu aku banggakan..serba serbi bersepah walau bukan aku puncakan..sedih dah sampai tahap kecewa dan benci..dari hal kerja dengan manusia yang berpangkat-tapi-bodohsombongbongkak-nak-mati sampai la ke hal hidup dengan manusia yang pentingkan diri..

Aku bukan anak-anak dulu yang boleh buat keputusan sesuka hati lagi..untuk sesetengah perkara, sabar itu jalan terbaik to sort things out..the choice are limited dan ruang terlalu sempit untuk aku mencelah keluar dari takungan keruh ni..

'Just walk away before it's too late' said my gay friend..(sori Fared)..ahahaha..i wish things are that easy..but wish is just a wish..me is not being denial my dear gay friend but i have a fragile yet a heavy heart..too heavy 'till me hardly carry my big heart away..huuu..(ko rasa ko paham tak apa aku cuba sampaikan Fared?..ahahahaha)..


Kalaulah dengan petik jari aku boleh dapat kerja yang aku mau sumpah dari zaman lepas grad aku dah buat..dan kalaulah dengan petik jari aku boleh kembali zaman SPM tentu-tentu apa yang aku ada sekarang tak sama..


Tapi perkataan kalaulah tu maksudnya was-was dan tak bersyukur..ish..nauzubillah..




Dah lama tak ke kubur mama dan mengadu.........



Tuesday, June 14

Tutti Fruiti..

I'm a slut but never a bitch..

Lalalalalalalalaa...

Saturday, May 28

Fraction~



'Tersenyum..terdetik sebal seinci melihatkan kejauhan yang sedang sempurna, yang mana aku hampir menjejak kaki menjadi itu..berteleku,lalu melihat cermin membalikkan aku yang serba tiada sana sini..akur..yakin benar aku hanya layaknya melihat saja sang sempurna seperti adanya kini..pecahan aku disini..perlu syukur dihati..tapi apa benar pecahan aku disini?'

Saturday, May 7

Happy Mother's Day..

Again for this year, the 3rd year..there will be no happy wish on 8 May, havoc and hugs from all of us to mama..me still not use to any Mother's day wishes..sorry to all who sent the wishes to me, to their mothers or to anyone..i envy you guys..


Al-fatihah..salam pelok cium dari nyata untuk mama~

Thursday, April 21

Tick-ing time..

Incik Sabtu,
Incik Ahad,
Incik Senin,
Incik Selasa,
Incik Rabu,
Incik Khamis,
.....dan
Incik Jumaat,

Jangan la cepat sangat jalan..nanti dua bulan ai suffer..kesian ai..*gedik..muehehe..

Thursday, March 24

IRONI

Hari ni, frasa kata 'kenyaataan itu menyakitkan' semacam ia, semacam tidak pun ada..patut kata, yang aku rasa lebih pada sayu?? Waima 2 cerita hari ini mengembirakan tapi hati luluh tiba-tiba..

Cerita sang 1 lebih kepada sedih empunya badan dan gembira aku..manakala cerita sang 2 lebih kepada gembira empunya badan namun sedih untuk aku..jadi kesimpulan pada rasa-rasa sekilian adalah mungkin bisa aku kata sayu untuk hati aku??

*senyum sayu...


Betapa hebat Tuhan jadikan hidup manusia harus punya kenangan..dan dari kenangan, kita yang kini membilang setiap inchi diri..

Tuesday, March 22

Future Present Tense..

Tatkala mata ternampakkan itu, segalanya sudah lebur..
Yang tinggal cuma sipi-sipi debu..
Bahu terjatuh dan kaki melonglai dipaku..
Hilang daya mengejarkan hati yang makin jauh pergi..
Lalu mampu di biar aja..
Hanya mata menghantar kata..


Hidup terlalu kejam untuk dibenci, terlalu indah untuk dicaci...

Perfect!

Hate so much, when you hardly hate things that you should hates..

Wednesday, March 16

Dia buat dah....

Typical Malay!

Ooups!

Lupa..ai pon Malay..tapi Malay yang ai baca pada Pak Samad, pada Usman Awang, pada bapak Chairil, tak ada satu pon yang sama pada tipikal melayu kita sekarang..jadi apanya yang tipikal melayu?tipikal tu sendiri apa?

Typical = normal for a person, thing, or group : average or usual
Tipikal = biasa

Sebenarnya taboo..tapi kita selalu kata tipikal..kesian tipikal..tak salah apa-apa pon tipikal tu..kita-kita yang tanam falsampah tipikal melayu tu..bila berada dalam kelompok besar melayu dan sekeliling tak dapat membeza anatara jujur dan bodek, aku kata itu tipikal melayu..biasa..pada kita itu biasa untuk fikir busuk macam tu..bila duduk minum sama pondan atau gay dan di pandang herot aku kata itu tipikal melayu..biasa..itu terlalu biasa untuk tidak fikir macam tu..bosan..persepsi manusia kat bumi makin nipis..otak macam di kikis..mungkin sebab terlampau banyak telan MSG (bukan shortform message)..

Betul, tak semua benda halal untuk kita kata tapi lagi haram dengan perlakuan yang menjijikan..bila santau, sebut bomoh semua tunjuk melayu..itu bukan tipikal melayu..tapi itu sifat dengki bodoh dungu manusia pendek akal..pantang nampak yang lebih cantek esuk lusa tambah botox..pantang nampak jiran tambah gelang emas esuk lusa gadai tanah beli emas yang sampai siku..sama macam perlakuan yang menjengkelkan..cebek, kutuk, mengumpat..

Kita memang tak pernah puaskan?

Live your own life!

Mulut sebut Channel tapi hati hanyir macam kubang sawah..tangan bimbit Iphone 4 tapi mulut busuk macam najis..

Wake up melayu..wake up!!

Aku rasa macam di bogelkan hidup-hidup..malu dengan istilah tipikal melayu ni..malu!

Monday, February 28

Konda kondi



Sekarang, si Fatin tu dah makin pandai dah..ishish..pandai mempandai..kemain dia sekarang..makin maju bak kata budak-budak sekarang..maju bab badan yang kembang mengembang tu tak usah cakap la..terang benderang derung untuk awak-awak tak nampak..

Ni, yang nak dikesahkan ni, si Fatin tu, makin pandai buat tak tau dah..ishhh..dulu ada jugak awak-awak dengar katanya nak belajar jadi ignorance..haram tak penah menjadi pon..ye la, hangat hangit taik babi..tapi sekarang ni, dah lain..cakap la apa, marah la apa, buat la apa-apa yang menyakitkan hati dia, habis kurang dia marah seminit dan tulis dalam blog je..esuk lusa dia tak pedulik dah..

Ada sekali lima nam kali jugak la awak-awak tengok, kena marah dia gelak..kena tipu dia gelak..kena kutuk lagiiiii dia gelak..haih..pelik..kalau dulu sentap dah tu..ye la, cenggeng..cenggitu le..

Haih..awak-awak bukan la nak mengata si Fatin tu, tapi nak buat ayat penyata jek..ye la, kadang-kadang awak-awak rendu jugak nak menyakitkan hati si Fatin tu..kalau dulu menyakitkan hati dia puas jugak dapat tengok dia bengang..gembira hati awak-awak..dan dulu kalau mengutuk mengumpat perli si Fatin, rakus puas awak-awak tengok dia muram..awak-awak punya perasaan puas macam nak lari bogel keliling KLCC..

Tapi sekarang ni lain sungguh dah..awak-awak yang jadi muram..awak-awak yang jadi bengang dah..dia tak peduli dah..benci la awak-awak..babi betol si Fatin tu..macam mana dia boleh berubah ni?ish..tak dapat la awak-awak nak lari bogel keliling KLCC lagi..

Thursday, February 17

Pesan Pak Samad Said

Hasrat yang tak dapat adalah nikmat yang paling padat bak kata pak Samad Said..




Aku rasa ada betulnya..Ramai kata bunyinya sedikit tamak tapi selalunya,yang aku lihat kelmarin dulu-dulu,itulah yang dikejar-kejar ramai..katanya mau cuba-cuba..saja..bukan dihadap sangat pon..

Tapi aku kata dan rasa:apa-apa sajalah..mau cuba-cuba ka,mau tengok-tengok ka,mau rasa-rasa ka,terpulang la..aku dah lama lantakkan..asal kalian bahagia..aku memang akan macam ni..cuma,jangan nanti terhegeh-hegeh menyesal pegang kaki dengan mengejarkan nikmat yang tak dapat tadi..masa tu senyum sinis aku barangkali dah lebar dulang..:)


Jadi kalian jelas pendirian akukan?buat la apa pun tapi nyatanya aku memang kebal..


So,dah faham yang aku takkan tukar Iphone kepada BB?BB?bukan boleh zoom in out gamba guna tangan pon..puiii!

Wednesday, February 9

Singkong dan caghu..

Ouh!luka caghu hari tu pedih lagi..lupa nak bagitau..

Tapi biasa la, aku..kadang-kadang saja suka membiar sakit..pergi dokter tak mau..tapi, bukan tak mau..aku rasa membazir-bazir..buat apa..jadi, menahan lah aku hari-hari menyarung kasut dan selipar sambil muka di senyum-senyumkan..tipikal aku kan..selamat berkenalan pada yang belum tahu..;)

Pedih caghuu tu datang kejap-kejap ja..bila tiba-tiba terasa..kadang-kadang dalam kereta masa bosan sesak di jalan..kadang-kadang sebelum tidur malam hari..dan kadang-kadang masa menung berak pagi-pagi..

Haish..susah nak get over rasa pedih caghu ni..cuma dulu aku nangis jugak tahan sakit..tapi sekarang tinggal pedih-pedih, jadi ignorance tu jadi super tinggi..kadar LANTAK LA aku makin tinggi..kawan aku cakp ignorance is a bliss..yep,so fuckin' true..memang bliss..sesedap air yoghurt bliss tu..

Ok..nak cakp tu ja..nak mengadu domba pasal caghu aku ja..ni pon tengah tahan pedih caghu sebab tadi masa balik, dalam kereta, tiba-tiba rasa pedih..



*rasa-rasa berapa lama boleh hilang pedih caghu ni?